Daripada Salman al Farisi ra berkata: Pada hari terakhir bulan Sya`ban Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud:

Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah dinaungi oleh bulan yang agung dan bulan yang penuh berkat. Bulan yang padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa padanya (Ramadhan) satu kefardhuan dan melakukan qiam di malamnya sebagai amalan sunat.

Sesiapa yang melakukan satu amalan kebaikan padanya, maka baginya ganjaran seumpama melakukan satu amalan fardu. Dan sesiapa yang melakukan satu amalan fardu, maka baginya ganjaran seumpama melakukan tujuh puluh amalan fardu.

Ramadhan adalah bulan kesabaran dan sabar ganjarannya adalah syurga.

Ramadhan juga adalah bulan saling tolong-menolong dan bulan di mana akan ditambah rezki orang-orang Mukmin. Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (sewaktu berbuka), maka baginya keampunan terhadap dosa-dosanya, diselamatkan batang tengkuknya dari api neraka dan baginya ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurang walau sedikit pun.? Kami bertanya: Wahai Rasulullah, tidak semua di kalangan kami yang memiliki sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa? Lalu baginda s.a.w menjawab: ?Allah akan menganugerahi ganjaran pahala tersebut kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (walau) dengan seteguk susu, tamar ataupun air. Sesiapa memberi makan sehingga kenyang kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum dengan air telagaku di mana orang yang meminumnya tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam syurga.

Ramadhan adalah bulan di mana awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka.

Sesiapa memberi keringanan kepada hamba-sahayanya di bulan ini, maka Allah akan mengampunkan dosanya dan akan menyelamatkannya dari api neraka.

Justeru hendaklah kamu banyak melakukan empat perkara berikut: Dua daripadanya akan membuatkan Allah redha terhadap mereka yang melakukannya sementara dua perkara lagi adalah suatu yang sangat perlu bagi kamu. Dua perkara yang menjadikan Allah redha terhadap pelakunya ialah mengucap dua kalimah syahadah dan memohon keampunan kepadaNya. Sementara dua perkara yang sangat diperlukan itu ialah memohon kepada Allah syurga dan berlindung kepadaNya daripada api neraka.




Perkara Yang Disunatkan Bagi Orang Yang Berpuasa

1. Segera berbuka apabila benar-benar diyakini bahawa matahari telahpun terbenam dan sebelum menunaikan sembahyang Maghrib.

2. Membaca doa yang ma`thur ketika berbuka:
اللهُمَّ لَكَ صُمتُ وعَلىَ ِرزْقِكَ أَفْطَرْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ, وَبِكَ آمَنْتُذَهَبَ الظَّمْأُ وَابْتَلَتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ, يَا وَاسِعَ الْفَضْلِ اِغْفِرْ لِي,الْحَمْدُ ِللهِ الَّذي أَعَانَنِي فَصُمْتُ وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ .
Maksudnya: ?Ya Allah untukMu aku berpuasa, di atas rezkiMu aku berbuka, kepadaMu aku bertawakal dan? denganMu aku beriman. Telah berlalu pergi dahaga dan basah sudah urat-urat dan telah nyatalah ganjaran pahala. Wahai Yang Maha Luas anugerahnya, ampunilah kesalahanku. Segala pujian bagi Tuhan yang telah membantuku sehingga aku dapat berpuasa dan yang telah memberi kepadaku rezki sehingga aku dapat berbuka?.

3. Bersahur walaupun sedikit atau dengan seteguk air. Rasulullah s.a.w telah bersabda:
" تَسَحَّرُوا فَإنَّ فِي السّحوِر بَرَكَةً "
Maksudnya: Bersahurlah kamu sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.?
Melewatkan sahur - selagi tidak membawa sehingga terbitnya fajar - adalah lebih baik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: yang bermaksud: Tinggalkan segala perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.

4. Menahan lidah daripada kata-kata yang tidak bermanfaat. Adapun menahan lidah daripada perkara yang haram seperti mengumpat, mengadu domba dan yang seumpamanya adalah wajib dalam setiap masa dan ketika terutamanya di bulan Ramadhan.

5. Memperbanyakkan sedekah dan berbuat kebaikan kepada sanak saudara serta fakir miskin.

6. Membaca al Quran, berzikir dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w setiap kali berpeluang tidak kira malam atau siang.

7. I`tikaf di masjid dan menyibukkan diri dengan menuntut ilmu.



Assalamualaikum... Hari Jumaat yang penuh barakah, hari penghulu segala hari. Semoga kita dalam rahmatNya sentiasa.
Gara2 memberi cadangan utk mem"indexkan" fail2 tax, ana diberi tanggungjawab menjalankan kerja2 tersebut di bahagian tax. Apa yang menariknya, bilik tax ni kebanyakkan stafnya dan client syarikat suka bertandang.
Semasa menjalankan kerja2 tersebut, sempat gak berbual2 dengan staf kat bahagian tax. Sambil2 berbual, ada la seorang staf tertanya2 macam mana doa yang di beritahu masa kuliah yang dia hadiri.. Dia baca tapi tak dapat dihabiskan kerana masih tak lengkap apa yang ditulisnya. Ana pun membacakan doa ni hingga habis. Terus dia menyuruh ana menulisnya.
Dia kata dia nak beramal dengan doa nie, sebab ustaz kat dia pergi mendengar kuliah ada menyatakan yang Rasulullah SAW sentiasa membaca doa nie. Bila ditanya di mana dia mendengar kuliah nie, dia menyatakan mendengar di tempat yang sama ana mendengarnya, iaitu di kuliah pagi sabtu, yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Mustafha.
Itulah kelebihan syarikat nie yang ana kagumi. Ramai staf2nya adalah dikalangan yang suka menuntut ilmu. Mereka adalah dari kalangan professional, tapi takde pun rasa diri megah utk tidak menuntut ilmu. Ada seorang auditor tu, setiap minggu dia pergi mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan kuliah. Dia kata, kalau tak pergi, macam tak sempurna je hidup dia... Ana pun nak jadi macam mereka, protaz(profesional ustaz)...
Kisah tulis menulis doa tu tak habis setakat tu, staf yang lain mendengarnya telah mendesak ana menulisnya utk mereka juga, termasuklah isteri bos sendiri. Mungkin itu sedikit sebanyak dakwah yang ana serap ke dalam tempat ana praktikal.
Lepas tu disuruhnya ana conduct utk tadarus al-Quran di bulan Ramadhan... huhu... ana bukan ahlinya yang pakar dalam perkara ni. Ana cadangkan mereka mulakan, kami akan mengikutnya....
Ini sedikit sebanyak kelebihan berdoa bagi seorang muslim yang ana dapat di kuliah tempoh hari:
1. Doa itu otak ibadah. Tanpa otak manusia takleh hidup, begitu juga dengan berdoa.
2. Doa mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.
3. Doa itu boleh mengubah takdir Allah SWT
4. Doa boleh menolak bala.
5. Doa boleh menjauhkan diri dari syaitan.
6. Doa juga boleh menjauhkan penyakit.
7. Doa boleh menyelamatkan kita dari neraka.
8. Doa juga boleh menjadikan kita ahli syurga
9. Doa juga utk membalas dendam. "Ya Allah, selamatkanlah kami dari orang2 yang menzalimi kami".
10. Doa akan memperolehi syafaat nabi.

Semalam / kemarin ana memacu "kuda" merah ana seperti biasa pulang dari kerja. Semenjak 4 bulan ana di alam pekerjaan, simpang 4 Kubang kerian yang sibuk adalah menjadi antara laluan harian ana pergi dan pulang dari kerja.

Selama 4 bulan itu jugalah ana berkesempatan melihat gelagat pengguna2 jalanraya yang melalui simpang tersebut. Tidak dinafikan ada yang melanggar lampu merah, terutama yang menaiki 'kuda". Simpang 4 Kubang Kerian ini merupakan jalan yang tidak pernah sunyi, bahkan mungkin setiap hari ada sahaja van "bersiren" melalui jalan tersebut. Ini kerana ianya adalah jalan ke Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM). Bahkan kesibukkan jalannya kini telah bertambah dengan kehadiran pasaraya besar Nirwana berhampiran HUSM.


Budi bahasa, budaya bangsa yang dilaungkan kerajaan bagaikan di abaikan oleh pengguna simpang 4 tersebut. Itulah yang ana perhatikan semalam. Melihat gelagat yang masih mengutamakan kepentingan sendiri, melebihi orang lain. Tersentuh hati ana, mendengar "siren" van ambulan yang nyaring itu, diabaikan tanpa tiada rasa ingin memberi laluan.


Laluan van ambulan itu sememangnya terlaluuuuu sesak. Van tersebut hanya boleh melalui simpang 4 tersebut jika kenderaan2 yang berada di hadapannya memberi laluan. Tapi kenderaan yang di hadapannya hanya boleh melalui simpang tersebut jika laluan yang disebelah lampu hijau memberi laluan, tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Tanpa rasa bersalah, kenderaan2 di sebelah lampu hijau kebanyakkannya mengabaikan undang2 yang telah digariskan.


Tak usah bercakap tentang budi bahasa / akhlak yang telah di gariskan oleh yang Maha Pencipta, tapi hanya undang2 ciptaan manusia pun kita abaikan. Sedangkan mungkin van ambulan tersebut sedang bergegas mengambil ibu/ayah/suami/isteri/orang yang kita sayangi. Ana terkedu melihat situasi tersebut. Dimana adab terhadap sesama insan yang digariskan dalam Islam.



Van ambulan tersebut memerlukan masa yang cukup lama, berbanding jika masing2 menjadi pengguna jalan raya yang berhemah. Ana melalui peristiwa tersebut dengan hati yang sedih. Ana berharap hari esok masih ada insan2 yang berhemah dan dapat menunjuki sesuatu yang boleh dijadikan teladan.
Assalamualaikum wbt. Ahlan wasahlan ke laman ana nie. Ana berharap kalian mendapat sedikit ilmu yang boleh kita amalkan bersama.

Hari nie(15 August 2009) ana diberi kesempatan dan kekuatan rohani utk menghadirkan diri ke majlis ilmu di Masjid Binjai. Tenang rasa hati berkumpul disamping insan2 yang ingin menambah ilmu. Rasa kerdil diri nie, melihat makcik2 yang tak berdaya, tapi masih sanggup menghadirkan diri ke majlis ilmu.

Hari nie, ana terlupa nak bawa pen. Boleh plk terlupa(^_^). Namun ana tetap tulis gak, tapi taip guna handphone. Makcik and akak sebelah ana pun bawa buku gak, kami menulis butiran2 mutiara yang disampaikan oleh wakil rakyat dun kami, iaitu Ustaz Muhammad Mustafa.


Isi yang ana dapat hari nie ialah, umat Islam nie akan meruntuhkan Islam dgn beberapa cara:

1. Mereka tidak mahu belajar atau menuntut ilmu. Mereka hanya mencari ilmu yang boleh memberi manfaat utk mereka di dunia sahaja, tapi ilmu yang membawa kepada akhirat, mereka abaikan.

2. Mereka tidak beramal dengan ilmu yang mereka pelajari. Reti belajar je, tapi bila amal "0".

3. Umat Islam tidak bersungguh2 dalam beramal.

4. Umat Islam yang menghalang umat Islam lain menghayati Islam.

5. Tiada kerjasama sesama muslim.


Selain itu, beliau juga menyampaikan perkara2 yang kita perlu tau tentang Ramadhan. Ramadhan nie kata beliau ada penganjurnya. Kalau program yang kita ikuti, tentunya ada penganjur. Kalau penganjurnya kerajaan, tentu kita bersungguh nak g. Kalau penganjurnya Agung, lagilah kita nak g. Begitu jugalah Bulan Ramadhan nie, penganjurnya ialah Allah. Pastinya kalau Iman kita kuat, tentu kita teruja utk menghadiri Bulan Ramadhan nie... dah terasa ke nak g?

Kedua, kita perlu tau kenapa Allah cipta Bulan Ramadhan nie. Tentunya Allah nak kita jadi lebih bertaqwa. Maksud bertaqwa itu ialah jaga hati dan hubungan dengan Allah.


Nie pulak bab kewangan. Kalaulah kita nampak pahala tu macam kita nampak duit, tentu kita tak lepas dari nak beramal kan? Beliau bercerita tadi rate bayaran Allah nie banyak sangat.

1. Allah bagi pahala orang yang melakukan satu amalan fardhu bersamaan 10 bayaran (1:10).
2. Tapi kalau berjemaah, contohnya solat, bayarannya 1:27 bayaran.

3. Tapi bila bulan Ramadhan nie, Allah nak bagi lebih lagi. Rate bayaran Allah pada bulan nie kalau amalan fardhu bersamaan 1:70 bayaran.

4. Kalau solat di Masjid Al-Aqsa rate bayaran 1:500 bayaran

5. Kalau jihad fi Sabilillah rate bayaran 1:700 bayaran

6. Kalau solat di Masjid Nabi rate bayaran 1:1,000 bayaran

7. Kalau solat di Masjidil Haram rate bayaran 1:100,000 bayaran

8. Kalau solat di Medan perang rate bayaran 1:1,000,000 bayaran

9. Tapi kalau solat di malam hari rate bayarannya LEBIH dari 1,000,000

10. Dan rate bayaran yang lebih dari sume di atas , adalah puasa dengan SABAR




Jadi beliau menyeru kita sume, janganlah MEMBAZIRKAN MASA dengan sia2 begitu sahaja, terutama di bulan RAMADHAN yang Mulia dan bulan yang penuh Berkat.

PERKAHWINAN SAHABAT-SAHABATKU
Assalamualaikum pengunjung semua. Thanks for coming. Ana sebenarnya baru je dapat guna broadband ni kembali. Selama itu jugalah ana tak ambil tau pasal blog nie. Maaflah sahabat2 yang datang berkali2, tapi tiada jawapan dari ana.

Syukur sangat rasa hati ana tahun nie, sebab ana dapat menghadirkan diri ke kenduri sahabat2 seperjuangan ana. Sebelum nie, ana selalu tak berkesempatan dan berkemampuan utk pergi ke majlis kahwin sahabat2 ana. Maklumlah, semasa sahabat ana Liza and Fatimah (g02, UTMKL) kahwin, ana berada di kampus. Kewangan pun tak banyak. Tapi sekarang, ats kelapangan dan kemampuan yang ana kecapi, rasanya ana tak melepaskan peluang begitu saja.


Tiga sahabat ana dah mendirikan masjid pada tahun nie. Syukri and his wife(Nik) telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 2 June 2009, Shahrir and his wife pada 6 June 2009, and Huda and her husband pada 8 August 2009.


Apa yang menyenangkan hati ana, sahabat2 ana melangsungkan perkahwinan dengan sahabat sefikrah dan seiring dalam menjalankan amanah Allah. Masa depan yang cerah utk melahirkan generasi penyambung risalah rasul, InsyaAllah.


Generasi harapan agama


Lutfi yang lincah cergas
x larat nak layan kerenah si cilik nie(^_^)


Ana tak pernah pergi ke kenduri sehingga perlu menaiki bas express. Tapi utk memenuhi jemputan sahabat ana Huda yang berlangsung hari Sabtu lepas(8/8/09), ana perlu menaiki bas express hingga sejauh 8 jam perjalanan. First time ana ke Perak, first time naik bas ke kenduri, first time ke rumah Liza and Huda, first time ana pergi seorang diri....


Kenduri itu juga telah menemukan ana dengan sahabat2 yang telah lama terpisah. Gembira rasanya dapat bertemu dgn mereka semula setelah 4 tahun membawa haluan masing2. Tapi yang pasti, di mana bumi dipijak, di situlah perjuangan diteruskan. Masing2 mempunyai kisah sama tapi tak serupa. Kisah perjuangan di tempat masing2, tapi cara berbeza.