Assalamualaikum buat teman2 dan pengunjung blog nie yang dirahmati. Syukran mengziarahi blog ana yang serba daif ini. Moga kehadiran kalian dapat memeriahkan blog nie(^_^)

Lama benar ana tak meng"update" blog nie... malas nak menunggu kemunculan skrin nie. Kat umah ana nie "serve"nya slow bebenar. So, jenguk2 je la. Nak menulis tak larat nak layan kerenah "serve" nie.

Ana telah kembali ke kampung halaman dan dah start latihan praktikal di sebuah firma audit di KB. 6 bulan ana akan praktikal di firma tersebut, bermula bulan Mei hingga Oktober. Ini bermakna ana juga akan melalui satu alam baru, iaitu alam kerjaya.

Belajar.... belajar.... belajar.... boring la...

ramai yang beranggapan begitu

tapi bagi yang baru terjun ke bidang kerjaya nie, ada yang komen, lebih baik belajar dari bekerja....

penaaaaaaaaaaaat....

hehe(^_^)

bagi ana belajar atau kerja satu perkara yang menyeronokkan...

nape???

sebab belajar tu untuk kita fahami dan praktikalkan ia

so, kerja tu adalah perkara yang kita perlu realisasikan ia dari apa yang kita belajar

*******************************************

Bermula episode baru dalam hidup ana gak kerana akan berada di kampung sepanjang masa.

Kalau dulu memang jarang dapat bercuti panjang seperti pelajar lain.

Biasanya program memenuhi planner hidup ana.

Cuti adalah musim untuk ana hadiri program.

Tapi sekarang dah lain...

Planner hidup ana dah berubah!!!

ana perlu ada perancangan

Kalau dulu selalunya makanan rohani senang dapat kerana ada program
dan sahabat20+ yang membantu

tapi sekarang....

hanya ana dan seorang sahabat

kami mesti merancang dan merencana makanan rohani kami

nak tunggu orang mai beri

memang boleh mati kebulurlah jiwa ana

**********************************************************


sapa duk dekat2 Kubang Kerian

Tazkirah Maghrib di Masjid Tuan Guru setiap Rabu dan Khamis
(Maaf ana just gitau je, ana tak dapat pegi kerana waktu malam, mak tak benarkan)

Kelas pengajian untuk muslimat di Masjid Kg. Chepa hari Jumaat pukul 3.00pm

Masjid Binjai setiap Sabtu pukul 9.00am

InsyaAllah di mana sahaja kita berada, jika kita nak jiwa kita terisi, Allah akan memudahkan jalannya.... nak seribu daya, taknak seribu dalih(^_^)

PERJUANGAN ISLAM IBARAT KERETA

JIKA TIADA HALANGAN KITA LAJU

JIKA ADA SPEED TRACK KITA SLOW

JIKA TRAFIC LIGHT MERAH KITA BERHENTI

TAPI ENJIN JGN MATI....

(TG NIK AZIZ)

Ya Allah ku mohon diriku tidak kembali mengulangi kisah2 dulu

kisah keperitan yang mencengkam perjuanganku...

(^_^)

iNsaN keRDiL

KITA LUPA APA YANG KITA DENGAR

KITA INGAT APA YANG KITA LIHAT

KITA FAHAM APA YANG KITA AMAL

SO... BELAJARLAH UTK BERAMAL(^_^)

InsyaAllah 6 April 09 sehingga 23 April 09 nie ana dan sahabat di sini akan menduduki Final Exam. Maybe nie Final Exam terakhir ana akan duduki di universiti. huhu... lama dah belajar. Tiga tahun diploma and tiga tahun setengah di peringkat ijazah. Enam tahun belajar di bidang perakaunan. Alhamdulillah cita2ku untuk merialisasikan diriku untuk manfaat Islam di bidang perakaunan semakin tercapai. Sebenarnya bidang perakaunan masih lagi kita menggunakan sistem perakaunan yang diperkenalkan oleh barat. Tapi tiada lagi perakaunan yang menggunakan acuan Islam, sepertimana sistem perbankan kita telah cuba sedaya upaya untuk menukarkan sistem konvensional kepada sistem perbankan Islam. Tetapi bidang perakaunan sebenarnya masih lagi menggunakan acuan dari barat.

Apa yang ana nak highlightkan di sini, bukan bermakna perakaunan sahaja, tetapi apa sahaja bidang yang kita pelajari. "relate"kan ia dengan Islam. Cuba pergunakan kepakaran kita untuk kemajuan Islam. Gunakan bidang kita pelajari untuk kebaikan Islam. Jika ana dengan kepakaran dalam bidang akaun (walaupun masih tak pakar), ana cuba bantu Islam untuk perkara yang berkaitan pengurusan kewangan kelab. Itukan telah memberi kebaikan. Kalau antum/na dalam bidang IT, jadikan bidang antum/na untuk kebaikan Islam. Kalau antum/na dalam bidang marin, jadikan bidang antum/na untuk kebaikan Islam. Kalau antum/na dalam bidang makanan, jadikan bidang antum/na untuk kebaikan Islam. Kalau..Kalau..Kalau... semuanaya pastikan untuk Islam=)

InsyaAllah jika kita fikir apa yang kita pelajari nie untuk kebaikan Islam, pastinya kita bersungguh2 belajar. Pastinya kita tak mau Islam dihina kan? Apatah lagi kita di kalangan dai'e (pendakwah/penyeru) ni, tentunya kita akan diperhatikan oleh masyarakat sekeliling kita. So, jom kita perkasakan ilmu kita. Tingkatkan pointer kita, seiring dengan akhlak dan sakhsiah kita... Jom JIHAD AKADEMIK.

Semester depan ana dah menjalani Latihan Industri (LI). Tempatnya di negeri kelahiran sendiri. Syukurnya ana bersama seorang sahabiah akan menjalani praktikal di tempat yang sama. Mana tidaknya, bila kita berada di luar kampus nie, macam2 mehnah dan tribulasinya. Kalau tak kuat boleh "Futur" di medan dakwah nie. Itulah ana bersyukur sangat dikurniakan seorang sahabat nie. Boleh kuat menguatkan antara satu sama lain. Ibarat kita duk dalam kampus nie macam ikan duk dalam akurium la, tapi bila di lepaskan kat sungai tu ibaratnya macam kita duk dalam masyarakat. So, kita kene pandai2lah suaikan diri.

Maaflah ana nie suka posting lain, tapi cite pasal perkara lain... hehe=)

See u next time!
Salam...mlm nie, bkn saudari siti hajar yang menulis. tetapi saudari totem..hehehe...jadi pengisiannya ada sedikit berbeza..(",)...saya nie bdk umah saudari empunya blog..saje menumpang tulis..menggatal jap..sbbnye xde blog sndiri..bgskan??tapi sy puji saudari empunya blog nie sbb dia baek ngan saya.ramah..macam2 tazkirah n pengisian rohani yg dia bagi tiap hari..oleh itu sy sndiri akn rs kesunyian bila seharian dia xtnjk muka kat umah..maklumlah..org bz...;p..tp sy syg dia mcm sume kawan2 saya yg laen..nie td sy bru dpt meset dari saudari hajar nie.. dia tulis.....
JADILAH TEMAN YANG HADIRNYA DISENANGI
DAN PEMERGIANNYA DIRASAI
KERANA MENCARI TEMAN YANG JUJUR DAN SETIA
IBARAT MENCARI PERMATA DI DALAM TIMBUNAN KACA..

cuba kita renungkan..
betulkan??
ermmm...ok lah saya pon xto nak mencoret ape lagi da ni..
nak pergi buat kerja nie..
nnt ada rezeki..umo yg panjang..
di izin TUHAN...kita jumpa lagi ye..
wslm...



(Majalah Solusi Edisi ke-5)


Salam perjuangan buat semua. Berehat sekejap memposting bahan2 tazkirah!!! Sebenarnya ana tengah menyiapkan slide presentation International Accounting untuk present esok. Huhu... baru nak siapkan hari nie. Sebelum nie tak sempat, sebelum "pulang ke kampung" buat assignment yang nak dihantar pada hari Ahad selepas pulang dari kampung. So, hari ni ana pergunakan waktu yang diberikan Allah nie sebaiknya untuk menyiapkan slide and juga assignment nie. Petang nie ada perjumpaan lagi untuk assignment lain pulak. huhu... sebab esok ana ada 2 presentation=)


Dua hari cuti baru nie, ana "balik kampung". Jumpa i/bapa and adik2. Ramai gak adik2 ana balik, tapi ada gak yang tak balik. sedih=(, kata mereka banyak keje. Kasihan mak and ayah.


Tapi apa yang menyentuh hati ana, adik lelaki(Fahmi) and adik perempuan(Abdah) ana nie, dia test pada hari Jumaat tu, tapi sempat lagi balik dan menjalankan TANGGUNGJAWAB yang DI AMANAHKAN buat mereka. terharu melihat tadhiyah(pengorbanan) mereka berdua. Sempat lagi kul 11pagi berada di "rumah" untuk menjalankan tanggungjawab mereka, sedangkan mereka ada test kul2 petang.


