14 Februari, satu hari yang sentiasa dinanti oleh pasangan-pasangan kekasih. Mereka akan bertukar-tukar nombor telefon, memberi bunga, coklat, bertukar-tukar pasangan dan sebagainya. Ramai remaja melayu, yang kebanyakkannya adalah Islam dan berpendidikan meraikan budaya dan ritual agama lain.

Bahkan kita juga mungkin tertanya-tanya, Jadi apa salahnya? Bukankah pada kesempatan sehari inilah boleh kita gunakan untuk menyatakan tulus kasih kita kepada pasangan kita dan orang yang kita kasihi. Namun, pernahkah terlintas di fikiran kita, siapakah St Valentine? Apakah asal-usul tradisi Valentine?

Ensiklopedia Katolik menyebut tiga versi tentang Valentine, tetapi versi terkenal adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada 14 Februari 270M, Claudius II menghukum mati St. Valentine yang menyebarkan agama nasrani dan menentang beberapa perintahnya.


Versi kedua, Claudius II mengeluarkan perintah mengharamkan perkahwinan demi membentuk anggota tentera yang kuat yang tidak keberatan meninggalkan anak isteri. Tetapi, Paderi St.Valentine melanggar perintah tersebut dengan mengumpulkan dan mengahwinkan pasangan-pasangan kekasih secara rahsia. Kerana itu dia dipenjarakan dan dijatuhi hukuman mati. Dikisahkan, paderi St.Valentine menghantar mesej berbunyi “From your Valentine” kepada idaman hatinya, anak perempuan pengawal penjara menjelang saat beliau dijatuhi hukuman mati.

Versi ketiga menyebut ketika agama nasrani tersebar di Eropah, d
i salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul setiap pertengahan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkkannya di dalam sebuah kotak, lau setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang setahun. Ia juga mengirimkan sebuah kad ucapan yang bertulis “Dengan nama tuhan ibu, saya kirimkan kepadamu ucapan ini”.

Akibat sulitnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan menggantikan kalimat “Dengan nama tuhan ibu” dengan nama “Pendeta St.Valentine”. Secara tidak langsung, perkataan itu mengikat para pemuda tersebut dengan agama nasrani.

Sedarkah kita bahawa gambar anak kecil bersayap dengan simbol a
nak panah dan hati itu sebenarnya lambang tuhan cinta bagi orang romawi!!!

Realitinya, membenarkan peniruan upacara dan amalan masyarakat Barat adalah satu cara halus untuk memadukan umat Islam dengan cara hidup kafir. Kita umat Islam hendaklah berhati-hati dan sedar bahawa ini adalah mekanisma kuffar untuk merombak pemahaman kita tentang cara hidup kita. Hari St Valentine hanyalah satu contoh, di mana hubungan di luar institusi pernikahan bukan sahaja dibenarkan malah digalakkan. Ini merupakan satu perlanggaran biadap terhadap syari’ah, yang memelihara maruah dan tatasusila.

Di sesetengah sekolah dan kelab-kelab mengadakan sam
butan Hari St.Valentine, dan menyertakan kita umat Islam ke arena pergaulan bebas, atas slogan integrasi dan cinta. Sungguh sinis apabila direnungkan, bahawa matlamat yang cuba dicapai oleh gereja berabad dahulu adalah pemeliharaan institusi perkahwinan di sebalik sambutan Hari St Valentine. Sebaliknya yang terjadi ialah kembalinya kebejatan akhlak dalam masyarakat. Hari Valentine menjadi suis hubungan terlarang yang mengakibatkan zina, kehamilan luar nikah, pengguguran bayi dan segala macam yang merendahkan dan menghilangkan maruah dalam masyarakat. Maka, adakah mesej ini yang ingin kita sampaikan kepada orang yang kita kasihi? Dalam Islam, hubungan jantina antara lelaki dan perempuan dijelaskan dalam hukum syara’ pada satu sistem, iaitu perkahwinan.



Sedarkah kita bahawa kita menjadi tercela apabila orang yang kita ikuti berbeza keyakinan dan pemikirannya. Apatah lagi dalam perkara akidah, ibadah, syi’ar dan kebiasaan. Rasulullah SAW telah melarang untuk mengikut cara agama lain selain Islam: “Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut”(HR. At-Tarmidzi)


Renungkan juga firman Allah SWT yang bermaksud “Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan berpuas hati terhadap kamu sehinggalah kamu mengikut millah (jalan hidup) mereka.” (Al-Baqarah,120)


Di sebalik setiap kisah dongeng, kepercayaan karut, novel, lagu, perjanjian, akhbar, dokumentari, perundangan dan ideologi kafir, tersembunyi konsep-konsep bahaya yang menyalahi hukum syara’. Dan lebih penting lagi, mempunyai potensi untuk mengancam kefahaman dan keberterusan kita dengan ideologi dan cara hidup Islam. Maka tetaplah kita dengan Islam kita secara syumul. Ingatilah firman Allah SWT yang bermaksud “Pada hari ini, telah Aku lengkapkan bagimu agamamu, dan telah Aku sempurnakan nikmat-Ku, dan telah Aku pilih Islam sebagai agamamu.” (Al-Maidah,3)

Semoga Allah menjadikan hidup kita penuh dengan kecintaaan dan kasih sayang yang tulus, yang menjadi jambatan untuk masuk ke syurga.

Rujukan : Majalah Al-Muslimah, Zulhijjah 1428 bersamaan Januari 2008
Laman Web yang mana sumbernya dari Nazia Jalali, Valentine’s Day, Khilafah Magazine, Zulhijjah 1423 bersamaan Februari 2003


0 comments: