Sedar tak sedar, majoriti pelajar universiti dan kolej akan meminjam dengan PTPTN. Dalam usia baru mencecah 18 tahun dah berhutang sebanyak RM15,000!!! Kasihan kan? Peringkat diploma RM15,000 di tambah pula menyambung ijazah RM26000, pinjaman bertambah lagi, lagi dan lagi.... mungkin mencecah RM41,000.

Ana salah seorang yang menanggung beban menjadi seorang yang bergelar penghutang(debtor). Antum/na juga mungkin salah seorang yang bergelar penghutang. Penghutang kepada PTPTN, pinjaman dari kerajaan http://www.ptptn.gov.my.

Faedah(interest) yang dikenakan sebanyak 3% setahun cukup membebankan, yang ianya merupakan faedah(dalam Islam ianya dianggap riba). Antum/na boleh mendapatkan jumlah bayaran sebenar bulanan antum/na di sini http://www.ptptn.gov.my/web/guest/loan_calc.

Pada pendapat antum/na, sanggupkah antum/na membayar bayaran balik PTPTN antum/na dengan kenaikan faedah 3% setahun? Seperkara lagi, kita secara sedar atau tidak telah terjebak dengan riba. Satu amalan yang diharamkan disisi Islam.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah 275 ”Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan), dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

Bagaimana pula bagi yang telah terperangkap dengan pinjaman PTPTN atau yang tidak berkemampuan mencari alternatif lain dalam membiayai pengajian di universiti? Di sini ana memberi sedikit cadangan bagaimana untuk mengatasi kita terjebak dengan riba sehingga berpuluh-puluh tahun, atau bahkan hingga ke akhir hayat.

Apabila antum/na sudah bergraduat dan bekerja, antum/na bolehlah membayar terus pinjaman PTPTN dengan cara meminjam dengan INSTITUSI PERBANKAN ISLAM. Pinjaman dari institusi perbankan Islam pastinya tidak mengamalkan riba.

Kelebihan yang antum/na akan dapati ialah, pinjaman yang terpaksa dibayar oleh antum/na adalah tetap(fixed) sehingga ke akhir tempoh pembayaran antum/na. Mungkin jumlah yang terpaksa dibayar oleh antum/na setiap bulan adalah banyak, tetapi dalam tempoh yang ditetapkan antum/na boleh melangsaikan hutang antum/na tanpa melibatkan diri ke dalam riba.

Islamic banking mengamalkan proses akad dalam pinjaman mereka. Ini bermakna, pinjaman dan bayaran balik yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak akan tetap(fixed), mengikut tempoh yang ditetapkan. Berbanding PTPTN kadar faedahnya akan meningkat 3% setiap tahun!!!.

Bank yang mengamalkan 100% perbankan Islam di Malaysia, setakat ana belajar ”Pengurusan Kewangan Islam” adalah Bank Islam, Bank Muamalat dan Bank Rakyat. So, antum/na bolehlah mendapatkan maklumat berkenaan pinjaman dan bayaran balik pinjaman di antara bank2 tersebut. Wallau’lllam.....


Ana : Pinjam dengan family tolong bayarkan PTPTPu, pastu bayarlah hutang kat family. 0% interest^_^


0 comments: