Teringat ana terhadap kuliah yang disampaikan pensyarah beberapa hari yang lepas. Betul dan adil. Ini berkaitan dengan akta syarikat 1965, seksyen 167 yang mana akta tersebut mengatakan “.... dan setiap dokumen yang disediakan dari masa ke semasa perlulah betul dan adil”. Betul bila kita mengatakan perkara yang benar-benar berlaku, tapi tidak adil jika sehingga ia mengaibkan seseorang itu. Contoh yang diberi oleh pensyarah ana berkenaan perkara ini adalah seperti seseorang itu melakukan sesuatu yang mengaibkan dirinya dalam keadaan tidak sedar(tapi tidaklah sampai menyalahi syariat). Betul kita kerana memberitahu keadaan sebenar tentang orang yang melakukan kesilapan itu kepada orang lain, tapi secara realitinya kita tidak adil, kerana kita telah mengaibkan dia dihadapan orang lain. Apatah lagi jika kita berada dalam satu organisasi yang bermatlamatkan keredhaan Allah SWT.
Berkenaan dengan tajuk yang ana nyatakan disini, Matlamat utama kita menulis dan menukilkan segala yang tercatat dilaman kita(blog), pastinya adalah untuk mencari redha Ilahi. Berlandaskan matlamat yang murni ini, seharusnya kita tidak menukilkan perkara2 yang hanya untuk membidas mana2 pihak dan menyakiti mana2 pihak, selagi pihak yang kita musuhi tidak mengfitnah agama suci kita. Begitu juga apabila kita diberi amanah, biarlah setiap gerak kerja kita adalah betul dan adil, sehingga tidak mengzalimi mana2 pihak. Apatah lagi jika pihak yang kita musuhi itu tidak berdaya untuk melawan.
Kita memang betul menulis dan menyatakan kebenaran kita, tapi dimana keadilan seseorang itu untuk melawan kita. Kita dengan sewenang2nya menggunakan medium yang hanya kita sahaja yang mampu menghasilkannya, dan amanah yang diberikan, digunakan sebaik mungkin oleh kita hanya untuk menyakiti dan memuaskan sakit hati kita. Betul kita, tapi adilkah kita? Tepuk dada, tanyalah iman..... tingkatkan mahmudah, hapuskan mazmumah....

0 comments: