Berikut senarai produk dari Belanda dikeluarkan oleh PPIM

Dutch Lady - Susu

Ferrero Roche - Coklat

Wall’s - Ais Krim

Ing -Insurans

Planta -Magerin

Lady’s Choice -Magerin

Lipton -Teh

Shell -Minyak

Knorr -Perisa Makanan

Dove -Mandian

Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan

Radiant -Deodoran

Rexona -Deodoran

Ponds -Produk Kecantikan

Kieldsens -Coklat

Slimfast -Produk Pelangsing

Lego -Kismis

Philips -Barangan Elektrik

Duyvis -Makanan Ringan

Gouda -Keju

Robin -Pencuci Lantai/Pakaian

Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian

Omo -Pencuci Lantai/Pakaian

Labello -Lip

Balm Pickwick -Teh

Venz -Mentega

Coklat Kinder Bueno -Coklat

Unilever -Syarikat

Dumex -Susu Tepung

Nutricia -Susu Bayi

Sunsilk -Shampoo

Fair & Lovely -Produk Kecantikan

Lux -Mandian

Vaseline -Lip Balm

Cif -Pencuci Lantai

Surf -Pencuci Kain

Wishbone -Pencuci Kain

Doriana - Keju Krim

Bertolli -Minyak Masak

Clear -Shampoo

Breeze -Pencuci Kain

Sun -Pencuci Kain

7up drink



LEGO


cadburry chocolates

Hall Chewgums

any product with barcode no. start with 57
plz convince all
muslims to do so..


You heard what that magazine in Denmark has published. It's making fun of our beloved PROPHET MUHAMMAD (SAW) by drawing pictures of him and describing him as a terrorist. Moreover they refused to apologize because they considered it a practice of freedom and democracy. i ask you all to put your hands with other MUSLIMS and boycott the Denmark 's products. 1.6 billion Muslims could really slap the economy in Denmark .


Please copy this text and forward this text to as many Muslims as possible Via Email via SMS Via Scrap..... I ask u,as a Muslims..Can' t u spare one hour in order to spread this message among Muslims...ASAP?


REMEMBER THE PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ONE DAY," WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME? HOW DID YOU DEFEND ME?????"


**sebarkan msg ini+patuhinya jika anda sygkan agama
Islam,Allah, dan rasulNya..**


Petang yang damai dengan deseran ombak yang sederhana gelombangnya. Ku merenung langit dan laut yang terbentang luas. Subhanallah, ucapan tanda ku mengkagumi ciptaan Ilahi. Tiada yang dapat mencipta keindahan seperti itu melainkan Allah SWT..


Keindahan dan keunikan gelombang ombak yang memukul lembut pesisir pantai mengundang seribu pertanyaan di benak hati. Ya, pantai yang ku (melepak) petang ini merupakan pantai yang bersih dari sampah sarap manusia yang mengunjunginya. Tapi yang menjadi pertanyaan buatku, sampah masih juga banyak, tapi terdiri dari sampah yang mempunyai teritip-teritip yang telah mati. Mungkin juga telah lama sampah-sampah ini tersadai di sini.


Kita selalu menikmati keindahan ciptaan Allah di pantai dengan melihat kapal-kapal yang berlayar dilautan, laut yang membiru dan terbentang bak permaidani biru, pukulan ombak dengan tarian gelombang yang mengasyikkan, tapi pernahkah kita melihat bahan-bahan yang dibuang kelaut atau yang terhanyut ke laut(mungkin di bawa arus banjir), pulang ke daratan mencipta nostalgia tersendiri di laut lepas.


Perciptaan Allah sungguh unik untuk direnungi dan dihayati. Itulah yang ku kagumi. Sesungguhnya lepaknya aku di pesisiran pantai itu tidaklah sia-sia. Lepak yang bermanfaat. Menghayati dan merenungi ciptaan Allah SWT.


Atas desakan jiwa yang selalu suka merenungi segala macam perkara, syukur kepada Allah, kehairananku terhadap bahan-bahan yang tersadai di pergigian pantai itu terjawab pada hari tersebut. Dua biji botol yang entah berapa lama telah dihanyutkan dek arus ombak laut Cina Selatan, akhirnya tersadai di pantai negeri pesisir pantai.


Benar tekaanku, bahan-bahan ini bukan dari campakan manusia-manusia yang mengunjungi pantai ini. Objek tersebut mulanya jauh dariku. Tapi ombak yang kadang kala kuat menghasilkan tujahan kepada botol itu, yang menyebabkan ianya benar-benar berada berhampiran denganku. Label pada botol itu telah tiada, yang dapat ku lihat hanyalah teritip-teritip yang hidup berserta alga laut(rumpai laut) yang masih segar melekat dengan kuat di badan botol tersebut. Ianya seakan-akan memberitahuku supaya mencampakkan kembali botol tersebut ke laut lepas, agar kesinambungan generasi ianya akan terus hidup.


Ku mengalihkan pandanganku melihat buluh yang dipenuhi teritip-teritip yang telah mati, Entah bilakah buluh itu tersadai di persisir pantai itu. Teritip-teritip itu walaupun banyak, tapi ianya tidak memberi apa-apa makna untuk melepaskan diri dari menemui ajal, bilamana air masin itu tidak lagi manjilat badan buluh tersebut.


Jika teritip yang banyak itu tidak mampu melepaskan dirinya dari menemui ajal, bagaimana pula dengan teritip yang berada di badan botol ini yang hanya beberapa kupang saja. Ini membuatkan hatiku pilu melihat teritip-teritip yang berada di badan botol tersebut. Benarkah ianya juga akan menemui ajal sebegitu mudah.


Apa yang perlu ku lakukan. Membantu teritip-teritip itu bermakna aku telah melakukan kesalahan (buang sampah ke laut). Jika tidak di bantu, bermakna di tempat itulah teritip-teritip itu akan menemui ajalnya. – ditelan mati mak, diluah mati bapak-

Bagaimana tindakanku menolong teritip-teritip itu biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya. Pastinya, aku tidak sanggup memegang botol tersebut (tidak pasti ianya di gunakan untuk apa), tapi bukan bermakna aku tidak menolong teritip-teritip itu. Moga pertolonganku yang sedikit ini, diberi nilaian besar disisi Allah SWT...:: Teringat kisah seorang pelacur wanita dengan seekor anjing yang kehausan::.....


Lebih menarik lagi persoalan yang membenak hatiku ialah berapakah usia botol tersebut. Label yang telah terhapus dan hanya di penuhi teritip dan alga. Agak-agak pembaca semua, berapakah usia botol itu??? Sehari? Seminggu? Sebulan? Atau bertahun, bahkan mungkin telah berpuluh tahun di dasar laut, sebelum ia pulang kepangkuan daratan. Aku sendiri pun tak tahu. Tanyalah yang lebih pakar dalam bidang ini. Hehehe...


Sesungguhnya setiap yang Allah ciptakan itu adalah untuk kita renungi dan membantu kita mengenal Allah SWT dengan lebih dekat lagi. Jangan kita memikirkan zatnya, tapi renunglah kejadian alam ini untuk menambahkan keimanan kita, terhadap keesaan dan kekuasaan Allah SWT. Semoga sedikit muhasabah diri ini akan membantu kita semua lebih menghayati kekuasaan Allah SWT ini.

Buku-buku semester empat


Ungkapan yang sering kedengaran apabila saya menyatakan kami mengambil kursus perakaunan. Jarang sekali ada pelajar yang menyatakan subjek perakaunan itu menyeronokkan, apatah lagi ingin belajar dan mendalami kos ini.


Ramai yang beranggapan bahawa kos perakaunan ini menjurus kepada pengiraan yang rumit dan mempunyai debit dan kredit. Benarkah begitu? Tak kenal maka tak cinta… bermula cinta itu kan apabila kita mengenalnya secara mendalam.. hehe… betul tak? =)


Jom saya bawa anda meneroka basic perakaunan, alam debit kredit. Alam diploma dan ijazah yang saya telah dan sedang lalui kini, kami hanya diwajibkan mengambil satu subjek sahaja setiap semester, belajar berkenaan sebenar-benar perakaunan, iaitu berkenaan catatan ledger(debit kredit) dan catatan journal.

Asas perakaunan

formula Abe = Leh

(Debit) AB = LEH (Credit)

Selebihnya adalah berkenaan cukai, audit, pengurusan kewangan, perakaunan pengurusan, subjek teras universiti dan pengurusan pentadbiran syarikat. Subjek-subjek tersebut semuanya lebih kepada teori dan pengiraan. Terlalu sedikit untuk subjek-subjek ini menyentuh berkenaan debit kredit.

Perakaunan kalau tak reti pun takpe.. Siapa kata takpe.. Cuba tengok setiap syarikat kenapa mereka memerlukan akauntan? Lebih mudah lagi, tu kelab-kelab yang anda sertai tu, takde ke bendahari?


Bila je dapat duit ptptn, PAMA, biasiswa dsb, takkan terus belanja sakan tak ingat dunia. Mesti budget kan? Nak beli buku, bayar yuran, bayar rumah sewa dan top up.. Itu dah kira anda menjadi seorang akauntan dah la tu... akauntan diri sendiri supaya tak muflis akhir semester.


Selain itu, kos perakaunan ini mempunyai hubungkait dengan kehidupan harian kita. Setiap apa yang pensyarah berikan, kita boleh hubungkan ianya dengan kehidupan harian kita. Menariknya lagi, kos perakaunan ni membantu kita umat Islam memahami situasi kewangan kita mana yang halal dan haram. Semenjak saya mendalami ilmu perakaunan ini, sedikit sebanyak saya mendapat gambaran sebenar berkenaan dengan sistem kewangan yang kita gunakan pada masa kini.

Minat atau tak, itu terpulang pada pandangan masing-masing terhadap perakaunan. Kami yang berada kat position ni, debaran memuncak setiap kali keputusan semester nak di keluarkan. Fail or past, jarang la fikir dapat dekan tak aku semester ni. Huhu...dapat 3.00 above pun boleh kira dengan jari.



Keputusan tidak menjamin apa-apa jika ilmu yang di amanahkan oleh Allah SWT kita abaikan dan semata-mata ingin mendapat kebaikan di dunia sahaja. Gunakanlah ilmu yang kita pelajari itu untuk kemaslahatan umat Islam. Jaminan yang kekal abadi adalah di akhirat sana. Pelajari ilmu, kerana ianya jalan ke syurga.