Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat makan malam bersama pada malam nie. Sebenarnya kami sekeluarga jarang dapat makan bersama2, biasanya tak cukup "korum" sebab 2 adik lelaki ana sering tiada di rumah.

Tapi malam nie memang malam yang di nanti2kan oleh ana. Apa tidaknya, janji ibu utk menjamu kami di One Ikan Bakar memberi peluang utk kami makan bersama2. Nak tak nak, adik lelaki ana terpaksa gak mengikut kami. Terasa best sangat makan malam nie. 7 sekeluarga makan bersama2.

Satu kenangan yang cukup indah, sekurang2nya mengubat rindu kami bila berjauhan. Ini kerana 2 orang adik ana akan kembali ke pusat pengajian masing2 esok hari.

Bestnya juga kami makan di One Ikan Bakar, yang mana ianya dah semakin terkenal di sekitar Kubang Kerian ini. Tapi satu perkara yang membuatkan ana respect n teruja nak menjamu di sini adalah kerana menunya tiada barangan yang di BOIKOT. Air MILO dan NESCAFE tidak dijual di tempat tersebut. Siap di tulis lagi di setiap senarai menu. Bahkan ada Banner yang besar di gantung di penjuru kedainya tentang "BOIKOT BARANGAN ISRAEL DAN AMERIKA". Sungguh mengkagumkan.

Selama nie, kita mungkin akan terfikir dua tiga kali utk melakukan perkara seperti ini. Mungkin juga kita akan terfikir masyarakat tidak akan datang ke kedai kita. tapi lain pula halnya disini. Sajian yang berkualiti dan segar, menjadikan ia pilihan ramai. Bahkan semasa kami makan, ramai juga dari kalangan kaum Cina datang menikmati makanan di sini.

Ana mengkagumi tuan kedai ini. beliau bukan hanya menjaga kualiti makanan dan perkhidmatannya, bahkan juga makanan yang disajikan bebas dari barangan Israel. Jadi, di mana pendirian kita?

Bagi menikmati keenakan ikan bakar di One Ikan Bakar, jom datang Kubang Kerian!


Lokasi One Ikan Bakar


1 comments:

pu3 balqis said...

bestnya sekali skala dapat berkumpul bersama sama...
gambaq makannya takdak...?
cam best ja makan ikan bakar.. tambah2 makan ramai2..
;D