Semalam / kemarin ana memacu "kuda" merah ana seperti biasa pulang dari kerja. Semenjak 4 bulan ana di alam pekerjaan, simpang 4 Kubang kerian yang sibuk adalah menjadi antara laluan harian ana pergi dan pulang dari kerja.

Selama 4 bulan itu jugalah ana berkesempatan melihat gelagat pengguna2 jalanraya yang melalui simpang tersebut. Tidak dinafikan ada yang melanggar lampu merah, terutama yang menaiki 'kuda". Simpang 4 Kubang Kerian ini merupakan jalan yang tidak pernah sunyi, bahkan mungkin setiap hari ada sahaja van "bersiren" melalui jalan tersebut. Ini kerana ianya adalah jalan ke Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM). Bahkan kesibukkan jalannya kini telah bertambah dengan kehadiran pasaraya besar Nirwana berhampiran HUSM.


Budi bahasa, budaya bangsa yang dilaungkan kerajaan bagaikan di abaikan oleh pengguna simpang 4 tersebut. Itulah yang ana perhatikan semalam. Melihat gelagat yang masih mengutamakan kepentingan sendiri, melebihi orang lain. Tersentuh hati ana, mendengar "siren" van ambulan yang nyaring itu, diabaikan tanpa tiada rasa ingin memberi laluan.


Laluan van ambulan itu sememangnya terlaluuuuu sesak. Van tersebut hanya boleh melalui simpang 4 tersebut jika kenderaan2 yang berada di hadapannya memberi laluan. Tapi kenderaan yang di hadapannya hanya boleh melalui simpang tersebut jika laluan yang disebelah lampu hijau memberi laluan, tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Tanpa rasa bersalah, kenderaan2 di sebelah lampu hijau kebanyakkannya mengabaikan undang2 yang telah digariskan.


Tak usah bercakap tentang budi bahasa / akhlak yang telah di gariskan oleh yang Maha Pencipta, tapi hanya undang2 ciptaan manusia pun kita abaikan. Sedangkan mungkin van ambulan tersebut sedang bergegas mengambil ibu/ayah/suami/isteri/orang yang kita sayangi. Ana terkedu melihat situasi tersebut. Dimana adab terhadap sesama insan yang digariskan dalam Islam.



Van ambulan tersebut memerlukan masa yang cukup lama, berbanding jika masing2 menjadi pengguna jalan raya yang berhemah. Ana melalui peristiwa tersebut dengan hati yang sedih. Ana berharap hari esok masih ada insan2 yang berhemah dan dapat menunjuki sesuatu yang boleh dijadikan teladan.

0 comments: