Di mana hati bertaut, di situ ukhwah di sambut


Senang dan mudah utk ana mengambil cuti 1 hari dari Doctor, tempat ana bekerja. Benarlah, jika kita memudahkan orang lain, tentu dengan senang Allah permudahkan urusan kita.


2 minggu sebelum bertolak ke program, ana membeli tiket yang berkos tak sampai RM 100 utk pergi n balik. Harapan memang tinggi utk ke program alumni, tapi teringatkan baru bekerja tak sedap hati nak minta cuti.


Hari nak bertolak, ana gagahkan diri jua utk meminta kebenaran dari Doctor utk bercuti sehari(Hari Sabtu, sebab ana bekerja 6 hari seminggu). Senang n mudah, tak banyak soal, Doctor membenarkan ana ke program tersebut.


Malamnya ana bertolak ke tempat program yang sejauh lebih dari 400km. Pagi tu program pertama dimulakan. Keletihan menaiki bas pada malam sebelumnya, tak mematahkan jiwa ana utk meraikan program yang telah dirancang. Program hari Jumaat yang sepatutnya selesai pada jam 11.00malam telah berlarutan ke jam 2.00 pagi... penaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat.... siap tertidur2 di kerusi.


Menunggu kenderaan utk ke jeram



Program family day alumni diadakan pada hari Sabtu. Lokasi jeram telah dipilih pihak penganjur. Keletihan hari sebelumnya, terubat bila sampai di tempat lokasi yang berhampiran jeram. Memang menenangkan jiwa. Lama tak ke jeram, membuatkan hati ana berbuak2 utk ke sana.


Subhanallah


Alhamdulillah


AllahuAkbar


Apa yang menjadi lebih menarik dan tertarik, rupa2nya jeram yang di adakan program tersebut merupakan tempat tamrin yang ana pernah lalui satu ketika dulu. Kenangan dulu mengamit kembali. Tapi sampai ke saat ini, ana masih tidak dapat mengingati tamrin apakah yang telah ana tempuhi di sana. Mungkin kerana terlalu lama telah ana tinggalkan sahabat seperjuangan, atau mungkin kerana terlalu banyak tamrin yang pernah dilalui. Wallau’allam…



-Luahan hati ke hati-


Ana bertolak Sabtu malam, dan sampai di KB pada jam 5.30 pagi. Kepenatan 2 hari berprogram tidak boleh menjadi alasan utk tidak efektif dalam bekerja pada pagi Ahad tersebut. Kerja pejabat tetap dilaksanakan dengan baik, tapi waktu makan t/hari telah diganti dengan tidur yang effective. Hehe…Tidur lebih penting dari makan.


********


Tak habis di sana, ana di panggil interview pada esoknya(Hari Isnin). Kepenatan yang tidak lagi terubat, telah ditambah dengan persediaan utk interview keesokannya(Hari nie la...28/12/09). Resume n letterhead telah ditulis pada pagi hari sebelum ana bersiap ke tempat kerja. Huhu... Penaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat. Syukurnya, interview tersebut berjalan dengan lancar. Ujian UBS Software yang diberikan telah ana laksanakan dengan jaya. Alhamdulillah.


"Ya Allah jika ia baik utkku, utk duniaku dan akhiratku, maka Engkau berikanlah daku pekerjaan tersebut, tapi jika ia tidak baik utkku, utk duniaku dan akhiratku, maka Engkau tetapkanlah daku di tempat yang terbaik utkku, dan jadikanlah daku orang yang redha atas segala anugerahMu"



Telah 1431 tahun penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat2 berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Mampukah daku sepertimu ya Rasulullah...

cekal dan tabah

1431

satu ribu empat ratus tiga puluh satu tahun

telah berlalu sejarah itu...

masihkah aku fahami sejarah itu

adakah aku teladani kisah itu



Ketika sedang solat tahajjud, dia melihat anaknya yang masih kecil bangun disampingnya. Dia merasa kasihan kepada anak itu karena malam begitu dingin. Oleh itu dia berkata, "Anakku, tidurlah! Malam masih panjang."

Namun, anak itu berkata," Tetapi mengapa ayah bangun?"

Abu yazid menjawab," Anakku, Dia telah memintaku agar bangun untuk-Nya."

Anak itu berkata," aku telah menghafal firman Allah Swt., Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (solat) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan( demikian pula) segolongan dari orang -orang yang bersamamu.(QS : AL MUZZAMIL [73]: 20)

Siapakah mereka yang berdiri bersama Nabi Saw.?"

Abu yazid menjawab,"Mereka adalah para sahabatnya"

Anak itu berkata, "Jangan larang aku untuk menemanimu dalam ketaaatan kepada Allah."

Abu yazid kebingungan dan berkata," Anakku, kamu masih kanak-kanak, belum baligh"

Anak itu berkata,"Ayah, aku melihat ibu menyalakan api dari potongan-potongan ranting yang kecil lalu menjalar ke kayu yang besar. Aku takut Allah menyiksa kami (anak-anak kecil) lebih dahulu daripada orang-orang dewasa jika kami lalai untuk taat kepada-Nya."

Ketika itu, Abu yazid merintih kerana takut kepada Allah. Dia berkata "Subhanallah. Anakku, bangunlah !! Kamu lebih pantas berdiri dihadapan Allah dari pada ayahmu !!"

************

Siapa kata susah nak didik anak? hehe...

bapak borek anak rintih

kita selalu dengar atau memperkatakan pepatah nie jika anak2 berperangai teruk

tapi cuba guna perkataan nie utk anak2 jika dia ikut perangai mak dgn ayah dia

dah implimentasikan pada family kita pulak

(^_^)



Assalamualaikum WBT...




Salam Aidiladha (^_^)




Siti Hajar nama yang cukup memberi semangat untuk ana. Nama seorang isteri kepada seorang nabi ulum azmi, juga nama seorang ibu kepada seorang nabi. Ana cukup tertarik dengan semangat dan pengorbanan yang ditunjukkan Siti Hajar dalam menjalani perjalanan hidupnya. Dari namanya ana menggunakan nama di alam maya ini. Tapi siapakah Siti Hajar yang ana kagumi itu?....


Siti Hajar tidak lahir dari keluarga bangsawan, bukan juga dari keluarga ternama, malah hanya seorang hamba sebelum dia diperisterikan oleh Nabi Ibrahim a.s.


Siti Hajar seorang wanita, isteri dan ibu yang :


TINGGI JIWA PENGORBANANNYA
Siti Hajar sanggup dibawa jauh dari kota kediaman dan berada jauh dari suami tercinta. Siti Hajar yakin Allah tidak akan mengsia-siakan pengorbanannya.


SANGAT TAAT
Bila mana suamiya mengiyakan untuk meninggalkan Siti Hajar di tempat yang jauh dari kediaman mereka adalah arahan dari Allah SWT, Siti Hajar tidak bertanya apa-apa lagi. Dia tidak mempersoalkan apa-apa. Dia telah memurnikan jiwanya terhadap Allah hingga tidak terlintas sedikit pun sangkaan buruk terhadap Allah dan suaminya. Luar biasa sekali ketaatan dan kepatuhan wanita ini.


SANGAT TINGGI PENYERAHAN DIRINYA KEPADA ALLAH
Siti Hajar ditinggalkan di padang pasir yang tandus, tapi dia menyerahkan kepada Allah untuk memutuskan apa yang terbaik untuk diri dan bayinya. Dia yakin, Allah tidak akan persia-siakan dirinya.


SANGAT TABAH
Walaupun ditinggalkan di padang pasir yang tandus dengan kudrat seorang wanita, dia tetap bangkit meneruskan kehidupan dalam segala kepayahan. Semua ini tidak mungkin dapat diharungi oleh wanita biasa-biasa yang tidak memiliki jiwa yang cukup tabah.



SANGAT SABAR
Siti Hajar sabar dalam menempuh kehidupan tanpa suami disisi untuk membantu membesarkan anak mereka. Dia sabar mengadu dan meluahkan perasaannya hanya kepada Allah. Kesabarannya sebagai seorang wanita, isteri dan ibu sangat luar biasa.


Siti Hajar sentiasa memandang positif segala ketentuan Allah. Dengan jiwa ini, darjat Siti Hajar diangkat tinggi oleh Allah walaupun dia lahir sebagai seorang hamba, status yang dipandang rendah oleh manusia. Dengan ketulusan jiwa ini juga, seorang wanita biasa sepertinya mendapat kedudukan luar biasa di sisi Allah dan di sisi manusia.




***




Itulah yang ana nak umumkan hari nie(mungkin dah terlewat sehari). Selama nie ana menggunakan nama Siti Hajar bagi mendapatkan kekuatan dan semangat untuk menjadi sepertinya.




"Berapa ramai yang meneguk air zam-zam tanpa mengambil 'ibrah' daripada wanita yang mula-mula menyentuh air itu? "




Jika selama ini ana menggunakan nama samaran sebagai profile ana, rasanya dah tiba masa untuk ana menggunakan nama yang di beri oleh ibu bapa ana. Ana bangga ibu dan bapa ana menamakan ana dengan Nur Hidayati yang bermaksud "Cahaya Petunjuk Allah"




Walaupun ibu bapa ana tidak menamakan ana dengan Siti Hajar, tapi ana berbangga kerana mereka memberi nama yang baik kepada ana. Itu merupakan perkara wajib bagi ibu bapa memberikan nama yang baik kepada anaknya. Nama merupakan doa bagi seseorang(^_^)






Assalamualaikum WBT (^_^)



Rutin harian ana berubah lagi…

November 09 menjadi titik tolak berubah dari satu fasa kepada fasa yang lain…

Mahu atau tidak kita perlu ke depan, menjalani jua kehidupan ini…

November merupakan bulan yang ana tunggu2 setiap tahun…

Hehe…. Dapat something special dari ibu @ adikberadik @ sahabat2 (^_^)

Tapi beza tahun nie (2009), kalau boleh taknak la November tu menjelang… huhu…

Sebab tu juga kot tak update blog nie…

Aktiviti yang Allah aturkan buat hidup ana. Rasa bersyukur tak terhingga kepadaNya.

“ Sesungguhnya apa yang Allah berikan kepada kita, jauh lebih besar dari yang di ambilnya. Dan apa yang ditinggalkan untuk kita, jauh lebih besar dari apa yang di tarikNya. Nikmat yang dikurniaNya tidak terbatas. Sungguh rasa syukur yang dipanjatkan tidak sebanding dengan nikmat yang dilimpahkan”

Mungkin itu yang ana dapat ungkapkan.



18 Oct detik terakhir dan pertama. Terakhir utk orang yang ana sayangi pergi meninggalkan ana (Al-Fatihah bt arwah datuk ana yang disayangi), dan dihari tersebut jua Allah mengantikan dengan yang lebih baik. Syukur alhamdulillah…. ( biarlah ana nak berbicara hari nie, diharap blog ni menjadi catatan perjalanan hidup ana buat tatapan family kami kelak)

1 Nov 09 Presentation report LI.
(Berkesempatan berjumpa dgn sahabat2 seperjuangan)


7 Nov my birthday
“melepasi garis umur suku abad, berubah ke fasa kehidupan yang lebih matang (^_^)”


9 Nov Hantar report LI
(bermakna ana dah “complete”kan study ana utk dapatkan ijazah) Alhamdulillah.


11 Nov dipanggil temuduga untuk bekerja.


12 Nov ana memulakan kerjaya sebagai “Penolong Akauntan”. Alhamdulillah.


15 Nov Birthday abang ana.


16 Nov Birthday abah ana.


Selepas 20 Nov 09 insyaAllah :


27 Nov menyambut Aidiladha ….
“InsyaAllah pada tarikh nie, ana nak umumkan sesuatu(^_^)”
(nantikan entry yang seterusnya)

****

P/s : Syukuri setiap nikmat yang Allah sediakan buat kita, InsyaAllah Allah tambahi lagi nikmatNya. Syukuri dan redhai setiap yang Allah anugerahkan utk kita, pasti Allah tidak akan sia2kan kita. Bahagia itu bukan pada harta yang bertimbun, tapi bahagia itu apa yang boleh membuatkan kita berlapang dada pada setiap apa yang dikurniai olehNya(^_^).


Buku catatan kewanganku


Assalamualaikum wbt...

Pernah buat budget?

Pernah merekod perbelanjaan anda?

Pernah buat simpanan?

Tentu ramai yang menyatakan ianya tidak memberi sebarang faedah. Apalah faedahnya buat budget, rekod pendapatan dan perbelanjaan dan membuat simpanan. Tapi bagi ana, membuat budget di awal semester selepas PTPTN di masukkan ke dalam akaun adalah satu kemestian. Selain itu, ana sentiasa merekod segala perbelanjaan ana.

Tapi masalah ana semester2 sudah, ana tak dpt merekod dgn begitu sistematik dan tersusun dgn sempurna. Tak sampai akhir semester, kesibukkan kuliah dan program membantut aktiviti mencatat. hehe.... selalu la tergendala(^_^)


Syukurnya, pada semester terakhir ana di alam pengajian, ana berkesempatan mencatat segala pendapatan dan perbelanjaan ana. Apa yang lebih ana hargai, semenjak ana praktikal ana semakin pakar dalam menyediakan akaun. ada improvment dlm meyediakan catatan perbelanjaan.



Teringat kata2 seorang lecturer ana yang mengajar subjek audit " Kamu ni pelajar2 akaun, tapi kalau tak pandai mengurus kewangan dgn baik, tak usah la dok ambik kos akaun, buat penat je belaja lama2".


***

Pernah satu ketika, semasa merekod perbelanjaan ana hari tersebut, ana tak tahu kemana hilangnya duit ana sebanyak rm0.50. Setahu ana setelah membeli nasi dan laukpauk hari tersebut, sepatutnya jumlah sekian2, tapi yang peliknya ana masih kurang rm0.50. Tak senang duduk ana malam tu... hehe... (duit rm0.50 hilang pun blh rungsing, logik ke?)






Ana pun pikir la punya pikir....

Mana la duit aku ni p main....

Kalau nak p main pun, cakap la dulu.... huhu...

Bukan nak pikir sgt pun, tapi bila dah kita catat ni, pastinya kita kene betul2 tepat catat duit yang ada dgn belanja yg dikeluarkan.

Syukurnya, setelah pikir punya pikir.... baru teringat... antum/na nak tau katne duit tu?

Hehe...

Kat dalam plastik beg masa ana beli nasi tengahari tadi... hehe(^_^). Baki dari pembelian nasi, ana letak kat dalam plastik beg.

Katne agak2nya plastik beg tu pada malam tu???

Emmm.... tentulah dalam bakul sampah, takkan la kat ats meja makan lagi. (Jaga kebersihan meja makan anda ya!!!)

Apa lagi, jadilah ana MPKT malam tu. Tapi mujurlah dalam bakul sampah kat dalam bilik ana, bukan bakul sampah kat luar bilik asrama. Kalau bakul sampah tu, maknanya ana kene tulis loss/rugi la rm0.50( Tak sanggup nak cari dalam bakul sampah kat luar asrama yang sebesar pemeluk tu).


Bila dapat je plastik beg tu, ana tengok la duit rm0.50 ana tu masih ada lagi... hehe....

Itulah satu faedah kalau kita mencatat pendapatan dan perbelanjaan kita. Apalah sgt dgn rm0.50 tu, tapi kalau waktu tersebut ana letak rm5 @ rm10 @ rm50, tapi tak dicatat, apa yang antum/na fikir??? (Piqirk la sendiri)
**********************

InsyaAllah, lain kali ana ajar cara nak catat pendapatan dan perbelanjaan kita sehari2. Bahkan blh buat Penyata Pendapatan(Income statement) dan Kunci Kira2 (Balance Sheet) utk kewangan kita. Bagi ana, aktiviti mencatat nie sebagai salah satu cara utk memahami apa itu perakaunan.


mana satu ek cita2ku???


Assalamualaikum wbt...

Teringat kembali zaman persekolahan satu ketika dulu... (dah 7 tahun meninggalkan zaman persekolahan)
Selalu time program motivasi di adakan di sekolah, diperingatkan agar kita mempunyai cita2. Sekurang2nya kita mempunyai matlamat utk mencapainya.


Tapi setiap kali itulah juga ana tak tahu apakah cita2 ana sebenarnya...


Apa yang ana cita2kan, ana takde cita2 utk menjadi ustazah. Memang itulah cita2 ana. Ini kerana pada masa tersebut, ustazah yang ana kenali adalah seorang yang mengajar subjek ugama seperti Al-Quran, Al-Hadis, Fekah atau seumpamanya. Kalau di panggil cikgu, maksudnya mengajar subjek akademik seperti Matematik, Bahasa dan seumpamaya. Satu perbezaan lagi ustazah nie selain mereka mengajar subjek ugama, semuanya bertudung labuh. Manakala yang dipanggil cikgu, selain mengajar akademik mereka juga tidak bertudung labuh.


Tapi apa yang ana fikir, ana nak jadi cikgu yang mengajar subjek akademik, tapi nak pakai tudung labuh. Itulah yang ana fikirkan. Boleh ke? Tak pernah nampak pun seorang cikgu bertudung labuh. Emmm....


Itu peristiwa 7 tahun yg lalu bila ditanya tentang cita2. Ana tak tahu nak jawab apakah cita2 ana.



*******************

In the future : Cikgu Tie... (^_^)

Tapi sekarang setelah 7 tahun berlalu.... 2002 - 2009 berada di menara gading, dari diploma hingga ke degree. Ana nak gtau bahawa cita2 ana taknak jadi ustazah dah tercapai.


Sepanjang ana belajar di menara gading, Allah memudahkan jalan utk ana mencapai apa yang ana ingini.


Ana dipertemukan dgn sahabat2 yang sama2 mempunyai matlamat yang sama. Rupa2nya, ada cikgu yang bertudung labuh, tapi ana je yang tak jumpa pada masa tersebut.


Tapi sekarang ana jumpa ramai dah cikgu yang mengajar subjek akademik dan memakai tudung yang mengikut syariat. Alhamdulillah....

*******
Sekarang, adalah orang2 kampung ingatkan ana ustazah... huhuhu....
tapi bila di explain ana nie praktikal sbg juruaudit, mereka terfikir2... apa kerja tu. senang cite cakap je keje yg kira2 duit... hehehe......
xpelah, asalkan jangan ada yang panggil minah rempit je(^_^)
*******************

Buat cikgu/ustazah:


"Jadilah pendidik bukan pengajar"



IMAN SEMUT...




Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".




Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.




Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.




Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut!!






IMAN MANUSIA??




Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.




Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".Jawab Imam Suffian: Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".





Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.



Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.



Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.



Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.



*****************************************************

Alhamdulillah ana dah habis praktikal di firma audit selama 24 minggu yang lepas. Pada 22 Oktober 2009 adalah hari terakhir di tempat kerja. Kawan2 sepraktikal seramai 13 orang meraikan perpisahan kami dengan jamuan makan. Emmm... makan colek ramai2. Best pelbagai jenis buah n colek dihidangkan. Sama2 pakat2 bawa sedikit sorang.



Bersama staff2 yg n kawan2 sepraktikal yg spoting


Colek buah hasil dari kawan2 sepraktikal

Ku sudah jauh berjalan
berlari
kejar mengejar
bosannya hidup
tanpa pedoman
karat-karat mazmumah
kembali bertapak
Imanku rapuh
naik turun
hati seakan tidak tenang
setenang dulu
...aku yg rasai
sekeliling dapat tempiasnya..................


Membaca Al-Quran
Menghafal Al-Quran
Mempelajari isinya
Memahami kandungannya
Mengeluarkan rahsianya

Baca baca baca
Bawa bawa bawa
Baca dan bawa
Bawa ke mana saja
Baca pada bila-bila masa

Duduk dengan Al-Quran
Berdiri dengan Al-Quran
Berjalan berteman Al-Quran
Di tangan ada Al-Quran
Di bibir ada Al-Quran
Di hati tersimpan Al-Quran
Ke mana pergi bawa Al-Quran
Tiada hari tanpa Al-Quran

Al-Quran
Suci… kerana memang ia suci
Suci dari segala cacat dan cela
Suci dari campur tangan dan tokok tambah manusia
Suci dari segala muslihat musuhnya
Suci bukan yang disuci2kan

Terdiri daripada 30 juzuk
114 surah
6 236 ayat
604 muka surat
77 439 perkataan
Dan 340 740 huruf
Tak berubah walau di ubah
Tak dapat di ubah walau zaman berubah-ubah


Al-Quran…
Siapa yang mengubah pasti akan mendapat padah
Tak dapat disusup walau se ayat
Tak dapat di sisip walau se surah
Sejak ia di turunkan, seperti itulah keadaanya
Hari ini sampai hari kiamat

Al-Quran itu unik dan hebat
Hurufnya membentuk kalimah
Kalimahnya menjadi ayat
Ayatnya menjadi susunan surah
Surahnya diberi nama
Namanya menjadi sebuah cerita
Ceritanya tentang kehidupan manusia
Dulu, kini dan selamanya
Ajarannya sarat dan padat
Membentuk peribadi membina saksiah
Menjana masa depan dunia akhirat
Menjana umat yang cemerlang terbilang
Dan dijulang oleh semua makhluk Allah sepanjang zaman

Siapa yang membacanya diberi pahala
Siapa yang berpegang padanya, pengangannya kukuh
Siapa yang berhukum dengan hukumnya, hukumnya benar dan adil
Siapa yang berkata dengan kata2nya, kata2nya benar
Siapa yang menjadikannya petunjuk, petunjuknnya lurus

Ia sumber ketenangan dan kebahgiaan
Dan mulialah orang yang memuliakannya
Dan hinalah orang yang menghinakannya dan mengingkarinya
Itulah Al-Quran kitab suci kita


Daripada Salman al Farisi ra berkata: Pada hari terakhir bulan Sya`ban Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud:

Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah dinaungi oleh bulan yang agung dan bulan yang penuh berkat. Bulan yang padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa padanya (Ramadhan) satu kefardhuan dan melakukan qiam di malamnya sebagai amalan sunat.

Sesiapa yang melakukan satu amalan kebaikan padanya, maka baginya ganjaran seumpama melakukan satu amalan fardu. Dan sesiapa yang melakukan satu amalan fardu, maka baginya ganjaran seumpama melakukan tujuh puluh amalan fardu.

Ramadhan adalah bulan kesabaran dan sabar ganjarannya adalah syurga.

Ramadhan juga adalah bulan saling tolong-menolong dan bulan di mana akan ditambah rezki orang-orang Mukmin. Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (sewaktu berbuka), maka baginya keampunan terhadap dosa-dosanya, diselamatkan batang tengkuknya dari api neraka dan baginya ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurang walau sedikit pun.? Kami bertanya: Wahai Rasulullah, tidak semua di kalangan kami yang memiliki sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa? Lalu baginda s.a.w menjawab: ?Allah akan menganugerahi ganjaran pahala tersebut kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (walau) dengan seteguk susu, tamar ataupun air. Sesiapa memberi makan sehingga kenyang kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum dengan air telagaku di mana orang yang meminumnya tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam syurga.

Ramadhan adalah bulan di mana awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka.

Sesiapa memberi keringanan kepada hamba-sahayanya di bulan ini, maka Allah akan mengampunkan dosanya dan akan menyelamatkannya dari api neraka.

Justeru hendaklah kamu banyak melakukan empat perkara berikut: Dua daripadanya akan membuatkan Allah redha terhadap mereka yang melakukannya sementara dua perkara lagi adalah suatu yang sangat perlu bagi kamu. Dua perkara yang menjadikan Allah redha terhadap pelakunya ialah mengucap dua kalimah syahadah dan memohon keampunan kepadaNya. Sementara dua perkara yang sangat diperlukan itu ialah memohon kepada Allah syurga dan berlindung kepadaNya daripada api neraka.




Perkara Yang Disunatkan Bagi Orang Yang Berpuasa

1. Segera berbuka apabila benar-benar diyakini bahawa matahari telahpun terbenam dan sebelum menunaikan sembahyang Maghrib.

2. Membaca doa yang ma`thur ketika berbuka:
اللهُمَّ لَكَ صُمتُ وعَلىَ ِرزْقِكَ أَفْطَرْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ, وَبِكَ آمَنْتُذَهَبَ الظَّمْأُ وَابْتَلَتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ, يَا وَاسِعَ الْفَضْلِ اِغْفِرْ لِي,الْحَمْدُ ِللهِ الَّذي أَعَانَنِي فَصُمْتُ وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ .
Maksudnya: ?Ya Allah untukMu aku berpuasa, di atas rezkiMu aku berbuka, kepadaMu aku bertawakal dan? denganMu aku beriman. Telah berlalu pergi dahaga dan basah sudah urat-urat dan telah nyatalah ganjaran pahala. Wahai Yang Maha Luas anugerahnya, ampunilah kesalahanku. Segala pujian bagi Tuhan yang telah membantuku sehingga aku dapat berpuasa dan yang telah memberi kepadaku rezki sehingga aku dapat berbuka?.

3. Bersahur walaupun sedikit atau dengan seteguk air. Rasulullah s.a.w telah bersabda:
" تَسَحَّرُوا فَإنَّ فِي السّحوِر بَرَكَةً "
Maksudnya: Bersahurlah kamu sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.?
Melewatkan sahur - selagi tidak membawa sehingga terbitnya fajar - adalah lebih baik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: yang bermaksud: Tinggalkan segala perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.

4. Menahan lidah daripada kata-kata yang tidak bermanfaat. Adapun menahan lidah daripada perkara yang haram seperti mengumpat, mengadu domba dan yang seumpamanya adalah wajib dalam setiap masa dan ketika terutamanya di bulan Ramadhan.

5. Memperbanyakkan sedekah dan berbuat kebaikan kepada sanak saudara serta fakir miskin.

6. Membaca al Quran, berzikir dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w setiap kali berpeluang tidak kira malam atau siang.

7. I`tikaf di masjid dan menyibukkan diri dengan menuntut ilmu.



Assalamualaikum... Hari Jumaat yang penuh barakah, hari penghulu segala hari. Semoga kita dalam rahmatNya sentiasa.
Gara2 memberi cadangan utk mem"indexkan" fail2 tax, ana diberi tanggungjawab menjalankan kerja2 tersebut di bahagian tax. Apa yang menariknya, bilik tax ni kebanyakkan stafnya dan client syarikat suka bertandang.
Semasa menjalankan kerja2 tersebut, sempat gak berbual2 dengan staf kat bahagian tax. Sambil2 berbual, ada la seorang staf tertanya2 macam mana doa yang di beritahu masa kuliah yang dia hadiri.. Dia baca tapi tak dapat dihabiskan kerana masih tak lengkap apa yang ditulisnya. Ana pun membacakan doa ni hingga habis. Terus dia menyuruh ana menulisnya.
Dia kata dia nak beramal dengan doa nie, sebab ustaz kat dia pergi mendengar kuliah ada menyatakan yang Rasulullah SAW sentiasa membaca doa nie. Bila ditanya di mana dia mendengar kuliah nie, dia menyatakan mendengar di tempat yang sama ana mendengarnya, iaitu di kuliah pagi sabtu, yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Mustafha.
Itulah kelebihan syarikat nie yang ana kagumi. Ramai staf2nya adalah dikalangan yang suka menuntut ilmu. Mereka adalah dari kalangan professional, tapi takde pun rasa diri megah utk tidak menuntut ilmu. Ada seorang auditor tu, setiap minggu dia pergi mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan kuliah. Dia kata, kalau tak pergi, macam tak sempurna je hidup dia... Ana pun nak jadi macam mereka, protaz(profesional ustaz)...
Kisah tulis menulis doa tu tak habis setakat tu, staf yang lain mendengarnya telah mendesak ana menulisnya utk mereka juga, termasuklah isteri bos sendiri. Mungkin itu sedikit sebanyak dakwah yang ana serap ke dalam tempat ana praktikal.
Lepas tu disuruhnya ana conduct utk tadarus al-Quran di bulan Ramadhan... huhu... ana bukan ahlinya yang pakar dalam perkara ni. Ana cadangkan mereka mulakan, kami akan mengikutnya....
Ini sedikit sebanyak kelebihan berdoa bagi seorang muslim yang ana dapat di kuliah tempoh hari:
1. Doa itu otak ibadah. Tanpa otak manusia takleh hidup, begitu juga dengan berdoa.
2. Doa mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.
3. Doa itu boleh mengubah takdir Allah SWT
4. Doa boleh menolak bala.
5. Doa boleh menjauhkan diri dari syaitan.
6. Doa juga boleh menjauhkan penyakit.
7. Doa boleh menyelamatkan kita dari neraka.
8. Doa juga boleh menjadikan kita ahli syurga
9. Doa juga utk membalas dendam. "Ya Allah, selamatkanlah kami dari orang2 yang menzalimi kami".
10. Doa akan memperolehi syafaat nabi.

Semalam / kemarin ana memacu "kuda" merah ana seperti biasa pulang dari kerja. Semenjak 4 bulan ana di alam pekerjaan, simpang 4 Kubang kerian yang sibuk adalah menjadi antara laluan harian ana pergi dan pulang dari kerja.

Selama 4 bulan itu jugalah ana berkesempatan melihat gelagat pengguna2 jalanraya yang melalui simpang tersebut. Tidak dinafikan ada yang melanggar lampu merah, terutama yang menaiki 'kuda". Simpang 4 Kubang Kerian ini merupakan jalan yang tidak pernah sunyi, bahkan mungkin setiap hari ada sahaja van "bersiren" melalui jalan tersebut. Ini kerana ianya adalah jalan ke Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM). Bahkan kesibukkan jalannya kini telah bertambah dengan kehadiran pasaraya besar Nirwana berhampiran HUSM.


Budi bahasa, budaya bangsa yang dilaungkan kerajaan bagaikan di abaikan oleh pengguna simpang 4 tersebut. Itulah yang ana perhatikan semalam. Melihat gelagat yang masih mengutamakan kepentingan sendiri, melebihi orang lain. Tersentuh hati ana, mendengar "siren" van ambulan yang nyaring itu, diabaikan tanpa tiada rasa ingin memberi laluan.


Laluan van ambulan itu sememangnya terlaluuuuu sesak. Van tersebut hanya boleh melalui simpang 4 tersebut jika kenderaan2 yang berada di hadapannya memberi laluan. Tapi kenderaan yang di hadapannya hanya boleh melalui simpang tersebut jika laluan yang disebelah lampu hijau memberi laluan, tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Tanpa rasa bersalah, kenderaan2 di sebelah lampu hijau kebanyakkannya mengabaikan undang2 yang telah digariskan.


Tak usah bercakap tentang budi bahasa / akhlak yang telah di gariskan oleh yang Maha Pencipta, tapi hanya undang2 ciptaan manusia pun kita abaikan. Sedangkan mungkin van ambulan tersebut sedang bergegas mengambil ibu/ayah/suami/isteri/orang yang kita sayangi. Ana terkedu melihat situasi tersebut. Dimana adab terhadap sesama insan yang digariskan dalam Islam.



Van ambulan tersebut memerlukan masa yang cukup lama, berbanding jika masing2 menjadi pengguna jalan raya yang berhemah. Ana melalui peristiwa tersebut dengan hati yang sedih. Ana berharap hari esok masih ada insan2 yang berhemah dan dapat menunjuki sesuatu yang boleh dijadikan teladan.
Assalamualaikum wbt. Ahlan wasahlan ke laman ana nie. Ana berharap kalian mendapat sedikit ilmu yang boleh kita amalkan bersama.

Hari nie(15 August 2009) ana diberi kesempatan dan kekuatan rohani utk menghadirkan diri ke majlis ilmu di Masjid Binjai. Tenang rasa hati berkumpul disamping insan2 yang ingin menambah ilmu. Rasa kerdil diri nie, melihat makcik2 yang tak berdaya, tapi masih sanggup menghadirkan diri ke majlis ilmu.

Hari nie, ana terlupa nak bawa pen. Boleh plk terlupa(^_^). Namun ana tetap tulis gak, tapi taip guna handphone. Makcik and akak sebelah ana pun bawa buku gak, kami menulis butiran2 mutiara yang disampaikan oleh wakil rakyat dun kami, iaitu Ustaz Muhammad Mustafa.


Isi yang ana dapat hari nie ialah, umat Islam nie akan meruntuhkan Islam dgn beberapa cara:

1. Mereka tidak mahu belajar atau menuntut ilmu. Mereka hanya mencari ilmu yang boleh memberi manfaat utk mereka di dunia sahaja, tapi ilmu yang membawa kepada akhirat, mereka abaikan.

2. Mereka tidak beramal dengan ilmu yang mereka pelajari. Reti belajar je, tapi bila amal "0".

3. Umat Islam tidak bersungguh2 dalam beramal.

4. Umat Islam yang menghalang umat Islam lain menghayati Islam.

5. Tiada kerjasama sesama muslim.


Selain itu, beliau juga menyampaikan perkara2 yang kita perlu tau tentang Ramadhan. Ramadhan nie kata beliau ada penganjurnya. Kalau program yang kita ikuti, tentunya ada penganjur. Kalau penganjurnya kerajaan, tentu kita bersungguh nak g. Kalau penganjurnya Agung, lagilah kita nak g. Begitu jugalah Bulan Ramadhan nie, penganjurnya ialah Allah. Pastinya kalau Iman kita kuat, tentu kita teruja utk menghadiri Bulan Ramadhan nie... dah terasa ke nak g?

Kedua, kita perlu tau kenapa Allah cipta Bulan Ramadhan nie. Tentunya Allah nak kita jadi lebih bertaqwa. Maksud bertaqwa itu ialah jaga hati dan hubungan dengan Allah.


