Wahai hati,
Usah dikenang peristiwa semalam,
Jika mengingatinya
membuatkan dirimu gundah-gulana

Terkenang detik itu,
Engkau terus berbicara,
Bersama desiran bayu malam,
Lidah kelu untuk melafazkan,
Justeru titisan embun membeku,
Umpama kerasnya dirimu hati,
Enggan menerima erti sebuah kesilapan.


Wahai hati,
Engkau perlu terus tabah,
Jangan mudah berputus asa,
Kerana rahmat Allah sentiasa terbentang luas di hadapan sana,
Hanya dirimu yang perlu mencari sinar nur HidayahNya,
Agar terang dan bercahaya jalan yang engkau lalui.


Ya Rabbal Izzati,
Titipkan ke dalam hatiku,
Secebis rasa kesabaran,
Sebagai azimat agar diriku,
Terus dilindungi perisai ketabahan,
Lambang keutuhan iman dan tawakkal,
Benteng kekuatan diri ini,
Ya Rabbi!


0 comments: