Pening memikirkan keputusan yang perlu dibuat ini. Mahu atau tidak. Aaaaaaaa…. Pening kepalaku memikirkannya.



Pilihan menentukan hidup dan masa depanku.



Kedua-dua pilihan ini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.



Pilihan Pertama (Bekerja di Klinik, tempat ana bekerja sekarang).


1. Rakan sekerja dan bos ( Doktor) yang telah mengenali ana dan peribadi ana.


2. Persekitaran tempat kerja yang Islamik.


3. Bekerja 6 hari seminggu. Maknanya hanya hari Jumaat je ana boleh pergi mendengar ceramah dan kuliah. Pada hari ni jugalah ana berpeluang mengemas dan menjalankan aktiviti yang ana suka.


4. Gaji RM28/days(Sebulan 26 hari bekerja). Akan dinaikkan setelah ana bekerja 3 bulan. Februari nie insyaAllah gaji ana akan dinaikkan, tapi tak tahu berapa.


5. Bertanggungjawab dan berpegalaman dalam menguruskan akaun klinik. Bestnya dapat berurusan dengan pemiutang dan penghutang (panel) klinik. Kerenah-kerenah mereka menjadikan ana lebih matang dalam menyelesaikan masalah dan lebih berkeyakinan dalam membuat sebarang keputusan.



Pilihan Kedua (Bekerja di Firma Audit)


1. Rakan sekerja dan bos baru. Tentu masih tak kenal ana.


2. Persekitaran tempat kerja, Wallaua’llam.


3. Bekerja 5 hari seminggu. Maknanya ana ada masa 2 hari utk pergi mendengar ceramah dan menjalankan aktiviti yang ana suka.


4. Gaji RM31/days(Sebulan 22 hari bekerja). Akan dinaikkan setelah 3 bulan bekerja, berdasarkan komitmen yang ditunjukkan.


5. Berpeluang untuk menjadi ahli MIA jika bekerja 3 tahun difirma audit.



Kebaikan yang menjadikan ana dilema dalam memilih kedua-dua pilihan ini adalah, jika pilihan pertama, ana telah mengenali rakan sekerja, bos dan persekitaran tempat kerja. Jika pilihan kedua, kebaikannya adalah dari segi hari bekerja, gaji yang ditawarkan dan juga peluang utk menjadi ahli MIA.



Dilema dilema…….. Ya Allah tolongi daku!!!
Alhamdulillah berkat doa ibu dan ayah ana, ana dapat menamatkan jurusan dengan baik. Peluang mendalami bidang akaun menjadikan diri ana seorang yang gemar merancang kewangan ana.

Segala pendapatan dan perbelanjaan direkod dgn sistematik menggunakan software accounting. Senang dan mudah merekod segala "urusan kewangan" diri sendiri. Bahkan dapat analisa lagi segala kewangan ana.

Urusan duniawi nie sume orang cuba fikir, tapi kalau akhirat...

Bila ana buat pengiraan, ana terfikir pendapatan dan perbelanjaan nie seakan2 pahala dan dosa. Kalau kita buat perkara yang mendatangkan pahala, umpama pertambahan pendapatan kita. Tapi kalau kita buat perkara yang mendatangkan dosa, kita seumpama menambahkan belanja kita, yang pastinya mengurangkan pendapatan kita/pahala kita.

Emmm.... bila fikir2, Allah jadikan semua kejadian ni utk kita berfikir sebenarnya. Akauntan pun kalau hari2 dapat ibaratkan income & Expense sebagai pahala & dosa, tentu mereka takkan terfikir nak rasuah, menipu dan sbg.

Tepuk hati tanyalah Iman...

Ingin rasanya meyindiri


8 jam sehari dengan 6 hari bekerja merupakan keletihan yang tidak dapat ana bayangkan. Jika di zaman persekolahan dan belajar di universiti dulu, keletihan menuntut ilmu merupakan kepuasan. Kepuasan bila mendapat result yang di target. Sekarang, menjadi pekerja yang cemerlang merupakan target ana. Bukan hanya pekerja cemerlang, tapi juga pekerja yang amanah dan dipercayai oleh majikan.



Menjadi pekerja cemerlang merupakan perkara yang lebih susah sebenarnya dari belajar. Belajar hanya kepuasan yang dinikmati oleh kita seorang. Kita yang berusaha utk memenuhi kepuasan hati kita. Tapi sekarang, ana perlu memuaskan hati semua pihak. Melayan kerenah pelbagai ragam manusia. Kerenah doktor, kerenah rakan sekerja, kerenah penghutang klinik dan juga kerenah pemiutang. Kepuasan hati mereka merupakan target ana.



Pemakaian ana membuatkan ana perlu / mesti menunjukkan teladan dan contoh yang baik kepada semua. Sikap amanah, jujur, ikhlas bekerja, rajin, cekap dalam bekerja merupakan pandangan / gambaran kepada muslimat bertudung labuh. Ana tidak mahu dikatakan muslimat yang bertudung labuh pemalas, lemah, pembohong dan semua sikap mazmumah. Apatah lagi dikalangan pemiutang2 klinik yang kebanyakkannya dari kalangan non –muslim.



