Dengan nama Allah
yang hati seluruh manusia dibawah kekuasaanNya
Ya Allah...ingin sekali kami berjumpamu...
bicara disini memang menyakitkan...
Hati kami sentiasa harapkan Engkau...
Siapa lagi kalau bukan Engkau yang kami harus rindu?

Ya Allah,
bagaimana Engkau masih memberi nikmatmu pada kami
sedangkan Dosa kami selautan...
Pemaafnya Engkau, YA ALLAH!!...
Setiap saat, sakit sekali kami terasa...
memegang nikmatMu..
sedangkan di hati kami bukan Engkau yang Utama...
Alangkah Pemurahnya Engkau...
Seringkali kami mengadu padaMU saat kami sakit...
tapi sangat kami lupa padaMU, saat kami bersenang...
Alangkah kufurnya kami pada nikmatMU...

YA ALLAH..
Hati kami tidaklah seTabah HAti NAbi kami...
KekasihMu menangis kerana kami...masih teringat akan kami...
luas sekali kasihnya pada kami...tapi Apa yang ada pada kami?!...
tidak kami menangis padanya...tidak kami ingat padanya...
jauh lagi cinta kami padanya...Apakah maksud kami ini, Ya Rabbi?!....
Bicara kami lemah sekali...BicaraMu sangat utuh...
tidaklah kami memegang melainkan, kalimahMu...
Apakah gunung tidak mahu menerimanya kerana kebesaranMu?!...
Kami pula...hanya manusia yang melihat ia tidak bermakna...
Na'u'zubillah ya Allah!...Na'u'zubillah ya Rabbi!...

Allah! Allah! Allah!...
Seandainya hamba ditakdirkan pergi dahulu,
maka biarlah kami berjumpaMu dengan baik...
Jika kami ditakdirkan keluar dari CahayaMu,
Matilah kami lebih awal dari itu...
perkataan ini lemah sekali!...Celakalah!...Celakalah!...
perkataan ...perkataan...yang memusnahkan kami...
perkataan Musuh-Musuh kami
yang Engkau masih beri Tangguh pada mereka...
Allah! Allah! Allah!...
Engkau telah berjanji kemenangan Abadi pada Cahaya ini...
Engkau tidak pernah Mungkir pada kataMu...
Besar sekali tadbirMu....
Tidak pernah Engkau terasa berat
pada Keduanya Langit dan BUmi...
Kokoh! KOkoh! utuh! Utuh KekuasaanMu!
jasad kami tetap takut akan Engkau...
tapi hati kami sangat susah mengingatkan Engkau...
Ya Latif, Ya Latif, Ya Qaiyum!
Allah, kami ingin terasa seperti dulu...
Kekuatan yang Engkau berikan pada zaman Nabi kami...
Ingin sekali kami, melihat wanita bertaburan, berjilbab.
Ingin sekali kami melihat rumah-rumahMu
penuh dengan HAmbaMU yang soleh,
Ingin sekali kami mendengar riakan suara ayatMu dari setiap rumah...
Apakah kami sempat melihatnya Ya Allah?!...
Usia kami terlalu pantas berjalan...kami saja yang melalaikannya...
Masa ini udara..Masa ini udara...
Pantasnya ia memintas kami...kami sepantas kilatkah?!....
Kami sentiasa kalah pada masa,...sentiasa saja...
Pasti ini tidak bisa dibidas...Kelalaian seringkali mengunjung,,,
zikir padaMu kami ketepikan...KalimahMu kami tangguhkan..,
Cis! Hal apa yang lebih penting dariMU?! Apakah hati ini...
kenapa engkau, hati...seringkali engkau lupa dengan PenciptaMU...
Kami berlindungi Dengan Pencipta KAmi,
Tuhan yang menciptakan Kebenaran...yang menjadikan Akal...
yang menjadikan kesesatan pada Orang yang Engkau mahu...
dan jangan! Allah begitu pada kami...
Janganlah begitu...kami lemah sangat lemah..

Semoga ketika ini, akan datang dan selamanya kita semua sentiasa dalam keredhaan dan kasih sayangNya hendaknya.
1 muharram 1429h kini telah menjemput kita untuk mengembara untuk 12 purnama lagi dalam takwimnya.
Hari bersejarah ini jugak merakam sudah hampir 1500 tahun sejarah penghijrahan Rasulullah SAW dan sahabat ke negara Islam pertama di dunia iaitu Madinah al-munawwarah.
Umur kita juga semakin pendek pada ketika ini dan setiap saat yang mendatang. Persiapkanlah diri untuk perjalanan yang panjang nanti…pada setiap saat kita melakukan dosa baik dari bisikan hati, khayalan imaginasi, Keceluparan kata2, dan pancaindera yang nakal dan liar. Sama2 kita memohon keampunan Allah dan insan.
Salam Maal Hijrah 1429H buat semua sahabat yang sudi menziarahi laman ini...
Wahai kaum kami!
Kami mengajak kamu
Dengan Al-Quran di tangan kanan kami
Al-Sunnah di tangan kiri kami
Amalan al-salaf al-salih ikutan kami
Kami mengajak kamu
Kepada Islam
Kepada hukum Islam
Kepada petunjuk Islam

Kami mengajak kepada Islam
Yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
Kami mengajak bersama-sama
Menegakkan sebuah kerajaan Islam
Kerana berusaha menegakkannya
Adalah satu kewajipan

Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpimu itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti”. Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih”.

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Bagindapun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terpeciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun mengeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT, kedua-duanya pun berpeluk-pelukan sambil bersyukur kepada Allah kerana memberi kekuatan sehingga mereka dapat melaksanakan amanat Allah SWT.

Sepeninggalan Nabi Ibrahim, iaitu Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh baginda, dia sentiasa menangis. Fikirannya bertambah rungsing disebabkan digangu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya.

Pada suatu hari, dari jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuji-muji nama Allaah, semakin lama semakin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar kenali bahawa suara itu adalah suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim.

Maka dengan segera dia pergi mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi kekuatan kepadanya sehingga dia sanggup membenarkan anaknya untuk disembelih.

Siti Hajar menangis bukanlah kerana disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim tetapi hanyalah menangis seorang ibu terhadap anaknya memandangkan dia adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan.

Peristiwa penyembelihan Nabi Ismail ini ada diterangkan dalam surah Ash-Shaffat ayat 101-111. Semoga dengan coretan kisah para nabi ini akan menyemarakkan lagi Aidiladha yang akan menjelang tiba.
SALAM AIDILADHA


PENGKALAN CHEPA, 17 Dis (Hrkh) - Umat Islam digalak berpuasa sunat pada 9 Zulhijjah bagi mendidik manusia untuk melawan hawa nafsu, kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Tarikh 9 Zulhijjah merupakan hari di mana umat Islam yang menunaikan haji, akan wukuf di Padang Arafah mulai esok. Wukuf bermakna "duduk" yakni melatih manusia ‘mati’ kerana berpakaian seperti orang dikafankan, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sama-samalah kita berpuasa sunat esok ya. Moga rahmat Allah SWT sentiasa mengiringi kehidupan kita semua!!!



Saban tahun apabila hampir 10 Zulhijjah menjelang, manusia serata pelusuk dunia akan pergi menunaikan haji di Mekah Al-Mukarramah. Lautan manusia menyahut seruan Ilahi bagi memenuhi rukun Islam yang kelima. Tentu sekali jika tiada air disana, bagaimanakah manusia akan dapat menjalankan ibadat Haji dengan sempurna. Dengan itu Allah SWT telah mengurniakan kita semua dengan air yang mana airnya tidak habis-habis walaupun berjuta-juta manusia mengambilnya. Itulah ia ”AIR ZAM-ZAM”. Kita tidak pernah dikhabarkan mengenai jemaah Haji kekurangan air walaupun lautan manusia berkumpul di sana. Bahkan airnya mampu dibawa pulang oleh semua jemaah Haji. Itulah ajaibnya air Zam-Zam. Pastinya ia merupakan kurniaan oleh Allah SWT. Bagaimana telaga Zam-Zam ini terjadi? Jom sama-sama kita soroti kembali sirah nabi mengenai air Zam-Zam....


Setelah sekian lama Nabi Ibrahim dan isterinya berkahwin mereka tidak dikurniakan anak oleh Allah SWT. Maka suatu hari isteri Nabi Ibrahim (Sarah) telah mencadangkan agar Nabi Ibrahim berkahwin lagi. Memandangkan usianya yang semakin tua akhirnya Nabi Ibrahim bersetuju berkahwin dengan khadamnya yang bernama Hajar. Dengan perkahwinan itu, akhirnya Hajar hamil dan melahirkan seorang anak lelaki yang bersih lagi suci dan diberi nama Ismail (Nabi Ismail).


Dengan lahirnya Nabi Ismail maka suasana rumahtangga Nabi Ibrahim mengalami suasana perubahan, yang mana selama ini Nabi Ibrahim mengharapkan agar cita-citanya untuk memperolehi anak telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Sarah juga adalah antara orang yang paling gembira dengan kelahiran Nabi Ismail. Setelah sekian lama berlalu, timbullah rasa kurang senang di hati Sarah yang mana akhirnya dia terpaksa meluahkan isi hatinya kepada Nabi Ibrahim, Sarah juga meminta supaya Hajar dan Nabi Ismail dibawa jauh dari pandangan matanya dan dengan wahyu Ilahi Nabi Ibrahim setuju dengan cadangan Sarah.


Kemudian bermulalah perjalanan yang jauh di antara Nabi Ibrahim dan Hajar beserta anaknya Nabi Ismail. Perjalanan mereka tiada tujuan, lama mereka berjalan akhirnya mereka berhenti di suatu tempat. Dan ditempat itulah Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar bersama anaknya Nabi Ismail, disertakan dengan makanan yang banyak untuk mereka berdua. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan Allah SWT menjaga anak dan isterinya dari segala bahaya dan malapetaka.


Belum sempat Nabi Ibrahim hendak meninggalkan isterinya dan anaknya, Hajar dengan segera mengikuti dari belakang sambil memegang tali unta yang dikenderai oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: ”Ya Ibrahim! Kemanakah kamu hendak pergi dan kenapa kamu meninggalkan kami disini, dan ditempat yang menakutkan?”. Hajar berharap Nabi Ibrahim akan menaruh kasihan terhadap dirinya dan anaknya, minta dipertanggungjawabkan kepada Nabi Ibrahim. Siapakah yang akan menjaga kehidupannya dari bahaya kelaparan dan dahaga. Siapakah yang akan menjaganya dari serangan binatang-binatang buas, dari terikan panas matahari, dan kesejukan pada malam hari. Semua itu dikemukakan kepada Nabi Ibrahim dengan kata-kata yang manis dan lemah-lembut dan disertai dengan cucuran air mata. Akhirnya Nabi Ibrahim pun memberitahu Hajar bahawa semua ini adalah atas kehendak Allah SWT. Nabi Ibrahim pun menasihatkan agar Hajar sabar menerima takdir di atas setiap perintah Allah SWT. Dan supaya dia tunduk dan patuh menurutkan semua perintah dan anjuran itu.


Setelah Hajar mendengar jawapan dari Nabi Ibrahim maka dia pun berkata:”Sekarang aku mengerti dan Allah SWT sama sekali tidak akan mensia-siakan kami”. Apabila Nabi Ibrahim mendengar keputusan isterinya maka dia pun meninggalkan anak dan isterinya menuju ke destinasinya mengharungi padang pasir yang sangat berbahaya, mendaki bukit menurun bukit, melintasi beribu macam kesukaran dengan meniggalkan anak dan isterinya yang menjadi rangkaian hati dan jantungnya sendiri, semata-mata kerana Allah SWT. Tambahan pula Nabi Ibrahim tidak membawa apa-apa bekalan selain kepercayaan dan ketaatan kepada Allah SWT semata-mata.


Dikisahkan dalam satu riwayat bahawa tempat Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail ialah di padang pasir tandus, tidak ada manusia yang menghuni di situ. Hajar menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT semata-mata. Duduklah Hajar bersama anaknya dengan memakan makanan yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim. Seterlah sekian lama maka habislah semua bekalan makanan, Hajar dan anaknya mula merasai lapar, kelaparan yang amat sangat dan satu penderitaan yang tidak pernah dirasai oleh mana-mana manusia. Hajar sangat risau memikirkan anaknya yang memerlukan susu, keadaan padang pasir dengan terikan matahari yang sangat panas mengeringkan lagi kerongkong Hajar dan anaknya. Kerana lapar yang sangat anaknya mula menangis dengan kuat dan kekuatan tangisannya berkurangan disebabkan tidak terdaya, sebab letih dan lesu.


