Permata diantara kaca
Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga
Dimanakah budinya
Dimanakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi
Nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak diperduli
Oh..wanita mari menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Dicipta untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan pencipta
Kembali kepadaNya
Juga pada RasulNya
Pasti dihadirkan taufiq dan hidayahNya
Wanita
Kembalilah kearah kemuliaan
Contohilah peribadi Umul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan dengan keluruhan pekerti
Bukan kerana harta
Bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disangjungi
Kembalilah
Wanita perhiasan dunia
Bagai hilang permata diantara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza diantaranya.
**********************************************************************
Ana : Wanita merupakan perhiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita SOLEHAH^_^
0 comments:
Post a Comment