Nie pulak bab kewangan. Kalaulah kita nampak pahala tu macam kita nampak duit, tentu kita tak lepas dari nak beramal kan? Beliau bercerita tadi rate bayaran Allah nie banyak sangat.

1. Allah bagi pahala orang yang melakukan satu amalan fardhu bersamaan 10 bayaran (1:10).
2. Tapi kalau berjemaah, contohnya solat, bayarannya 1:27 bayaran.

3. Tapi bila bulan Ramadhan nie, Allah nak bagi lebih lagi. Rate bayaran Allah pada bulan nie kalau amalan fardhu bersamaan 1:70 bayaran.

4. Kalau solat di Masjid Al-Aqsa rate bayaran 1:500 bayaran

5. Kalau jihad fi Sabilillah rate bayaran 1:700 bayaran

6. Kalau solat di Masjid Nabi rate bayaran 1:1,000 bayaran

7. Kalau solat di Masjidil Haram rate bayaran 1:100,000 bayaran

8. Kalau solat di Medan perang rate bayaran 1:1,000,000 bayaran

9. Tapi kalau solat di malam hari rate bayarannya LEBIH dari 1,000,000

10. Dan rate bayaran yang lebih dari sume di atas , adalah puasa dengan SABAR




Jadi beliau menyeru kita sume, janganlah MEMBAZIRKAN MASA dengan sia2 begitu sahaja, terutama di bulan RAMADHAN yang Mulia dan bulan yang penuh Berkat.

PERKAHWINAN SAHABAT-SAHABATKU
Assalamualaikum pengunjung semua. Thanks for coming. Ana sebenarnya baru je dapat guna broadband ni kembali. Selama itu jugalah ana tak ambil tau pasal blog nie. Maaflah sahabat2 yang datang berkali2, tapi tiada jawapan dari ana.

Syukur sangat rasa hati ana tahun nie, sebab ana dapat menghadirkan diri ke kenduri sahabat2 seperjuangan ana. Sebelum nie, ana selalu tak berkesempatan dan berkemampuan utk pergi ke majlis kahwin sahabat2 ana. Maklumlah, semasa sahabat ana Liza and Fatimah (g02, UTMKL) kahwin, ana berada di kampus. Kewangan pun tak banyak. Tapi sekarang, ats kelapangan dan kemampuan yang ana kecapi, rasanya ana tak melepaskan peluang begitu saja.


Tiga sahabat ana dah mendirikan masjid pada tahun nie. Syukri and his wife(Nik) telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 2 June 2009, Shahrir and his wife pada 6 June 2009, and Huda and her husband pada 8 August 2009.


Apa yang menyenangkan hati ana, sahabat2 ana melangsungkan perkahwinan dengan sahabat sefikrah dan seiring dalam menjalankan amanah Allah. Masa depan yang cerah utk melahirkan generasi penyambung risalah rasul, InsyaAllah.


Generasi harapan agama


Lutfi yang lincah cergas
x larat nak layan kerenah si cilik nie(^_^)


Ana tak pernah pergi ke kenduri sehingga perlu menaiki bas express. Tapi utk memenuhi jemputan sahabat ana Huda yang berlangsung hari Sabtu lepas(8/8/09), ana perlu menaiki bas express hingga sejauh 8 jam perjalanan. First time ana ke Perak, first time naik bas ke kenduri, first time ke rumah Liza and Huda, first time ana pergi seorang diri....


Kenduri itu juga telah menemukan ana dengan sahabat2 yang telah lama terpisah. Gembira rasanya dapat bertemu dgn mereka semula setelah 4 tahun membawa haluan masing2. Tapi yang pasti, di mana bumi dipijak, di situlah perjuangan diteruskan. Masing2 mempunyai kisah sama tapi tak serupa. Kisah perjuangan di tempat masing2, tapi cara berbeza.



kenangan terubat jua

kerinduan terlerai jua

kasih sayangmu

menguatkan diriku

menghadirkan diri

di atas pertemuan

yang menguatkan silaturrahim

aku gembira

jiwaku tenang

kerinduanku terubat

*************************************

ku berharap

kita akan bertemu kembali

dengan izinNya



Bukan kerana RM

bukan kerana pangkat

bukan kerana keselesaan hidup


kerana itulah


Tok Guru sentiasa mengajar


sentiasa bagi tazkirah


sentiasa mentarbiyah


sentiasa memperdengarkan tentang Islam


BUKAN

kisah pembangunan


BUKAN


kisah wang



BUKAN


kisah pangkat


yang selalu dipesan


*****************************

Jom rr kita perkasakan diri


perkasakan family


perkasakan orang kampung kita


DENGAN


ilmu agama


ilmu akhirat


ilmu akidah


ilmu fiqh


ilmu syariat


TENTU



ISLAM MAJU


ISLAM MEMBANGUN



AYUH!!!




Aaaaa........... Hari nie settle kerja ana yang disuruh oleh juruaudit. hehe... setelah 2 minggu lebih baru siap. Seronoknya rasa hati. Biasalah kan? kalau kali pertama buat tu, memangla sukar... tapi kalau dah berulang kali nanti, mungkin boleh wat lebih cepat dari tu. Harap2nyalah.

Teringat masa pertama kali ana dapat lesen memandu. Paling ana ingat, ana asyik nak terjatuh. Ana harap pada masa tu jalan janganlah di buat belok. Kalau boleh biarlah lurus je. hehe(^^)
Tapi setelah 2 tahun(12 Jun 2009), ana di naikkan pangkat dari lesen "P" kepada lesen BESAR. Sekarang apa jenis jalan pun tak kisah dah. Janji jangan jalan mati(^^). Bahkan dah 3 kali ana tunggang motor balik kampung dari Kuala Ganung ke Kelate. Best sangat balik naik motor jauh2!!!

Mahir atau tak kita dalam satu2 bidang tu tentulah kene latih. Bukan hanya dengan teori dan angan2 saja. Samalah juga jika kita hanya mendengar semata2, tapi tak praktikkan ilmu yang kita dapat. Contohnya kalau kita belajar ilmu agama, tapi kita tak amal. Cikgu ajar, kita dengar, tapi bila praktik, kita hanya buat atas dasar peraturan sekolah.

Masa ana balik keje, ana tunggang motor tapi di hadapan ana ada sebuah lagi motor. Tapi yang menyakitkan mata ana, kat motor di depan ana tu seorang "pelajar perempuan agama" (berdasarkan pakaian yang dipakai), tapi stokin entah dah lari kemana. Emm...

***************************************************************

Balik kampung! balik kampung!
o o o...... balik kampung!
hati girang !!!

Seronoknya, esok(14 Julai 2009) abah ajak kami balik kampung di Gua Musang. Lama sangat ana tak ziarah nenek ana di sana. Semenjak ana balik Kelantan bulan Mei lepas, esok baru berpeluang ke sana. Apa yang menariknya juga, esok akan berlangsung pilihanraya di Manek Urai.

Lokasi Manek Urai

Perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang biasanya mengambil masa 4 jam. Tapi untuk ke sana esok, mungkin perjalanannya lebih panjang dari biasa. Haha... kene bawa roti banyak2 nie(^^)

Tak kisah la berapa lama perjalanannya, janji ana boleh bertemu nenek dan mak sedara ana. Kan ziarah mengziarahi tu dituntut oleh agama. Ianya boleh mengeratkan silaturrahim. Apatah lagi jika kita ziarah tu adalah nenek kita sendiri kan.

Mok! tie rindu mok!

Tunggu kedatangan ore!!!


Jom gi dengar kuliah!!!

Assalamualaikum...
Minggu nie ana ke kuliah di Universiti Terbuka Kelantan di Kota Bharu. Mendengar kuliah dari pensyarah yang berkaliber, iaitu Tuan Guru Nik Aziz (Ayah Zik). Sepertimana kebiasaanya, pelajarnya dari segala ceruk rantau, bukan sahaja dari Kota Bharu, bahkan ada dari negara2 luar.

Pernah juga satu ketika, rombongan dari kalangan kaum Cina pernah datang utk mendengar kuliah beliau. Tertarik dan menariknya, ada seorang pemuda kaum Cina(dalam lingkungan 20-an, tentu sekali mereka berugama Buddha), sanggup berada di atas pentas bersama2 dengan kaum muslimin, menikmati hidangan rohani yang diberikan oleh Tuan Guru.

***********************************
Itu hanya perencahnya, tapi ana nak cerita tentang isi kuliah Tuan Guru yang ana sempat timba pada minggu nie. Ada 5 perkara yang kita perlu ELAK, TINGGAL, JAUHI, JANGAN BUAT, iaitu :

1. Jangan bercakap kuat melebihi suara nabi.

2. Jangan percaya perkabaran dari orang yang fasik. Maksudnya jangan kita mudah
percaya jika kita mendengar perkabaran dari orang yang fasik. Tuan Guru mengatakan
orang yang fasik itu adalah orang Islam yang membuang segala ajaran Islam( Politik,
ekonomi, kekeluargaan dsb), dan diumpamakan seperti buah yang telah dibuang
kulitnya.

3. Jangan memperlekeh/memperkecilkan orang lain. Nilaian yang perlu kita nilai ialah diri
kita di sisi Allah. Jangan asyik cari keburukan orang lain, tapi cubalah muhasabah diri
kita.

4. Jangan bersangka buruk dengan orang lain( Su'un Zhon). Merisik dan tanya cerita orang
lain utk cari kelemahan.

5. Jangan suka mengumpat. Ghibah maksudnya kamu menceritakan tentang orang lain,
yang orang itu tidak menyukainya.

****************************************

Semalam juga ana telah sempurnakan janji ana. Rasa bebas sikit, dan kerana telah di tunaikan, Allah dah memberi ana yang lebih banyak... hehe=). Semalam ana dapat kewangan utk semester nie... tapi sampai sekarang tak sempat wat lagi budgetnya...

Hutang pun nak dilangsaikan nie... emmm, seronoknya bebas dari hutang!

****************************************
*********************************
********************

Hari nie ana lagi seronok, sebab dah lama ana cuba mengajak ibu ana ke majlis ilmu tapi hari nie baru berjaya. Kami berdua pergi ke kuliah pagi Sabtu di Masjid Binjai, mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Mustaffa( Wakil rakyat Dun Demit). Antara isi yang disampaikan adalah :

1. Sebarkanlah salam

2. Menjamu sahabat2. Berkongsi makanan itu akan memberi berkat.

3. Sambungkan silaturrahim antara kamu. Ampunkan orang yang berbuat zalim terhadap
kamu dan memberi kepada orang yang tidak memberi.

4. Solat malam

5. Berdoa. Berdoa itu suatu ibadah yang paling mudah di buat, tapi mempunyai kesan yang
besar.

Itulah sedikit sebanyak ilmu yang dapat ana kongsikan bersama semua.

*********************************

Kami juga sempat ke pasar minggu yang selalu diadakan di sana. Membeli sedikit barang dapur dan merewang2 kejap. Sebelum pulang sempat juga kami makan buah Guchil yang banyak tumbuh di sekitar pasar tersebut. Best rasanya, masam manis. Pertama kali ana makan=)


Buah Guchil, yang masak warna hitam. Tapi yang masak habis dah ana makan. hehe