Melihat keadaan anaknya yang semakin tenat, maka Hajar pun meninggalkan anaknya dan keluar mencari air, sekejap Hajar pergi mencari air dia kembali melihat anaknya, kemudian pergi lagi mencari air dan kembali melihat anaknya, demikianlah hal Hajar. Tempat menjadi ulang alik Hajar itulah sekarang disebut Shafa dan Marwa. Setiap kali Hajar kembali melihat anaknya, dia akan melihat seolah-olah ada tanda-tanda air di Shafa dan dia berkejar ke Shafa tapi tidak ada air di situ dan kembali melihat anaknya, dari tempat anaknya Hajar melihat seolah-olah ada tanda-tanda air di Marwa, dia berkejar ke sana tapi tiada juga air. Demikianlah Hajar berulang alik di antara Shafa dan Marwa sebanyak tujuh kali. Dan hal inilah adanya ibadat haji disyariatkan, yakni ibadat Sa’i.


Diriwayatkan dalam keadaan Hajar tidak berdaya dan hampir berputus asa, kecuali dari rahmat Allah SWT dan pertolonganNya. maka datanglah malaikat Jibrail bertanya: ”Siapakah sebenarnya kamu ini?”. ”Aku adalah hamba sahaya Nabi Ibrahim”. Ujar Hajar. Malaikat Jibrail bertanya lagi: ”Kepada siapakah engkau harapkan disini?”. ”Hanya kepada Allah SWT , jawab Hajar”. Berkata malaikat Jibrail:” Kalau begitu engkau telah mengharapkan kepada Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu”. Kemudian malaikat Jibrail mengajak Hajar mengikutinya pergi ke suatu tempat, dimana malaikat Jibrail menginjakkan telapak kakinya keras-keras di atas tanah dan dengan segera keluarlah air tanpa henti-henti dari bekas tapak kaki itu dan airnya pula sangat jernih dengan kuasa Allah SWT. Itulah air yang disebut ”air Zam-zam”.


Hajar sangat gembira melihat air itu, dengan segera dia membasahkan bibir Nabi Ismail dan dengan segera Nabi Ismail segar kembali.


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI



Bersyukur daku ke hadrat Allah SWT atas nikmat yang tidak dapat ditukar seisi bumi sekalipun, iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman yang diberi olehNya. Nikmat yang diberikan ini seharusnya daku menjaganya dengan sebaik-baiknya. Semua ini memerlukan ilmu supaya daku tidak tersesat melalui liku-liku hidup yang penuh ranjau ini. Tersentuh hati ini melihat kesungguhan insan yang berhati nurani, mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bersama suami tercinta dan anak-anaknya, mereka ke dataran ilmu tersebut walaupun dirinya tidak segagah insan lain. Kecekalan dirinya untuk mendengar mutiara kata dari seorang ulama’ mengatasi insan yang mempunyai segala kesempurnaan. Hanya berkerusi roda sanggup menghadiri majlis ilmu, sedangkan daku???
Melirik pula daku pada sepasang suami isteri yang tidak mempunyai nikmat penglihatan. Mereka buta pada zahirnya, tapi bukan mata hatinya. Mereka dengan khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan. Daku menilai diri ini. Sungguh rugi diri ini!!! Malunya daku kepadaMu Ya Allah, jika daku yang diberi nikmat yang melebihi dari mereka, tapi tidak sanggup berusaha untuk mencari ilmu….ruginya daku… malunya daku….
Sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Thabrani, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa taman syurga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu.
Daku tidak ingin menjadi manusia yang rugi, manusia yang tidak menghargai nikmat yang diberikan, dan tidak mahu melepaskan nikmat dari menikmati suasana taman syurgaMu. Jika di dunia yang fana ini pun daku tidak membuktikan usahaku untuk ke taman syurgaMu, bermakna daku ini bukanlah insan yang mengharap syurgaMu yang kekal abadi…. Tentu daku menjadi sebahagian dari mereka yang rugi… daku tidak mahu begitu Ya Allah… jauhilah daku dari sikap bermalas-malasan….
((Ya Allah, daku berlindung denganMu dari rasa sedih dan gelisah, daku berlindung padaMu dari kebodohan dan kemalasan, daku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan daku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang))
Rasulullah SAW pernah ditanya oleh salah seorang sahabatnya perihal siapakah teman duduk yang paling baik. Rasulullah SAW menjawab, "Orang itu adalah yang bila kamu lihat, dapat mengingatkanmu kepada Allah, menambahkan ilmumu dalam pembicaraannya, dan mengingatkanmu kepada akhirat dari amal-amalnya. " Orang-orang yang memiliki sifat seperti diatas-lah yang paling pantas untuk dijadikan teman duduk.
(",)Moga kita semua menjadi teman yang memberi manfaat buat teman-teman kita, dan berteman dengan teman-teman yang boleh memberi manfaat kepada kita dengan kehadirannya….