Saling menghargai tajuk yang dibincangkan oleh ustaz yang dijemput dalam rancangan muqaddimah di TV 9 pada 17 May 2008. Sedikit ilmu yang saya perolehi untuk dikongsi bersama.
Setiap manusia berharap dihargai, begitu juga kita. So, untuk kita dihargai, perlulah kita memulakan langkah menghargai orang lain yang ada disekeliling kita dahulu. Ustaz tersebut membahagikan kepada tiga perkara untuk kita saling menghargai.
1.Menghargai ugama kita
Menghargai ugama kita ialah dengan cara melaksanakan segala suruhan agama dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh agama. Kesannya, Allah akan memberi kita pahala dan menjanjikan kita syurga. Begitulah Allah menghargai hamba yang taat kepadaNya. Jika dibandingkan apa yang kita beri kepada Allah tidaklah sama dengan apa yang dibalas/dihargai oleh Allah. Ganjaran kepada hambaNya yang taat adalah sebaik2 ganjaran.
Sebagai manusia pula, kita perlulah menghargai segala yang dikurniakan oleh Allah seperti kesihatan, kelapangan dan sebagainya dengan cara mematuhi segala perintah dan suruhanNya. Itulah yang dikatakan saling menghargai dalam kita berugama.
2.Menghargai sahabat/jiran kita
Dalam konteks kita menghargai jiran/sahabat kita ialah dengan saling memberi dan membantu. Contoh yang diberi oleh ustaz tersebut adalah saling ziarah mengziarahi. Jangan jiran atau sahabat kita sahaja yang sering mengziarahi kita, sepatutnya kita juga mestilah mengziarahi mereka.
Selain itu, kita juga dianjurkan saling memberi dan menerima. Jika sahabat kita memberi kita sesuatu, terimalah dengan cara menghargai pemberiannya, dan membalas kembali kebaikan sahabat atau jiran kita tersebut. Jangalah kita hanya suka menjadi orang yang suka dihargai sahaja, juga bukan orang yang tahu memberi sahaja. Dalam hidup mestilah ada timbal balas, barulah best hidup ini kan^_^

3.Menghargai anak-suami-isteri
Bagi seorang suami, dia menghargai keluarganya dengan cara menjaga kebajikan isteri dan anaknya. Seorang suami yang mempertahankan isteri dan anak perempuannya dari orang jahat, jika dia mati, matinya dikira mati syahid. Begitu besar ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada seorang suami yang mempertahankan keluarganya.
Begitu juga sebagai seorang bapa kepada anak2, perlu menghargai anak2 dengan cara memberi mereka nafkah. Tidak membazirkan hartanya kepada perkara yang tidak memanfaat, contohnya menghisap rokok. Bayangkan wang yang ingin digunakan untuk membeli rokok sebaliknya digunakan untuk pembelajaran anaknya. Sudah tentu anaknya akan berjaya, dan seterusnya anaknya akan menghargai pengorbanan seorang bapa.
Bagi seorang isteri adalah perlu menghargai seorang suami dengan cara menuruti segala kehendak suami(Selagi mana tidak melanggar syariat). Bukankah keredhaan Allah itu adalah kerana keredhaan seorang suami. So, tersangat perlulah seorang isteri memjadi permata dalam rumah tangga^_^
Anak yang dihargai oleh kedua ibubapanya mestilah membalas segala pengorbanan yang telah dicurahkan kepada mereka. (Walaupun seorang ayah atau ibu mengabaikan tanggungjawab mereka, kita sebagai anak tetap perlu membalas jasa mereka. Apatah lagi jika ibu dan bapa menatang bagai minyak yang penuh kepada anak2nya. Mesti lebih2 lagilah). Seorang anak yang mengerti tentang makna menghargai akan membalas kembali segala pengorbanan ibubapanya, apatah lagi ketika ibu dan bapa mereka semakin dimamah usia.
Seorang imam telah berkata “bila ibu saya memberi RM1 untuk saya, dan saya memberi RM1000 untuk ibu, tapi nilai wang yang diberi oleh ibu adalah lebih besar nilainya. Kenapa begitu? Sesungguhnya RM1 adalah harga seorang ibu membesarkan anaknya(mendewasakan anaknya). Tapi RM1000 adalah harga yang diberi oleh seorang anak disaat menunggu masa kematian ibu bapanya.
Sedikit ilmu yang dapat dikongsi bersama. Muhasabah buat ana dan semoga memberi manfaat buat pembaca sekalian. Wassalam….
0 comments:
Post a Comment