Salam ziarah buat semua yang betandang ke laman ana. Ahlan wasahlan di ucapkan. Moga antum/na mendapat manfaat atas kunjungan ini. Ana doakan juga agar semuanya dalam rahmat Allah SWT sentiasa^_^.

Perjuangan tidak akan berakhir selagi daulah Islamiyah tidak tertegak di bumi ini. Sikit atau banyak yang kita bantu itu tidak penting di sisi Allah(Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam). Apa yang penting, kita perlu berusaha dan ikhlas dalam beramal. Eh..eh satu lagi, istiqamah. Huhu…boleh ke nie? Asyik suruh orang lain istiqamah, ana?

Oklah pembaca semua, ana perlu merantau kembali. Hehe… orang lain lambat lagi nak p, tapi atas arahan bos, ana and sahabat2 semua perlu balik awal. Tak sabar nak jumpa sahabat2 ana. Untuk sementara waktu, mungkin laman nie dibiarkan bersarang dengan sarang labah2. maafkan ana ya.

Nie ada nasyid Takbir Telah Bergema untuk semua pembaca, di inovasi oleh sapa ntah, tapi ditulis balik oleh ana. sebenarnya nasyid nie adalah dari lagu semboyan telah berbunyi. Kalau tak silap askar2 yang nyanyi lagu tu, tapi untuk Takbir Telah Bergema nie ana tujukan buat mujahid, mujahidah dan semua yang nak p berjuang……… (nasyid macam nyanyi lagu semboyan telah berbunyi. Kalu tak reti, tanyalah orang yang lebih tahu ya^_^)


TAKBIR TELAH BERGEMA


Inilah barisan jihad
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk Islam tercinta

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah mujahid Islam
Menuju medan jihad

Andai kata kami gugur semua
Taburkan bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Islam berjaya

Takbir telah bergema
Menuju medan jihad

Kelewatanku mengejar gerabak padumu
Mencipta resah igauan malamku
Ketika permusafiran seorang hamba
Di kekontangan telaga telaga sahara ini

Melegakan sebentar
Nafasku yang kecungapan
Bukanlah aku ini
Seorang gadis sekudus Rabiah
Alunan zuhudnya cemin air mata sentuhan
Syahadah cintanya lakaran idola
Setiap senjakala lalu
Terlewatkah aku ini
Meniru nafas cintanya padamu…??

Bukanlah aku ini…….seanggun Musaibah
Pertuankan diri menggenggam besi-besi pedang
Sedangkan rohku marhalah pertarbiahan
Hakikat seorang gadis
Masih renggan manjaan Al-Kholiq

Bukanlah aku ini
Setagih Zulaikha berteleku rindu
Mengejar bayang-bayang kasih
Tiba-tiba cinta Ar-Rahim itu
Pencuri sanubari yang cukup ajaib

Mendamba lukisan kesenian seorang hamba
Bukanlah sekental Solahuddin ku risik
Bukanlah segagah Al-Fatih kutilik
Tidaklah ku tapis ku ikhtiar
Sebestari Hassan Al-Banna

Mustahil kuntuman mawar yang terpelihara ini
Tidak mengidamkan sayap utuh
Terbang menongkah ke gerbang perjuangan

Dalam imbangan neraca ini
Aku beriman mekaran sunnah baginda
Aku tetap menanti sambutan sumpah
Tajaman pedang seorang pejuang
Pada asuhan pedang itu
Di jiwanya ada namamu

Penyeksa….
Kelewatan munajatku ini
Adalah mustahil cintamu
Dalam aliran jasadku
Di perkongsikan olehmu….

Di petik dari Zakasyi Fanie

Motor ana sepatutnya akan penuh isian tangkinya denga RM5
Tapi sekarang ana terpaksa tambah RM 2 atau RM3

Jika dulu ana peruntukkan
RM5 = 5 hari

Sekarang
RM7 = 5 hari

Dulu sebulan
RM 5 x 6 kali RM 30
(Sebulan 30 hari / 5 hari = 6 kali)

Sekarang
RM7 x 6 kali = RM 42

BEZA RM 12 = July
BEZA RM 12 = Aug
BEZA RM 12 = Sep
BEZA RM 12 = Oct
BEZA RM 12 = Nov

KESELURUHAN PENAMBAHAN BELANJA ANA

RM 12 X 5 bulan = RM60

Di ulangi
RM60

Di ulangi
RM60

$$$ sebuah buku pelajaran ana

Ini tidak dikira lagi sewa rumah, bil air n elektrik, makanan dan harga buku yang meningkat kesan dari $$$ minyak yang meningkat

Terima kasih Pak Lah!!!


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"


Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.


Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.


"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya.


Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.


"Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"


Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.


Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.


"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."


"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."


"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.


"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".


"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...



Menyahut cabaran minyak naik, rancangan kami ke Cameron Highland tetap diteruskan walaupun kami terpaksa membelanjakan wang untuk minyak lebih RM300 untuk dua kereta.

Tapi bukan nak bercerita tentang makan angin, tapi satu perkara yang mencuit hati ana berkenaan sepupu-sepupu ana yang kecik2 lagi nie. Peristiwa ni berlaku masa perjalanan pulang ke KB, antara Gua Musang ke Kuala Krai.

Pak cik Min, bapa saudaraku telah bertanya kepada anaknya : Abe solat tak Zohor tadi?

Anaknya (abe) berumur 5 tahun menjawab : Taaak. Terdiam…….

Kak long tahu tak rupa syaitan camne? Tanya pakcik ku pula kepadaku.

Ana yang tak memahami apa yang tersirat difikiran pakcik ana hanya menjawab selamba je. Entahlah, tak pernah tengok pun.

La kak Long, kat abe (ditujukan kepada anaknya) nie banyak syaitan. Dia tak solat tadi, banyaklah syaitan kat dia. Tengoklah, kat rambut dia, tepi dia, belakang dia, heeeee, banyak long, tengoklah.

Huhu…..rupanya pakcik ana ingin memberi pengajaran kat anak dia. Apa lagi, ana menambahlah lagi.

Ya la pok cik Min, banyak betul, takut nak dekat dengan abe. Tak nak dah kawan dengan abe kalu camni. Banyak syaitan kat dia.

Abe hanya diam dan semyum2 malu. mungkin sedang berfikir dengan kesalahannya.

(Majalah Anis (bulan 5) yang lepas membicarakan ketaatan anak kepada perintah agama haruslah disyukuri. Tak semua anak mudah mendengar kata)

Berlainan dengan abe, akaknya (akak sulung kepada abe), tak perlu disuruh, tak perlu dipaksa, siap minta dengan umi dia lagi nak solat gak pada waktu kami berhenti untuk solat.

Umi boleh tak akak nak solat?

Solatlah, ikut umi. Duk kat belakang umi ya. Kak long nak solat sebelah umi.

Dari awal hingga akhir. Seronok ana tengok dia solat. Nak menitis air mata ana lihat ketaatan dia.

((((Teringat kenangan masa ana kecik2 dulu, ana dan 2 adik ana akan berebut2 nak duk kat tepi, sebab dekat dengan dinding. Bila solat, tentu dapat menyandar kat dinding. Nampak sangat kene paksa kat abah(semasa umur 5 – 8 tahun). Abah didik kami solat berjemaah, abah baca tafsir Al-Quran atau hadis setiap pagi, abah pernah ugut nak bakar Majalah URTV kerana pinjam dengan kawan(semasa umur 11 tahun).hehe…terus p hantar. Pastu dah tak reti nak baca lagi majalah tu, siap tak berminat lagi, syukur2. Berkat gak didikan abah, tapi, semua tu dah tinggal kenang2an dalam lipatan sejarah hidup kami. Bersyukur dikurniakan abah yang pandai didik kami.))))


Kembali kepada abe yang terdiam seketika tadi. Sempat lagi "cover" malu dia dengan mendendangkan kami dengan lagu sepohon kayu. Sungguh mencuit hati^_^.

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya…

Hingga akhir dia dan akaknya mendendangkan kami lagu ini. Seronok mendengarnya. Mungkin inilah yang diajar di Pasti Wakaf Stan, Kubang Kerian. (Pusat Asuhan Kanak2 Islam).

Selingan : Selamat Hari Bapa buat abah tersayang, ayah, cek, ayah cik, Pok cik Min, pok su and semua yang bergelar bapa!!!!



Ana : Kalau ingin mendidik anak2, didiklah dari rebungnya. sebab jika dah jadi buluh, terlalu susah untuk dibentuk lagi. Dan bersyukurlah jika mempunyai anak2 yang pandai mentaati Allah SWT, Rasulullah SAW, dan kedua ibubapanya. Bersyukurlah!!!

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari neneknya r.a berkata : Rasulullah SAW bersabda: suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka umur tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat jika telah berumur sepuluh tahun. Dan pisahkan anak laki-laki dari anak perempuan dalam tempat tidur mereka. (Abu Dawud)

*Semua hiwar di atas dalam loghah Kelate sebenarnya, tapi di alih kepada bahasa Melayu standard untuk memudahkan pemahaman. Hehe^_^


Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa,

Sedarlah Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa..

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA! Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,

Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.



Tetapi hawa,

Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. InsyaAllah.......



Ana : Muhasabah buat ana juga, kerana ana juga merupakan salah seorang Hawa. Kerana dirimu begitu berharga. Moga kita menjadi mutiara yang tersimpan rapi(lukluilmaknun).

Baru je niat nak berubah, Allah dah bagi jalan. Ana dijemput menjadi fasi untuk satu program. Menariknya, jemputan itu sehari sebelum program diadakan. Malam sebelumnya, sahabat ana menefon untuk menanyakan samaada ana bersetuju atau tidak.

Nak p tak ni?

Huhu… esok dah?

Terfikir seketika… Bila lagi?

Inilah permulaan ana kembali ke medan dakwah. ya, ya, ana sahut cabaran!!!

Bayangkan, tak sampai 24 jam ana perlu buat persiapan. Tapi nekad nak p gak. Paginya kelam kabutlah ana berkemas. Akhirnya, berjaya gak ke program. Syukur2

Program 3 hari 2 malam, 12 hingga 14 June 2008. Penuh dengan aktiviti yang berfaedah. Pastinya selain pelajar2, kami juga fasi2 secara tak langsung ditarbiyah. program jika mendidik jiwa insan, pastinya kedua-dua pihak mendapat kebaikannya.

Menariknya lagi, kerana bilik yang ditempah tidak mencukupi, kami fasi2 terpaksa berada 10 orang sebilik yang mana sebenarnya bilik itu untuk 5 orang. Huhu, mungkin antum/na boleh bayangkan betapa “crowded”nya bilik tersebut.

Tarbiyah menjadikan kami selesa begitu, bahkan terasa mahabbah itu lebih terjalin. Masing2 bertolak ansur dan suasana memang meriah. Satu kenangan yang cukup manis bagi kami. Makan bersama, solat berjemaah dan tidur berjemaah. Sebenarnya, itulah pertama kali kami berjumpa dan berkenalan, tapi tautan mahabbah fillah menjadikan kami semua cukup serasi. Masing2 datang ke program dengan niat yang murni. Menambah duta2 kecil Islam di bumi yang tercinta ini.

Pulang dengan satu harapan, moga adik2 yang di tarbiyah, mampu menjadi duta2 kecil Islam di perantauan kelak. Menjadi salah satu di antara mata2 rantai perjuangan. Bagi kami juga, harapan binaan ukhwah tidak terhenti dengan tamatnya program tersebut.

Sampai di rumah, 2 masage telah ana terima dari 2 sahabat:

“Persahabatan itu di hati, walaupun bersendirian pasti ia menemani. Setiap yang manis mampu dikenangi, walau tiada di mata kini, ia hadir bila dirindui, kerana asasnya ia kekal di dasar hati. Alhamdulillah. Terima kasih atas jalinan yang indah. Mus pasti merindui antunna=). Seronok sangat kenal korang. Keep in touch k. Sahabat selamanya! insyaAllah.

Iman Hassan Al-Banna “maksudku dengan ukhuwah adalah: hati2 dan ruh terikat dengan ikatan. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat ithar(melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri)”. Salam ukhwah dari Liza. Sayang sume. Ku meyayangi kalian kerana ku mencintaiNYA.


Ana : bersyukurnya di kurniakan sahabat2 yang mencintai Allah swt


Aku perlu berubah
Aku mesti berubah
Supaya hatiku tak resah
Semakin hari semakin punah
Liatnya macam getah
Untuk hidup lebih cerah
Hati perlu di tazkirah
Agar sentiasa berpaut pada Allah


Perlu berubah
mesti berubah
Jangan tunggu zaman berubah-ubah
Jangan sampai cita-citaku punah ranah
Dek gelamun yang ku rasa indah
Imanku juga sentiasa goyah
Semacam ranting yang mudah patah


Aku perlu berubah
Aku mesti berubah
Perjuanganku tahapnya masih rendah
Perjuangan Islam perlu didaulah
Ilmuku perlu diasah
Agar Islam dipandang gagah



Aku perlu berubah
Mesti berubah
Walaupun ianya payah
Melawan nafsu serakah
Pastikan lidah tetap basah
Dengan zikir zikrullah


Perlu berubah
Mesti berubah
Langkah demi langkah
Pertama kali melangkah
Bila kau nak langkah
Camne nak dua langkah
Jika first step tak terlangkah


Cuba berubah
Jangan cepat mengalah
Jangan cepat rebah
Engkau kata mujahidah Allah
Tapi diri tak berubah-ubah
Masih takut nak berubah


Bukannya salah
Jika kamu nak berubah
Nak jadi mujahidah
Yang pasti ilmu mesti bertambah
Jangan asyik bercakap megah
Tapi perlu realisasikanlah
Baru betul-betul mujahidah
Baru betul niat nak berubah
Tapi mesti ikhlaslah
Bukan riak bertambah-tambah


******************************************************************

Pesanan buat diri :
Istiqamah dalam perjuangan
Akademik adalah yang pertama, tapi perjuangan bukan yang kedua