Tanya hati, tanya Iman! di mana kita untuk menolong meringankan beban adik-beradik kita semasa mereka berada dalam situasi tersebut? Kita kata kita banyak kerja, tapi mereka boleh "pulang" untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Kita pula membiarkan mereka, kalau bukan melepaskan 100% beban mereka, sekurang2nya kita mengurangkan 80% atau 70% atau 60% beban mereka pada waktu itu................ Di manakah TADHIYYAH kita? Mungkin adik2ku terlupa tentang siapa kita:


Jadilah seorang MUSLIM/AH

bermakna dia perlu menjadi seorang syabab/nisa' Islam yang benar-benar mengamalkan segala tuntutan agama sepertimana yang digariskan oleh al-Quran dan As-Sunnah. Bukan hanya kalimah syahadah sebagai bukti keislaman, malah menjadikan Islam sebagai cara hidup.


Seorang MUKMIN/AH

baginya bukan sekadar beriman pada Allah, malaikat, rasul-rasul, kitab-kitab, hari kiamat, qada’ dan qadar. Bahkan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Tegal hakikat iman yang sempurna itu adalah mengikrarkan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan.


Seorang MUJAHID/AH

menurut pemahamannya adalah seorang syabab/nisa' yang berjihad dan bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi demi memastikan Islam terus bernafas dan dipandang tinggi.


Seorang MUSLIH/AH

adalah seorang syabab/nisa' yang berperanan melakukan tugas-tugas islah dan pembaikan ke atas kerosakan yang berlaku dalam umat masyarakat.


Oklah, ana nak sambung buat assignment nie=). Kita berjumpa di lain kesempatan k. Moga kita pandai MENGURUS NYAWA kita dengan sebaiknya=)



Hampir sebulan laman ana nie tak di update. Bukan kerana takde masa, tapi kepentingan yang lebih penting membuatkan diri ini sering bertangguh untuk memposting sebarang maklumat yang dapat dimanfaatkan bersama.

Bestnya sekarang nie, ana dapat melayari internet di "rumah" kami sendiri.... tak susah2 lagi kami perlu ke cafe atau ke library utk melayari internet. Alhamdulillah, syukur2...

Apa yang ana nak kongsi ni berkenaan perkara yang selalulah dilakukan oleh manusia. Information nie ana dapat dari Harakahdaily. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat mazmumah nie. Selamat membaca dan selamat beramal soleh=)

"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik,"
kata Hasan al-Banna.


Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam, khasnya para da'ie agar menjaga lidah dan semua ini boleh dilakukan dengan meneropong kesilapan dan kelemahan diri mereka sendiri.

Apabila seseorang itu kerap bermuhasabah, meneropong kesilapan dirinya sendiri, mereka akan kurang membicarakan aib orang lain. Dengan ini, terciptalah dunia yang aman.

Bagaimanapun, perihal aib ini adalah termasuk dalam kategori aib peribadi. Namun, dalam hal salahlaku pemerintah yang melakukan kesilapan dalam pentadbirannya, maka hal ini tidaklah termasuk dalam perbincangan ini.

Ini kerana, perihal salahlaku pemerintah itu mestilah dicegah agar mudaratnya tidak akan melimpah ke atas masyarakat manusia seluruhnya.

Sepotong hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak."

Jadi, inilah antara kaedah untuk menghalang rahsia dan aib kita didedahkan Tuhan di hari akhirat kelak.

Ada sebab-sebabnya kenapakah kita suka membuka rahsia keaiban orang lain. Kebanyakannya sikap ini bermula daripada perasaan dengki dan iri hati.

Lalu, meluap-luaplah perasaan untuk menjatuhkan maruah, imej dan reputasi orang lain di dalam kerjaya mereka misalnya.

Padahal, keaiban dan kelemahan seseorang itu memang berlaku dalam urusan Allah. Tuhan sendiri telah menyatakan bahawa manusia itu dicipta dalam serbu kekurangan dan mereka tidak sempurna.

"Wa khuliqal insanu dha'ifan - dan diciptakan manusia itu dalam keadaan daif."

Kita sendiri mesti ada kelemahan. Maka sebab itulah persaudaraan itu penting agar dengan itu kelemahan kita akan ditampung oleh kekuatan orang lain. Dan, kekuatan kita menampung kelemahan orang lain.

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Apa yang menjadi masalah ialah manusia itu sendiri berasa dirinya cukup sempurna lalu dia angkuh dengan pemberian Tuhannya.

Maka jelaslah di sini bahawa bahaya lidah berpunca daripada hati yang tidak bersih, suka menghina orang lain kerana berasa dirinya sudah baik.

Sekali peristiwa, tersebutlah kisah di mana Tuhan mahu mencipta makhluk yang baru, iaitu Nabi Adam a.s. Pada ketika itu, diriwayatkan bahawa Iblis pada ketika itu digelar Azazil dan dia menjadi guru kepada para malaikat lantaran kelebihan ilmunya.

Iblis berasakan bahawa tiada orang yang boleh menandingi kesolehannya, kewarakannya dan ilmunya. Sehinggalah dengan tiba-tiba tercipta Adam a.s.

Ekoran cemburu, dengki dan iri hati itulah, maka Iblis sampai sanggup menghina Adam a.s dengan katanya, "Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada tanah!"

Demikianlah kata Iblis ketika dia diperintahkan Tuhan untuk sujud bersama-sama malaikat ke atas Adam a.s itu.

Jelas di sini. Ketika hati tidak bersih, jiwa dibalut rasa angkuh, maka lidah pun secara tidak langsung akan lebih mudah menghina orang lain.

Sedangkan, jelas wujud arahan di dalam al-Quran yang memerintahkan kita agar jangan hina orang lain. Ini kerana, mungkin yang dihina itu lebih baik daripada si penghina.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]

Perbaiki hubungan persaudaraan

Maka, wasiat Hasan al-Banna yang ke-8 ini barangkali sumber, asas dan dasarnya digali daripada surah al-Hujurat yang merincikan nilai-nilai moral dan akhlak yang sepatutnya dijunjung dan diwarisi oleh umat Islam seluruhnya.

Dengan menjaga lidah, maka hubungan persaudaraan terpelihara. Ini kerana, masing-masing orang tidak akan mencederakan perasaan orang lain melalui kata-kata.

Dan, inilah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Hasan al-Banna. Iaitu, mengembangkan rasa persaudaraan Islam sejagat. Dengan lidah persaudaraan terhakis dan melalui lidah jugalah ikatan persaudaraan kembali terjalin.

Hubungan ukhwah, perpaduan antara Islam ini jangan dilihat dari sudut yang kecil saja seperti hubungan kejiranan dan hubungan di tempat kerja semata-mata.

Yang lebih mustahak, ialah kita menyelami hasrat dan keinginan Imam Hasan al-Banna ini yang mahukan Islam itu menjadi 'ustaz' kepada alam ini. Pada tahap itu, umat Islam di dunia adalah murabbi, pengasuh dan pendidik di dunia.

Demikianlah tingginya cita-cita beliau itu. Jadi, hubungan ukhwah persaudaraan Islam ini tentunya bersifat menjelajah ke antara benua, merentas sempadan negara-negara Islam. Mungkin, yang lebih utama ialah bagaimanakah mahu membentuk ikatan persaudaraan antara pemimpin-pemimpin dan umat Islam seluruhnya.

Kita melihat, tiadanya kesepakatan antara Negara-negara Islam sendiri dalam isu Palestin yang ditindas. Umat Islam di Patani dan lain-lainnya.

Tapi, tiada pula percakaran dan pertengkaran yang besar-besar antara Negara-Negara Islam. Kalau pun ada, ia melibatkan kes perang Iraq dan Iran pada satu masa dahulu. Maka hendaknya persefahaman antara pemimpin negara Islam dapat dijalin bersama bagi menyatukan tindakan mereka pada masa hadapan.

Berkatalah yang baik-baik sahaja

Akhirnya Hasan al-Banna berwasiat, jika kita ingin berbicara, maka pastikanlah bahawa isi dan inti percakapan itu cuma yang sarat terisi dengan kalimah yang baik-baik sahaja, menyeru ke arah kebaikan dan mengajak orang-ramai meninggalkan segala yang merosakkan amalan, fikiran dan jiwa dan anggota tubuh badan.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, ".. sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka katakanlah hal-hal yang baik atau lebih baik diam sahaja."

Apabila seseorang itu berdiam, dia akan terus-menerus berzikir, berwirid. Semua ini menunjukkan bahawa waktu seseorang Muslim itu sangat berharga dan setiap masa yang berlalu tidak digunakan ke arah yang tidak berfaedah.

Apabila berbicara, mereka mengungkapkan hal-hal yang baik-baik. Jika berdiam diri, mereka akan berzikir secara rahsia. _