Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,

Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,

Harum wanginya dengan ilmu agama,

Cantiknya kerana iman dan taqwa,


Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,

Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,

Bukan perhatian mata ajnabi,

Yang menjadi punca fitnah hati,



Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,


Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,


Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...


Muslimah Mukminah

KENAPA AKU DI UJI???
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: “kami telah beriman”, sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhn
ya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”
(Al-Ankabut 2-3)



KENAPA MASIH TIDAK DAPAT APA YANG AKU IMPIKAN???
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah 216)



KENAPA AKU MENDAPAT UJIAN SEBERAT INI???
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
(Al-Baqarah 286)


RASA FRUST???
“Janganlah kamu bersikap lemah, janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

(Al-Imran 139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA???
“ Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan ) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan )”. (Al-Imran : 200 ).

“dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk”.
(Al-Bakarah : 45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI???
“Sesungguhnya Allah telah membeli kepada orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”.
(At-Taubah : 111).


KEPADA SIAPA AKU MENGHARAP???
“ Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal”. (At-Taubah : 129)



AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!!!!

“… Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah kecuali orang2 kafir”.
(Yusuf : 12)


Wahai hati,
Usah dikenang peristiwa semalam,
Jika mengingatinya
membuatkan dirimu gundah-gulana

Terkenang detik itu,
Engkau terus berbicara,
Bersama desiran bayu malam,
Lidah kelu untuk melafazkan,
Justeru titisan embun membeku,
Umpama kerasnya dirimu hati,
Enggan menerima erti sebuah kesilapan.


Wahai hati,
Engkau perlu terus tabah,
Jangan mudah berputus asa,
Kerana rahmat Allah sentiasa terbentang luas di hadapan sana,
Hanya dirimu yang perlu mencari sinar nur HidayahNya,
Agar terang dan bercahaya jalan yang engkau lalui.


Ya Rabbal Izzati,
Titipkan ke dalam hatiku,
Secebis rasa kesabaran,
Sebagai azimat agar diriku,
Terus dilindungi perisai ketabahan,
Lambang keutuhan iman dan tawakkal,
Benteng kekuatan diri ini,
Ya Rabbi!


17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintahMentadbir dan membangun negara..
17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah,
tuan-tuanDi zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas
jugaDi Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah
Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan..
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebelum ke pejabat
18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa


Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil,
elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil,
elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah,
tetapi kerana diaTak buat report ada orang cuba beri dia rasuah


100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata
tiga bulan sajaKerajaan PAS akan bangkrap
tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan,
kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah


100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!


Note: Kita tunjukkan kita sebagai orang Kelantan yang terkenal dengan buminya dikenali sebagai Serambi Mekah dan Tadahan Wahyu. Malu datuk nenek kita, malu tok lebai kita. Mereka sebelum ini sengaja didik kita menjadi orang baik, tinggal di negeri Serambi Mekah, tiba-tiba kita pula tergelincir, keluar daripada landasan itu dan asyik hendak tiru orang-orang yang tidak berguna di atas dunia ini.. (Tuan Guru Nik Aziz)

Kelate Bandaraya Islam



Isle Hadhori Pak Loh Badawi


Ambo duk tenung, duk pikir, hok mano ambo nok pilih...


ini pertamo kali dale sejarah hidup nak ngundi pilih pemimpin negaro

Tuk Guru kato...

Ambo pun buko Quran

Firman Allah SWT
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang diberi kitab sebelummu, dan orang-orang kafir(orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman" (Al-Maidah, Ayat 57)

ambo pikir lagi.. tengok lagiAmbo tak nak kalo mok ambo buat mace tu...


Ambo doh tahu nak pilih hok mano


Tunggu 8 MaC 2008