di sini bermulanya sebuah perjuangan

Telah puas aku pandang dan perhati sifat dan sikap sahabatku ini.Namun belum pernah ku temui cacat celanya dari dari segi sikap mahu pun perbuatan.Semuanya nampak cantik seperti yang dituntut oleh agama.Malu itu memang pakaian peribadinya.Rendah diri itu perhiasan dirinya.Ilmu itu dihujung bibirnya.Kemewahan bukan kebangaannya.Dia sangatlah serba sederhana namun nampak begitu sempurna dan bersesuaian dengannya walau di mana pun dia berada.Dimajlis orang besar-besar dia tetap nampak sepadan.Dimajlis orang miskin dia tidak nampak perlu dimuliakan.Manisnya akhlak dan kewibawaan dirinya.Dalam zuhud tidak pula dia sampai menghina diri dalam berpakaian dan kehidupan.Sedangkan yang aku tahu dia memang seorang yang teramat zuhud.Zuhud itu merupakan hatinya.


Seperti pesan Alqamah pada puteranya dalam mencari seorang sahabat :


1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.

2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.

5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu, ia akan menghargai dan menyebutnya.

6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu, dia akan menutupnya.

7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, ia akan mengusahakan.

8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.

9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan merengankan kesusahanmu.

10 )Jika engkau berkata padanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11 )Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.

12 )Jika antaramu berselisih faham, dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persahabatan.



Semua itu ada padanya.Bertuah sungguh aku mendapat sahabat sepertinya.Inilah sahabat sejati , sahabat yang kita berasa senang dengannya dalam urusan keduniaan dan mendapat faedah dalam hal-hal yang berkaitan dengan akhirat.Inilah sahabatku.


Melihat wajahnya mengingatkan aku sentiasa kepada Tuhan.Tidak pernah jemu bila berbicara dengannya kerana kata-katanya adalah ilmu yang dipraktikkan.Cahaya wajahnya terpancar setiap kali dia tersenyum sehingga aku tidak pernah jemu untuk menatapnya.Bahasanya lembut tutur kata juga sopan.Tapi pertemuan kami hanyalah sekali sekala.Ini membuatkan aku sentiasa rindu padanya.Berdepan dengannya terasa sangat kekurangan pada diri ini.Kadang-kadang terasa seperti dia tahu gerak hatiku.Seperti dia kenal benar dengan peribadiku yang banyak berdosa ini.Malunya aku………….


Sahabatku , sering aku berdoa meminta dan merayu agar ALLAH kekalkan sahabat sepertimu.Aku tidak bersedia untuk kehilanganmu.Hilangmu bererti aku kehilangan sesuatu yang sangat berharga.Sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti walau dengan dunia ini sekali pun.

Syukran ya sahabatii...
Fizah, Kak Pah, Angah, Usu, Alang, Syu, Ayung, Lina, Wardina, Liza, Siti, Aisyah, Eika, Lina, Siti

Kenangan bersama kalian masih segar dalam memoriku. Walaupun kalian telah jauh disampingku, tapi segala kekuatan yang kalian titipkan buatku, menjadi azimat buatku untuk berjuang menempuh mehnah hidup ini.





Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh-musuh kami kepada Engkau

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,Leburkanlah kumpulan mereka

Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka

Goncangkan pendirian mereka

Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka

Wahai Tuhan yang gagah perkasa

Wahai Tuhan yang Maha Kuat

Wahai Tuhan yang ada bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab

Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Abu hurairah r.a berkata
“Tiap-tiap luka yang menimpa seorang Muslim dijalan Allah nescaya lukanya itu di hari kiamat tetap seperti ketika ditikam mengeluarkan darah. Warnanya warna merah tetapi baunya bau kasturi”
(Hadith bukhari dan muslim)


Teruskan doamu buat saudara2 kita di Palestin. Darah mereka tumpah kerana di ratah yahudi, airmata si anak kecil tak kering meratapi jenazah ayah dan ibunya. Kirim doa buat mereka disana. Kita tak mampu beri apa yang kita tiada, Namun doa dan cinta kita ada bersama mereka.

Back to university!!!

Bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan limpah dan rahmatNya ana dapat menyambung lagi pengajian yang masing berbaki satu semester ini. Dah nak grad!!! Seronoknya!!!

Walaupun dah 2 minggu ana kembali ke universiti, tapi jadual kuliah masih tak settle2. Setiap semester ana terpaksa menambah subjek dan membuat perancangan kuliah. Maklumlah nak habiskan study dalam masa 3 tahun setengah. InsyaAllah mungkin inilah semester terakhir ana berada di alam pengajian sebelum melangkah ke alam pekerjaan… doakan ana ya sahabat2….

Selain sibuk nak rancang jadual yang bertindan, tentu kewangan dari pinjaman pun nak kene uruskan gak. Ramai sahabat2 ana, bila dah tahu ptptn dah di masukkan dalam akaun masing2, ramai yang dah tak ingat dunia. Belanja sakan. (ish…ish…..ish…ana geleng kepala lihat gelagat2 mereka).

Tak sampai 2 hari, beratus dihabiskan. Apa lagi kalau bukan bershopping. Dalam seminggu duk kat kampus, dah lebih 3 kali bershopping. Ana naik pelik tengok gelagat2 pelajar2 universiti nie. Bukan nak rancang kewangan yang dipinjam, bukannya sponsor pun, nanti nak kene bayar balik duit tu. Tapi, belanjanya mengalahkan orang dapat gaji. Emmmm….. biarkan mereka…. Camne pulak antum/na yang bergelar dai’e merancang perbelanjaan…. Tepuk dada, Tanya Iman….

Belajar tanpa praktis ibarat pohon yang tak berbuah. Melalui hadis inilah, ana cuba praktikkan ilmu yang dipelajari dengan kehidupan seharian. Kami belajar menguruskan wang, tapi bila dapat wang, kami sendiri “fail” merancang kewangan sendiri. Rugikan?

Antum/na camne pulak? Dah merancang atau dah terancam? Belum terlambat lagi jika lepas nie, kita rancang dulu perancangan kewangan kita seperti kita merancang kuliah kita. Tentu tak pening kepala nanti bila dah pertengahan semester.

Ana dah catatkan perkara2 utama yang akan menjadi belanja besar untuk kita sebagai student. Contohnya, bagi ana Yuran pengajian, bayaran penginapan, buku2 kuliah, buku2 agama dan majalah, yuran program, keperluan asas ( makanan dan perhiasan diri), infak dan kecemasan. Selebihnya, bolehlah dijadikan simpanan untuk keperluan masa akan datang.

Satu perkara lagi yang boleh dipraktikkan, kita cuba elakkan meletakkan wang kita dalam satu akaun bank. Sebaik2nya, biarkan penjaga kita menyimpan separuh dari kewangan kita di dalam akaun bank yang lain. Ini boleh mengelakkan kecurian dan belanja berlebihan.

Setelah kita merancang kewangan kita, pastikan kita mencatat segala pengeluaran dan perbelanjaan yang dilakukan seharian. Ini membolehkan kita mengetahui kemana wang kita dibelanjakan dan mengelakkan kita boros berbelanja.

Tapi inilah yang menjadikan kita dilihat kedekut berbelanja. Biarkan mereka melihat kita begitu, yang pasti kita tahu kemana wang kita dibelanjakan. Mencatat wang yang dibelanjakan mengelakkan kita berbelanja tanpa pengawasan, tapi jangan sampai kedekut untuk menginfakkan wang kita ke jalan yang diredhai Allah. Pastikan ada peruntukkan kita kepada agama. Bak kata pensyarah ana, kamu mesti menjadi orang yang berjimat cermat, tapi bukan KEDEKUT…..

Selamat merancang kewangan anda!

Selamat merancang pembelajaran anda!!

Selamat maju jaya !!!