Gambar sekadar hiasan

Sempat la hari Ahad 28hb February 2010, ana bersama ma n kakngah gi tonton wayang. In my life, ini first time ana pi tengok wayang. Ma ana cakap kalau pawagam tu, tingkat atas lebih mahal dari duk tingkat kat bawah. Depan sekali dekat skrin tu, harganya paling murah. So, kami yang pada awalnya duk kat bawah, akhirnya pi duk tingkat atas. Memang berbeza rr pemandanganya. Lebih best. Bayarannya, hehe.... free.



Malam tu pawagam yang kami masuk nie mungkin berbeza 100% dengan pawagam yang ada kat tempat lain(agak2 ana la, sebab ni first time masuk wayang). Hadirin yang datang pun dari pelbagai lapisan usia. Dari baby yang duk dalam kereta babynya, anak2 kecil, remaja, orang2 dewasa, dan juga datuk n nenek. Malam tu juga turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar dan penganalisis filem dari UM. Penonton malam tu juga kebanyakkanya adalah dari kalangan muslimah yang bertudung labuh bahkan ada yang berpurdah. Musliminnya pula ada yang berserban dan berjubah. Penontonnya saja dah berbeza dari pawagam tempat lain.




Sebelum cerita ditayangkan, penganalisis filem memberi komen berkenaan filem yang akan ditonton pada malam tersebut. Mengikut penganalisis filem ni, beliau menerangkan yang filem nie memang cukup mantap dan berkesan. Filem ni tak sama dengan filem yang lain, kerana pelakonnya adalah merupakan seorang yang memang berperwatakan begitu. Kalau dia seorang ulama, memang dia seorang ulama.




Filem sekarang nie, banyak dah yang menjurus kepada filem yang berakhlak, tapi pelakon2nya bukan seperti yang dilakonkan. Ini memberi kesan pada penonton yang menonton filem tersebut. Maknanya, tak sampai dalam hati massage yang ingin disampaikan kerana penonton tahu yang pelakon tu tak seperti yang dilakonkannya. Tapi berbeza bagi filem nie. Setiap kata2 yang dilontarkan oleh pelakon tersebut adalah perlakuan yang dibuat hari2 olehnya.




Inilah filem dan pawagam yang dikira takde kat tempat lain. Cerita tu mula ditayangkan pada pukul 10 malam. Cerita yang cukup mantap dan berkesan pada pandangan ana. Ingin rasanya tengok berulang2 kali. Kata2 dan cara lakonan yang dapat memberi pengajaran dan mendidik jiwa setiap penontonnya.




Tapi ruginya ana tak sempat tonton Ketika Cinta Bertasbih 1 yang ditayangkan di Kelantan Trade Center. Huhu.... Ana hanya sempat ke (pawagam) Balai Islam Lundang utk menonton Ketika Cinta Bertasbih 2.



********************************************


P/s : Rugi tak tonton filem ni. Best sangat!


0 comments: