Semusim yang mendatang, semester baru telah bermula. Ahlan wasahlan buat penghuni baru di Bait At-tasnim. Penghuninya bertambah sebanyak 9 orang termasuk ana dan Safura sebagai penghuni tetap di Bait at-Tasnim. Manzil yang di huni oleh insan-insan yang ingin ditarbiyah. Pentarbiyahan rumah diteruskan seperti semester2 lepas, hanya penambahan aktiviti di persetujui oleh kami telah termaktub dalam diari kamus harian kami….

Tarbiyah yang mendidik hati insan kepada kebaikan. Perkara yang menyeronokkan berada di rumah yang ahli-ahlinya cenderung kepada kebaikan, kita mendapat tarbiyah sehari-harian. Bersyukur ku ke hadrat ilahi atas kurniaan sahabiah2 yang solehah.

Bagi maksud menyuburkan hati2 kami dengan keimanan kepadaNya, kami telah mencatatkan beberapa aktiviti tarbiyah harian dan mingguan untuk manzil kami.

Setiap pagi selepas subuh, kami akan berkumpul dan akan mendengar tazkirah dari imamah yang telah ditentukan mengikut giliran. Setiap pagi kami akan menyambung membaca buku “Manhaj Hidup Muslim”.

Setiap Malam Isnin akan di adakan tazkirah. Tajuk mengikut pentazkirah.

Setiap malam Khamis di adakan solat hajat, bacaan Yassin, muhasabah dan Qiamullail.

Setiap hari Jumaat kami akan menghadiri kelas tajwid.

Selain aktiviti harian, kami juga telah mengadakan beberapa taklifan buat kami semua. Taklifan tersebut ialah setiap hari perlu solat Dhuha dan tidak dibenarkan tidur selepas Subuh sehingga 11.00 pagi^_^. Sabar ya sahabiah semua.


gambar sekadar hiasan

Didikan bait muslim sebelum melangkah ke kehidupan yang lebih mencabar diluar kelak^_^. Buat Sahabiah2ku Indak, Kak cik, Safura, Qurratul A’yun, Balqis, adik, dik Sya and dik Zu, moga kita semua istiqamah dengan taklifan dan aktiviti yang kita rancang bersama ini. Kak long tetap menyayangi kalian kerana Allah SWT.


Ana : rindu kak Pah so much (naqibah pertama) yang mendidik diri ini mengenal erti perjuangan

2 comments:

Cik Awan Butirstar said...

memang bagus sistem tarbiah btn ni. sistem ni mesti dilaksanakan juga di rumah -rumah yang lain.

harap nya program sentiasa berjalan dan sentisa dibuat pantauan.

Siti Hajar said...

sama2 mendapat manfaat