Tapi mampukah ana memenuhi kepuasan hati semua pihak. Ana jua manusia, yang terkadang keletihan, kepenatan dan pelbagai lagi kerenah sebagai seorang manusia. Inilah cabaran ana sebagai seorang muslimat dalam melayari kehidupan seorang pekerja. Ana merupakan salah seorang muslimat yang menjadi cerminan insan lain kepada muslimat bertudung labuh. Ana perlu menjadi gambaran yang baik kepada semua yang bekerja disamping ana.



Di mana hati bertaut, di situ ukhwah di sambut


Senang dan mudah utk ana mengambil cuti 1 hari dari Doctor, tempat ana bekerja. Benarlah, jika kita memudahkan orang lain, tentu dengan senang Allah permudahkan urusan kita.


2 minggu sebelum bertolak ke program, ana membeli tiket yang berkos tak sampai RM 100 utk pergi n balik. Harapan memang tinggi utk ke program alumni, tapi teringatkan baru bekerja tak sedap hati nak minta cuti.


Hari nak bertolak, ana gagahkan diri jua utk meminta kebenaran dari Doctor utk bercuti sehari(Hari Sabtu, sebab ana bekerja 6 hari seminggu). Senang n mudah, tak banyak soal, Doctor membenarkan ana ke program tersebut.


Malamnya ana bertolak ke tempat program yang sejauh lebih dari 400km. Pagi tu program pertama dimulakan. Keletihan menaiki bas pada malam sebelumnya, tak mematahkan jiwa ana utk meraikan program yang telah dirancang. Program hari Jumaat yang sepatutnya selesai pada jam 11.00malam telah berlarutan ke jam 2.00 pagi... penaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat.... siap tertidur2 di kerusi.


Menunggu kenderaan utk ke jeram



Program family day alumni diadakan pada hari Sabtu. Lokasi jeram telah dipilih pihak penganjur. Keletihan hari sebelumnya, terubat bila sampai di tempat lokasi yang berhampiran jeram. Memang menenangkan jiwa. Lama tak ke jeram, membuatkan hati ana berbuak2 utk ke sana.


Subhanallah


Alhamdulillah


AllahuAkbar


Apa yang menjadi lebih menarik dan tertarik, rupa2nya jeram yang di adakan program tersebut merupakan tempat tamrin yang ana pernah lalui satu ketika dulu. Kenangan dulu mengamit kembali. Tapi sampai ke saat ini, ana masih tidak dapat mengingati tamrin apakah yang telah ana tempuhi di sana. Mungkin kerana terlalu lama telah ana tinggalkan sahabat seperjuangan, atau mungkin kerana terlalu banyak tamrin yang pernah dilalui. Wallau’allam…



-Luahan hati ke hati-


Ana bertolak Sabtu malam, dan sampai di KB pada jam 5.30 pagi. Kepenatan 2 hari berprogram tidak boleh menjadi alasan utk tidak efektif dalam bekerja pada pagi Ahad tersebut. Kerja pejabat tetap dilaksanakan dengan baik, tapi waktu makan t/hari telah diganti dengan tidur yang effective. Hehe…Tidur lebih penting dari makan.


********


Tak habis di sana, ana di panggil interview pada esoknya(Hari Isnin). Kepenatan yang tidak lagi terubat, telah ditambah dengan persediaan utk interview keesokannya(Hari nie la...28/12/09). Resume n letterhead telah ditulis pada pagi hari sebelum ana bersiap ke tempat kerja. Huhu... Penaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat. Syukurnya, interview tersebut berjalan dengan lancar. Ujian UBS Software yang diberikan telah ana laksanakan dengan jaya. Alhamdulillah.


"Ya Allah jika ia baik utkku, utk duniaku dan akhiratku, maka Engkau berikanlah daku pekerjaan tersebut, tapi jika ia tidak baik utkku, utk duniaku dan akhiratku, maka Engkau tetapkanlah daku di tempat yang terbaik utkku, dan jadikanlah daku orang yang redha atas segala anugerahMu"



Telah 1431 tahun penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat2 berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Mampukah daku sepertimu ya Rasulullah...

cekal dan tabah

1431

satu ribu empat ratus tiga puluh satu tahun

telah berlalu sejarah itu...

masihkah aku fahami sejarah itu

adakah aku teladani kisah itu



Ketika sedang solat tahajjud, dia melihat anaknya yang masih kecil bangun disampingnya. Dia merasa kasihan kepada anak itu karena malam begitu dingin. Oleh itu dia berkata, "Anakku, tidurlah! Malam masih panjang."

Namun, anak itu berkata," Tetapi mengapa ayah bangun?"

Abu yazid menjawab," Anakku, Dia telah memintaku agar bangun untuk-Nya."

Anak itu berkata," aku telah menghafal firman Allah Swt., Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (solat) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan( demikian pula) segolongan dari orang -orang yang bersamamu.(QS : AL MUZZAMIL [73]: 20)

Siapakah mereka yang berdiri bersama Nabi Saw.?"

Abu yazid menjawab,"Mereka adalah para sahabatnya"

Anak itu berkata, "Jangan larang aku untuk menemanimu dalam ketaaatan kepada Allah."

Abu yazid kebingungan dan berkata," Anakku, kamu masih kanak-kanak, belum baligh"

Anak itu berkata,"Ayah, aku melihat ibu menyalakan api dari potongan-potongan ranting yang kecil lalu menjalar ke kayu yang besar. Aku takut Allah menyiksa kami (anak-anak kecil) lebih dahulu daripada orang-orang dewasa jika kami lalai untuk taat kepada-Nya."

Ketika itu, Abu yazid merintih kerana takut kepada Allah. Dia berkata "Subhanallah. Anakku, bangunlah !! Kamu lebih pantas berdiri dihadapan Allah dari pada ayahmu !!"

************

Siapa kata susah nak didik anak? hehe...

bapak borek anak rintih

kita selalu dengar atau memperkatakan pepatah nie jika anak2 berperangai teruk

tapi cuba guna perkataan nie utk anak2 jika dia ikut perangai mak dgn ayah dia

dah implimentasikan pada family kita pulak

(^_^)



Assalamualaikum WBT...




Salam Aidiladha (^_^)




Siti Hajar nama yang cukup memberi semangat untuk ana. Nama seorang isteri kepada seorang nabi ulum azmi, juga nama seorang ibu kepada seorang nabi. Ana cukup tertarik dengan semangat dan pengorbanan yang ditunjukkan Siti Hajar dalam menjalani perjalanan hidupnya. Dari namanya ana menggunakan nama di alam maya ini. Tapi siapakah Siti Hajar yang ana kagumi itu?....


Siti Hajar tidak lahir dari keluarga bangsawan, bukan juga dari keluarga ternama, malah hanya seorang hamba sebelum dia diperisterikan oleh Nabi Ibrahim a.s.


Siti Hajar seorang wanita, isteri dan ibu yang :


TINGGI JIWA PENGORBANANNYA
Siti Hajar sanggup dibawa jauh dari kota kediaman dan berada jauh dari suami tercinta. Siti Hajar yakin Allah tidak akan mengsia-siakan pengorbanannya.


SANGAT TAAT
Bila mana suamiya mengiyakan untuk meninggalkan Siti Hajar di tempat yang jauh dari kediaman mereka adalah arahan dari Allah SWT, Siti Hajar tidak bertanya apa-apa lagi. Dia tidak mempersoalkan apa-apa. Dia telah memurnikan jiwanya terhadap Allah hingga tidak terlintas sedikit pun sangkaan buruk terhadap Allah dan suaminya. Luar biasa sekali ketaatan dan kepatuhan wanita ini.


SANGAT TINGGI PENYERAHAN DIRINYA KEPADA ALLAH
Siti Hajar ditinggalkan di padang pasir yang tandus, tapi dia menyerahkan kepada Allah untuk memutuskan apa yang terbaik untuk diri dan bayinya. Dia yakin, Allah tidak akan persia-siakan dirinya.


SANGAT TABAH
Walaupun ditinggalkan di padang pasir yang tandus dengan kudrat seorang wanita, dia tetap bangkit meneruskan kehidupan dalam segala kepayahan. Semua ini tidak mungkin dapat diharungi oleh wanita biasa-biasa yang tidak memiliki jiwa yang cukup tabah.



SANGAT SABAR
Siti Hajar sabar dalam menempuh kehidupan tanpa suami disisi untuk membantu membesarkan anak mereka. Dia sabar mengadu dan meluahkan perasaannya hanya kepada Allah. Kesabarannya sebagai seorang wanita, isteri dan ibu sangat luar biasa.


Siti Hajar sentiasa memandang positif segala ketentuan Allah. Dengan jiwa ini, darjat Siti Hajar diangkat tinggi oleh Allah walaupun dia lahir sebagai seorang hamba, status yang dipandang rendah oleh manusia. Dengan ketulusan jiwa ini juga, seorang wanita biasa sepertinya mendapat kedudukan luar biasa di sisi Allah dan di sisi manusia.




***




Itulah yang ana nak umumkan hari nie(mungkin dah terlewat sehari). Selama nie ana menggunakan nama Siti Hajar bagi mendapatkan kekuatan dan semangat untuk menjadi sepertinya.




"Berapa ramai yang meneguk air zam-zam tanpa mengambil 'ibrah' daripada wanita yang mula-mula menyentuh air itu? "




Jika selama ini ana menggunakan nama samaran sebagai profile ana, rasanya dah tiba masa untuk ana menggunakan nama yang di beri oleh ibu bapa ana. Ana bangga ibu dan bapa ana menamakan ana dengan Nur Hidayati yang bermaksud "Cahaya Petunjuk Allah"




Walaupun ibu bapa ana tidak menamakan ana dengan Siti Hajar, tapi ana berbangga kerana mereka memberi nama yang baik kepada ana. Itu merupakan perkara wajib bagi ibu bapa memberikan nama yang baik kepada anaknya. Nama merupakan doa bagi seseorang(^_^)