Ingin rasanya meyindiri


8 jam sehari dengan 6 hari bekerja merupakan keletihan yang tidak dapat ana bayangkan. Jika di zaman persekolahan dan belajar di universiti dulu, keletihan menuntut ilmu merupakan kepuasan. Kepuasan bila mendapat result yang di target. Sekarang, menjadi pekerja yang cemerlang merupakan target ana. Bukan hanya pekerja cemerlang, tapi juga pekerja yang amanah dan dipercayai oleh majikan.



Menjadi pekerja cemerlang merupakan perkara yang lebih susah sebenarnya dari belajar. Belajar hanya kepuasan yang dinikmati oleh kita seorang. Kita yang berusaha utk memenuhi kepuasan hati kita. Tapi sekarang, ana perlu memuaskan hati semua pihak. Melayan kerenah pelbagai ragam manusia. Kerenah doktor, kerenah rakan sekerja, kerenah penghutang klinik dan juga kerenah pemiutang. Kepuasan hati mereka merupakan target ana.



Pemakaian ana membuatkan ana perlu / mesti menunjukkan teladan dan contoh yang baik kepada semua. Sikap amanah, jujur, ikhlas bekerja, rajin, cekap dalam bekerja merupakan pandangan / gambaran kepada muslimat bertudung labuh. Ana tidak mahu dikatakan muslimat yang bertudung labuh pemalas, lemah, pembohong dan semua sikap mazmumah. Apatah lagi dikalangan pemiutang2 klinik yang kebanyakkannya dari kalangan non –muslim.



Tapi mampukah ana memenuhi kepuasan hati semua pihak. Ana jua manusia, yang terkadang keletihan, kepenatan dan pelbagai lagi kerenah sebagai seorang manusia. Inilah cabaran ana sebagai seorang muslimat dalam melayari kehidupan seorang pekerja. Ana merupakan salah seorang muslimat yang menjadi cerminan insan lain kepada muslimat bertudung labuh. Ana perlu menjadi gambaran yang baik kepada semua yang bekerja disamping ana.



0 comments: