Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulatNya,
Merasa terpikul amanah ad-deen ini...
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau dibawah perintahNya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keaguganNya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan dirimu...?
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, kusyu’mu kurang,
Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya,
Terlalu banyak kurang dan salahmu...

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang,
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan ,
Padanya ada bekalan,
Untuk kau terus menongkah behtera perjuangan ini

Diriku,
Pada nawafil dan amalan sunat,
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan tuhanmu,
Pada qiamullail dikeheningan malam,
Bersama bisikan doa dan munajatmu,
Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub dibawah duli kebesaranNya,
Disitu ada bekalnya...
Lazimilah awal harimu dengan al-maksurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai dai’e.

Diriku,
Pada tawadhu’, padda ukhuwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja
Yang bisa memberikan nafas kapada hati yang mati..
Hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan
Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati...

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu....
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Dihadapan kudrat dan iradatNya...
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN

0 comments: