InsyaAllah 6 April 09 sehingga 23 April 09 nie ana dan sahabat di sini akan menduduki Final Exam. Maybe nie Final Exam terakhir ana akan duduki di universiti. huhu... lama dah belajar. Tiga tahun diploma and tiga tahun setengah di peringkat ijazah. Enam tahun belajar di bidang perakaunan. Alhamdulillah cita2ku untuk merialisasikan diriku untuk manfaat Islam di bidang perakaunan semakin tercapai. Sebenarnya bidang perakaunan masih lagi kita menggunakan sistem perakaunan yang diperkenalkan oleh barat. Tapi tiada lagi perakaunan yang menggunakan acuan Islam, sepertimana sistem perbankan kita telah cuba sedaya upaya untuk menukarkan sistem konvensional kepada sistem perbankan Islam. Tetapi bidang perakaunan sebenarnya masih lagi menggunakan acuan dari barat.

Apa yang ana nak highlightkan di sini, bukan bermakna perakaunan sahaja, tetapi apa sahaja bidang yang kita pelajari. "relate"kan ia dengan Islam. Cuba pergunakan kepakaran kita untuk kemajuan Islam. Gunakan bidang kita pelajari untuk kebaikan Islam. Jika ana dengan kepakaran dalam bidang akaun (walaupun masih tak pakar), ana cuba bantu Islam untuk perkara yang berkaitan pengurusan kewangan kelab. Itukan telah memberi kebaikan. Kalau antum/na dalam bidang IT, jadikan bidang antum/na untuk kebaikan Islam. Kalau antum/na dalam bidang marin, jadikan bidang antum/na untuk kebaikan Islam. Kalau antum/na dalam bidang makanan, jadikan bidang antum/na untuk kebaikan Islam. Kalau..Kalau..Kalau... semuanaya pastikan untuk Islam=)

InsyaAllah jika kita fikir apa yang kita pelajari nie untuk kebaikan Islam, pastinya kita bersungguh2 belajar. Pastinya kita tak mau Islam dihina kan? Apatah lagi kita di kalangan dai'e (pendakwah/penyeru) ni, tentunya kita akan diperhatikan oleh masyarakat sekeliling kita. So, jom kita perkasakan ilmu kita. Tingkatkan pointer kita, seiring dengan akhlak dan sakhsiah kita... Jom JIHAD AKADEMIK.

Semester depan ana dah menjalani Latihan Industri (LI). Tempatnya di negeri kelahiran sendiri. Syukurnya ana bersama seorang sahabiah akan menjalani praktikal di tempat yang sama. Mana tidaknya, bila kita berada di luar kampus nie, macam2 mehnah dan tribulasinya. Kalau tak kuat boleh "Futur" di medan dakwah nie. Itulah ana bersyukur sangat dikurniakan seorang sahabat nie. Boleh kuat menguatkan antara satu sama lain. Ibarat kita duk dalam kampus nie macam ikan duk dalam akurium la, tapi bila di lepaskan kat sungai tu ibaratnya macam kita duk dalam masyarakat. So, kita kene pandai2lah suaikan diri.

Maaflah ana nie suka posting lain, tapi cite pasal perkara lain... hehe=)

See u next time!

2 comments:

Samudera Tinta said...

Salam ziarah,

Ilmu-ilmu yang berguna berasal dari Islam. Sayangnya Barat yang telah menciplak imu-ilmu tersebut dan menghakmilikkan ilmu-ilmu dengan tidak bertanggungjawab.

Saya bersetuju dengan pendapat saudari. untuk mengelakkan futur, maka perlu ada sahabat sefikrah di sisi. Senang kata sentiasa berada dalam kelompok jemaah walau di mana-mana.

YATI said...

Salam

Benar apa yang diperkatakan. Jom kita jihad akademik. perkasakan kembali ilmu2 Islam. Kita Islam... kita pejuang kebenaran.