Buku-buku semester empat


Ungkapan yang sering kedengaran apabila saya menyatakan kami mengambil kursus perakaunan. Jarang sekali ada pelajar yang menyatakan subjek perakaunan itu menyeronokkan, apatah lagi ingin belajar dan mendalami kos ini.


Ramai yang beranggapan bahawa kos perakaunan ini menjurus kepada pengiraan yang rumit dan mempunyai debit dan kredit. Benarkah begitu? Tak kenal maka tak cinta… bermula cinta itu kan apabila kita mengenalnya secara mendalam.. hehe… betul tak? =)


Jom saya bawa anda meneroka basic perakaunan, alam debit kredit. Alam diploma dan ijazah yang saya telah dan sedang lalui kini, kami hanya diwajibkan mengambil satu subjek sahaja setiap semester, belajar berkenaan sebenar-benar perakaunan, iaitu berkenaan catatan ledger(debit kredit) dan catatan journal.

Asas perakaunan

formula Abe = Leh

(Debit) AB = LEH (Credit)

Selebihnya adalah berkenaan cukai, audit, pengurusan kewangan, perakaunan pengurusan, subjek teras universiti dan pengurusan pentadbiran syarikat. Subjek-subjek tersebut semuanya lebih kepada teori dan pengiraan. Terlalu sedikit untuk subjek-subjek ini menyentuh berkenaan debit kredit.

Perakaunan kalau tak reti pun takpe.. Siapa kata takpe.. Cuba tengok setiap syarikat kenapa mereka memerlukan akauntan? Lebih mudah lagi, tu kelab-kelab yang anda sertai tu, takde ke bendahari?


Bila je dapat duit ptptn, PAMA, biasiswa dsb, takkan terus belanja sakan tak ingat dunia. Mesti budget kan? Nak beli buku, bayar yuran, bayar rumah sewa dan top up.. Itu dah kira anda menjadi seorang akauntan dah la tu... akauntan diri sendiri supaya tak muflis akhir semester.


Selain itu, kos perakaunan ini mempunyai hubungkait dengan kehidupan harian kita. Setiap apa yang pensyarah berikan, kita boleh hubungkan ianya dengan kehidupan harian kita. Menariknya lagi, kos perakaunan ni membantu kita umat Islam memahami situasi kewangan kita mana yang halal dan haram. Semenjak saya mendalami ilmu perakaunan ini, sedikit sebanyak saya mendapat gambaran sebenar berkenaan dengan sistem kewangan yang kita gunakan pada masa kini.

Minat atau tak, itu terpulang pada pandangan masing-masing terhadap perakaunan. Kami yang berada kat position ni, debaran memuncak setiap kali keputusan semester nak di keluarkan. Fail or past, jarang la fikir dapat dekan tak aku semester ni. Huhu...dapat 3.00 above pun boleh kira dengan jari.



Keputusan tidak menjamin apa-apa jika ilmu yang di amanahkan oleh Allah SWT kita abaikan dan semata-mata ingin mendapat kebaikan di dunia sahaja. Gunakanlah ilmu yang kita pelajari itu untuk kemaslahatan umat Islam. Jaminan yang kekal abadi adalah di akhirat sana. Pelajari ilmu, kerana ianya jalan ke syurga.

1 comments:

umniyah said...

tersenyum sendirian saya bila baca posting ni. sbb sy pun salah sorang yg kurang minat dengan subjek akaun..tapi bile sampai tang imbangan duga tu kalau dah balance..masa tu rasa mcm kita tendang bola masuk gol :)