Assalamualaikum WBT...




Salam Aidiladha (^_^)




Siti Hajar nama yang cukup memberi semangat untuk ana. Nama seorang isteri kepada seorang nabi ulum azmi, juga nama seorang ibu kepada seorang nabi. Ana cukup tertarik dengan semangat dan pengorbanan yang ditunjukkan Siti Hajar dalam menjalani perjalanan hidupnya. Dari namanya ana menggunakan nama di alam maya ini. Tapi siapakah Siti Hajar yang ana kagumi itu?....


Siti Hajar tidak lahir dari keluarga bangsawan, bukan juga dari keluarga ternama, malah hanya seorang hamba sebelum dia diperisterikan oleh Nabi Ibrahim a.s.


Siti Hajar seorang wanita, isteri dan ibu yang :


TINGGI JIWA PENGORBANANNYA
Siti Hajar sanggup dibawa jauh dari kota kediaman dan berada jauh dari suami tercinta. Siti Hajar yakin Allah tidak akan mengsia-siakan pengorbanannya.


SANGAT TAAT
Bila mana suamiya mengiyakan untuk meninggalkan Siti Hajar di tempat yang jauh dari kediaman mereka adalah arahan dari Allah SWT, Siti Hajar tidak bertanya apa-apa lagi. Dia tidak mempersoalkan apa-apa. Dia telah memurnikan jiwanya terhadap Allah hingga tidak terlintas sedikit pun sangkaan buruk terhadap Allah dan suaminya. Luar biasa sekali ketaatan dan kepatuhan wanita ini.


SANGAT TINGGI PENYERAHAN DIRINYA KEPADA ALLAH
Siti Hajar ditinggalkan di padang pasir yang tandus, tapi dia menyerahkan kepada Allah untuk memutuskan apa yang terbaik untuk diri dan bayinya. Dia yakin, Allah tidak akan persia-siakan dirinya.


SANGAT TABAH
Walaupun ditinggalkan di padang pasir yang tandus dengan kudrat seorang wanita, dia tetap bangkit meneruskan kehidupan dalam segala kepayahan. Semua ini tidak mungkin dapat diharungi oleh wanita biasa-biasa yang tidak memiliki jiwa yang cukup tabah.



SANGAT SABAR
Siti Hajar sabar dalam menempuh kehidupan tanpa suami disisi untuk membantu membesarkan anak mereka. Dia sabar mengadu dan meluahkan perasaannya hanya kepada Allah. Kesabarannya sebagai seorang wanita, isteri dan ibu sangat luar biasa.


Siti Hajar sentiasa memandang positif segala ketentuan Allah. Dengan jiwa ini, darjat Siti Hajar diangkat tinggi oleh Allah walaupun dia lahir sebagai seorang hamba, status yang dipandang rendah oleh manusia. Dengan ketulusan jiwa ini juga, seorang wanita biasa sepertinya mendapat kedudukan luar biasa di sisi Allah dan di sisi manusia.




***




Itulah yang ana nak umumkan hari nie(mungkin dah terlewat sehari). Selama nie ana menggunakan nama Siti Hajar bagi mendapatkan kekuatan dan semangat untuk menjadi sepertinya.




"Berapa ramai yang meneguk air zam-zam tanpa mengambil 'ibrah' daripada wanita yang mula-mula menyentuh air itu? "




Jika selama ini ana menggunakan nama samaran sebagai profile ana, rasanya dah tiba masa untuk ana menggunakan nama yang di beri oleh ibu bapa ana. Ana bangga ibu dan bapa ana menamakan ana dengan Nur Hidayati yang bermaksud "Cahaya Petunjuk Allah"




Walaupun ibu bapa ana tidak menamakan ana dengan Siti Hajar, tapi ana berbangga kerana mereka memberi nama yang baik kepada ana. Itu merupakan perkara wajib bagi ibu bapa memberikan nama yang baik kepada anaknya. Nama merupakan doa bagi seseorang(^_^)




2 comments:

Cik Awan Butirstar said...

no sacrifice,no victory.

NUR HIDAYATI said...

Kehidupan tanpa pengorbanan, ibarat kain putih dan tak berwarna2. tentu tak seronok nak melihatnya