Semalam ana hanya sempat melihat yang terakhir. Terakhir bagi 4 batang pokok yang terpaksa menghembuskan nafasnya dek kerana ditebang. 1 batang pokok "stiya" dan 3 batang pokok "nyior". Ustaz pernah cakap, jangan kita duk gatal2 nak tebang pokok saja2. Pokok dan segala yang diciptakan Allah sentiasa berzikir kepada Allah.


Tapi nie lain pulak citenya... pokok2 nie tak jahat pun, tapi kerana ianya membahayakan keselamatan kami sekeluarga. Pokok2 nie tumbuh terlalu hampir dengan rumah kami, dan pernah buah "nyior" dan dahan "stiya" menghempap bumbung rumah kami. Nak tak nak, kami terpaksa menebangnya.


Pokok2 nie lebih tua dari ana. Selama ia hidup, tak pernah melanggar hukum Allah. Ia berzikir, dan berzikir, terus berzikir.... sehingga saat semalam. Kasihan pokok2 tersebut. Pokok2 nie telah menghasilkan oksigen buat kami dan meneduhkan rumah kami. Tapi sekarang ia dah menyembah bumi.


Tapi ana, hamba Allah gak macam pokok tu, tapi selalu mungkir dengan janji2 yang dilafazkan. Sering alpa dengan dunia yang mempersona. Pokok2 tu tak tahu pun yang ia akan ditebang semalam. Kematian terhadap ana dan antum/na juga takkan diketahui, cam pokok tu gak. Tapi bezanya, pokok tu bersedia sokmo, tapi ana???


Berbalik cite tebang menebang pulak...


Tukang menebang nie pulak memang pakar (expert) dalam bab tebang menebang pokok nie. Namanya Mat Rawi atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Su Wi. Menetap di Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian. Berumur 65 tahun. Paling mengkagumkan teknik dia menebang pokok tanpa sebarang tali keselamatan. Memang ana yang melihatnya pun tak sanggup nak lihat. Tapi itulah kemahiran yang datuk ana miliki.


Selain di atas awan, datuk ana ni juga memang cekap masuk ke perut bumi. Cekap dalam menggali telaga atau perigi. Pernah datuk ana menggali telaga yang dalamnya 22 "kerek". Kalau antum/na nak tau kedalamannya camne, tengoklah telaga rumah antum/na.


Paling membanggakan ana, datuk dan nenek ana dah pergi ke Mekah 2 tahun yang lepas, hasil titik peluhnya dengan bekerja kampung. Bijak seorang warga tua menabung duit utk ke Mekah. Bijak juga kita menabung (seorang akauntan atau profesionalisme), hinggakan tak cukup duit tabung utk ke Mekah!!!???



p.s : Jika antum/na ingin perkhidmatan menebang pokok atau menggali telaga, sila call 09-7650095(Pak Su Wi)

0 comments: