Berbulan dah blog nie sepi tanpa penulisnya... hehe....
Malas rasanya jari ni nak menaip, bukan kerana sibuk, tapi tiada apa yang boleh dicoretkan utk dijadikan iktibar utk semua.
Setakat nak cerita tentang diri sendiri, diari kan ada. Buat apa nak beritahu cerita kita kat orang lain. Lainlah kalau cerita tu memberi KEINSAFAN pada pembacanya. Kalau ada pun, ana tak reti nak cerita sangat.

Sekarang ana membuat full set account for one company in Kota Bharu. Kerja yang digalas juga cukup mencabar. Bukan kerana gaji ia yang besar, tapi amanah menjaga kewangan company. Silap kira, boleh bankrup company. Na'uzubillah...

Ana sayang company yang ana bekerja sekarang ini kerana ia membantu jemaah haji dan umrah untuk menunaikan umrah @ haji(sapa2 nak p umrah@haji boleh la contact syarikat tempat ana kerja 09-7447050). Kiranya walaupun ana tak dapat p lagi ke Mekah, moga2 saham akhirat dapat juga kat ana.

Kerja kita nie, kalau dibuat kerana Allah SWT insyaAllah akan diberkati olehNya. Tapi kalau setakat nak puaskan hati bos, nampaknya hanya setakat dunia ajelah kita akan dapat. Paling2 tinggi dapat la naik gaji, pahtu naik pangkat.............pahtu mati masuk kubur.

Kerja la apa2 pun asalkan halal. Ana harap sangat gaji yang ana dapat nie, sekurang2nya ada simpanan untuk ke Mekah. Ana cukup jelous setiap kali ada peserta yang membayar duit untuk ke Mekah. Bukan apa, teringat simpanan ana yang entah bila nak cukup untuk mengerjakan haji.

Kalau ana simpan RM100 sebulan utk ke Mekah, how long should i save my money?

RM 100 X 12 months = RM 1,200 per year

RM 1,200 x 10 years = RM 12,000 per ten year

RM 12,000 X 2 = RM 24,000

Maksudnya, jika ana menyimpan sekarang, 20 tahun akan datang baru ana dapat ke Mekah.

Anda semua camne pulak? dah start menabung untuk ke sana? Moga2 kita semua merupakan antara orang yang terpilih untuk menunaikan rukun Islam ke lima(^_^)



1 comments:

ijad said...

semoga impian tercapai.