Salam...mlm nie, bkn saudari siti hajar yang menulis. tetapi saudari totem..hehehe...jadi pengisiannya ada sedikit berbeza..(",)...saya nie bdk umah saudari empunya blog..saje menumpang tulis..menggatal jap..sbbnye xde blog sndiri..bgskan??tapi sy puji saudari empunya blog nie sbb dia baek ngan saya.ramah..macam2 tazkirah n pengisian rohani yg dia bagi tiap hari..oleh itu sy sndiri akn rs kesunyian bila seharian dia xtnjk muka kat umah..maklumlah..org bz...;p..tp sy syg dia mcm sume kawan2 saya yg laen..nie td sy bru dpt meset dari saudari hajar nie.. dia tulis.....
JADILAH TEMAN YANG HADIRNYA DISENANGI
DAN PEMERGIANNYA DIRASAI
KERANA MENCARI TEMAN YANG JUJUR DAN SETIA
IBARAT MENCARI PERMATA DI DALAM TIMBUNAN KACA..

cuba kita renungkan..
betulkan??
ermmm...ok lah saya pon xto nak mencoret ape lagi da ni..
nak pergi buat kerja nie..
nnt ada rezeki..umo yg panjang..
di izin TUHAN...kita jumpa lagi ye..
wslm...



(Majalah Solusi Edisi ke-5)


Salam perjuangan buat semua. Berehat sekejap memposting bahan2 tazkirah!!! Sebenarnya ana tengah menyiapkan slide presentation International Accounting untuk present esok. Huhu... baru nak siapkan hari nie. Sebelum nie tak sempat, sebelum "pulang ke kampung" buat assignment yang nak dihantar pada hari Ahad selepas pulang dari kampung. So, hari ni ana pergunakan waktu yang diberikan Allah nie sebaiknya untuk menyiapkan slide and juga assignment nie. Petang nie ada perjumpaan lagi untuk assignment lain pulak. huhu... sebab esok ana ada 2 presentation=)


Dua hari cuti baru nie, ana "balik kampung". Jumpa i/bapa and adik2. Ramai gak adik2 ana balik, tapi ada gak yang tak balik. sedih=(, kata mereka banyak keje. Kasihan mak and ayah.


Tapi apa yang menyentuh hati ana, adik lelaki(Fahmi) and adik perempuan(Abdah) ana nie, dia test pada hari Jumaat tu, tapi sempat lagi balik dan menjalankan TANGGUNGJAWAB yang DI AMANAHKAN buat mereka. terharu melihat tadhiyah(pengorbanan) mereka berdua. Sempat lagi kul 11pagi berada di "rumah" untuk menjalankan tanggungjawab mereka, sedangkan mereka ada test kul2 petang.


Tanya hati, tanya Iman! di mana kita untuk menolong meringankan beban adik-beradik kita semasa mereka berada dalam situasi tersebut? Kita kata kita banyak kerja, tapi mereka boleh "pulang" untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Kita pula membiarkan mereka, kalau bukan melepaskan 100% beban mereka, sekurang2nya kita mengurangkan 80% atau 70% atau 60% beban mereka pada waktu itu................ Di manakah TADHIYYAH kita? Mungkin adik2ku terlupa tentang siapa kita:


Jadilah seorang MUSLIM/AH

bermakna dia perlu menjadi seorang syabab/nisa' Islam yang benar-benar mengamalkan segala tuntutan agama sepertimana yang digariskan oleh al-Quran dan As-Sunnah. Bukan hanya kalimah syahadah sebagai bukti keislaman, malah menjadikan Islam sebagai cara hidup.


Seorang MUKMIN/AH

baginya bukan sekadar beriman pada Allah, malaikat, rasul-rasul, kitab-kitab, hari kiamat, qada’ dan qadar. Bahkan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Tegal hakikat iman yang sempurna itu adalah mengikrarkan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan.


Seorang MUJAHID/AH

menurut pemahamannya adalah seorang syabab/nisa' yang berjihad dan bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi demi memastikan Islam terus bernafas dan dipandang tinggi.


Seorang MUSLIH/AH

adalah seorang syabab/nisa' yang berperanan melakukan tugas-tugas islah dan pembaikan ke atas kerosakan yang berlaku dalam umat masyarakat.


Oklah, ana nak sambung buat assignment nie=). Kita berjumpa di lain kesempatan k. Moga kita pandai MENGURUS NYAWA kita dengan sebaiknya=)



Hampir sebulan laman ana nie tak di update. Bukan kerana takde masa, tapi kepentingan yang lebih penting membuatkan diri ini sering bertangguh untuk memposting sebarang maklumat yang dapat dimanfaatkan bersama.

Bestnya sekarang nie, ana dapat melayari internet di "rumah" kami sendiri.... tak susah2 lagi kami perlu ke cafe atau ke library utk melayari internet. Alhamdulillah, syukur2...

Apa yang ana nak kongsi ni berkenaan perkara yang selalulah dilakukan oleh manusia. Information nie ana dapat dari Harakahdaily. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat mazmumah nie. Selamat membaca dan selamat beramal soleh=)

"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik,"
kata Hasan al-Banna.


Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam, khasnya para da'ie agar menjaga lidah dan semua ini boleh dilakukan dengan meneropong kesilapan dan kelemahan diri mereka sendiri.

Apabila seseorang itu kerap bermuhasabah, meneropong kesilapan dirinya sendiri, mereka akan kurang membicarakan aib orang lain. Dengan ini, terciptalah dunia yang aman.

Bagaimanapun, perihal aib ini adalah termasuk dalam kategori aib peribadi. Namun, dalam hal salahlaku pemerintah yang melakukan kesilapan dalam pentadbirannya, maka hal ini tidaklah termasuk dalam perbincangan ini.

Ini kerana, perihal salahlaku pemerintah itu mestilah dicegah agar mudaratnya tidak akan melimpah ke atas masyarakat manusia seluruhnya.

Sepotong hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak."

Jadi, inilah antara kaedah untuk menghalang rahsia dan aib kita didedahkan Tuhan di hari akhirat kelak.

Ada sebab-sebabnya kenapakah kita suka membuka rahsia keaiban orang lain. Kebanyakannya sikap ini bermula daripada perasaan dengki dan iri hati.

Lalu, meluap-luaplah perasaan untuk menjatuhkan maruah, imej dan reputasi orang lain di dalam kerjaya mereka misalnya.

Padahal, keaiban dan kelemahan seseorang itu memang berlaku dalam urusan Allah. Tuhan sendiri telah menyatakan bahawa manusia itu dicipta dalam serbu kekurangan dan mereka tidak sempurna.

"Wa khuliqal insanu dha'ifan - dan diciptakan manusia itu dalam keadaan daif."

Kita sendiri mesti ada kelemahan. Maka sebab itulah persaudaraan itu penting agar dengan itu kelemahan kita akan ditampung oleh kekuatan orang lain. Dan, kekuatan kita menampung kelemahan orang lain.

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Apa yang menjadi masalah ialah manusia itu sendiri berasa dirinya cukup sempurna lalu dia angkuh dengan pemberian Tuhannya.

Maka jelaslah di sini bahawa bahaya lidah berpunca daripada hati yang tidak bersih, suka menghina orang lain kerana berasa dirinya sudah baik.

Sekali peristiwa, tersebutlah kisah di mana Tuhan mahu mencipta makhluk yang baru, iaitu Nabi Adam a.s. Pada ketika itu, diriwayatkan bahawa Iblis pada ketika itu digelar Azazil dan dia menjadi guru kepada para malaikat lantaran kelebihan ilmunya.

Iblis berasakan bahawa tiada orang yang boleh menandingi kesolehannya, kewarakannya dan ilmunya. Sehinggalah dengan tiba-tiba tercipta Adam a.s.

Ekoran cemburu, dengki dan iri hati itulah, maka Iblis sampai sanggup menghina Adam a.s dengan katanya, "Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada tanah!"

Demikianlah kata Iblis ketika dia diperintahkan Tuhan untuk sujud bersama-sama malaikat ke atas Adam a.s itu.

Jelas di sini. Ketika hati tidak bersih, jiwa dibalut rasa angkuh, maka lidah pun secara tidak langsung akan lebih mudah menghina orang lain.

Sedangkan, jelas wujud arahan di dalam al-Quran yang memerintahkan kita agar jangan hina orang lain. Ini kerana, mungkin yang dihina itu lebih baik daripada si penghina.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]

Perbaiki hubungan persaudaraan

Maka, wasiat Hasan al-Banna yang ke-8 ini barangkali sumber, asas dan dasarnya digali daripada surah al-Hujurat yang merincikan nilai-nilai moral dan akhlak yang sepatutnya dijunjung dan diwarisi oleh umat Islam seluruhnya.

Dengan menjaga lidah, maka hubungan persaudaraan terpelihara. Ini kerana, masing-masing orang tidak akan mencederakan perasaan orang lain melalui kata-kata.

Dan, inilah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Hasan al-Banna. Iaitu, mengembangkan rasa persaudaraan Islam sejagat. Dengan lidah persaudaraan terhakis dan melalui lidah jugalah ikatan persaudaraan kembali terjalin.

Hubungan ukhwah, perpaduan antara Islam ini jangan dilihat dari sudut yang kecil saja seperti hubungan kejiranan dan hubungan di tempat kerja semata-mata.

Yang lebih mustahak, ialah kita menyelami hasrat dan keinginan Imam Hasan al-Banna ini yang mahukan Islam itu menjadi 'ustaz' kepada alam ini. Pada tahap itu, umat Islam di dunia adalah murabbi, pengasuh dan pendidik di dunia.

Demikianlah tingginya cita-cita beliau itu. Jadi, hubungan ukhwah persaudaraan Islam ini tentunya bersifat menjelajah ke antara benua, merentas sempadan negara-negara Islam. Mungkin, yang lebih utama ialah bagaimanakah mahu membentuk ikatan persaudaraan antara pemimpin-pemimpin dan umat Islam seluruhnya.

Kita melihat, tiadanya kesepakatan antara Negara-negara Islam sendiri dalam isu Palestin yang ditindas. Umat Islam di Patani dan lain-lainnya.

Tapi, tiada pula percakaran dan pertengkaran yang besar-besar antara Negara-Negara Islam. Kalau pun ada, ia melibatkan kes perang Iraq dan Iran pada satu masa dahulu. Maka hendaknya persefahaman antara pemimpin negara Islam dapat dijalin bersama bagi menyatukan tindakan mereka pada masa hadapan.

Berkatalah yang baik-baik sahaja

Akhirnya Hasan al-Banna berwasiat, jika kita ingin berbicara, maka pastikanlah bahawa isi dan inti percakapan itu cuma yang sarat terisi dengan kalimah yang baik-baik sahaja, menyeru ke arah kebaikan dan mengajak orang-ramai meninggalkan segala yang merosakkan amalan, fikiran dan jiwa dan anggota tubuh badan.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, ".. sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka katakanlah hal-hal yang baik atau lebih baik diam sahaja."

Apabila seseorang itu berdiam, dia akan terus-menerus berzikir, berwirid. Semua ini menunjukkan bahawa waktu seseorang Muslim itu sangat berharga dan setiap masa yang berlalu tidak digunakan ke arah yang tidak berfaedah.

Apabila berbicara, mereka mengungkapkan hal-hal yang baik-baik. Jika berdiam diri, mereka akan berzikir secara rahsia. _