14 Februari, satu hari yang sentiasa dinanti oleh pasangan-pasangan kekasih. Mereka akan bertukar-tukar nombor telefon, memberi bunga, coklat, bertukar-tukar pasangan dan sebagainya. Ramai remaja melayu, yang kebanyakkannya adalah Islam dan berpendidikan meraikan budaya dan ritual agama lain.

Bahkan kita juga mungkin tertanya-tanya, Jadi apa salahnya? Bukankah pada kesempatan sehari inilah boleh kita gunakan untuk menyatakan tulus kasih kita kepada pasangan kita dan orang yang kita kasihi. Namun, pernahkah terlintas di fikiran kita, siapakah St Valentine? Apakah asal-usul tradisi Valentine?

Ensiklopedia Katolik menyebut tiga versi tentang Valentine, tetapi versi terkenal adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada 14 Februari 270M, Claudius II menghukum mati St. Valentine yang menyebarkan agama nasrani dan menentang beberapa perintahnya.

Versi kedua, Claudius II mengeluarkan perintah mengharamkan perkahwinan demi membentuk anggota tentera yang kuat yang tidak keberatan meninggalkan anak isteri. Tetapi, Paderi St.Valentine melanggar perintah tersebut dengan mengumpulkan dan mengahwinkan pasangan-pasangan kekasih secara rahsia. Kerana itu dia dipenjarakan dan dijatuhi hukuman mati. Dikisahkan, paderi St.Valentine menghantar mesej berbunyi “From your Valentine” kepada idaman hatinya, anak perempuan pengawal penjara menjelang saat beliau dijatuhi hukuman mati.

Versi ketiga menyebut ketika agama nasrani tersebar di Eropah, di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul setiap pertengahan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkkannya di dalam sebuah kotak, lau setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang setahun. Ia juga mengirimkan sebuah kad ucapan yang bertulis “Dengan nama tuhan ibu, saya kirimkan kepadamu ucapan ini”.

Akibat sulitnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan menggantikan kalimat “Dengan nama tuhan ibu” dengan nama “Pendeta St.Valentine”. Secara tidak langsung, perkataan itu mengikat para pemuda tersebut dengan agama nasrani.

Sedarkah kita bahawa gambar anak kecil bersayap dengan simbol anak panah dan hati itu sebenarnya lambang tuhan cinta bagi orang romawi!!!

Realitinya, membenarkan peniruan upacara dan amalan masyarakat Barat adalah satu cara halus untuk memadukan umat Islam dengan cara hidup kafir. Kita umat Islam hendaklah berhati-hati dan sedar bahawa ini adalah mekanisma kuffar untuk merombak pemahaman kita tentang cara hidup kita. Hari St Valentine hanyalah satu contoh, di mana hubungan di luar institusi pernikahan bukan sahaja dibenarkan malah digalakkan. Ini merupakan satu perlanggaran biadap terhadap syari’ah, yang memelihara maruah dan tatasusila.

Di sesetengah sekolah dan kelab-kelab mengadakan sambutan Hari St.Valentine, dan menyertakan kita umat Islam ke arena pergaulan bebas, atas slogan integrasi dan cinta. Sungguh sinis apabila direnungkan, bahawa matlamat yang cuba dicapai oleh gereja berabad dahulu adalah pemeliharaan institusi perkahwinan di sebalik sambutan Hari St Valentine. Sebaliknya yang terjadi ialah kembalinya kebejatan akhlak dalam masyarakat. Hari Valentine menjadi suis hubungan terlarang yang mengakibatkan zina, kehamilan luar nikah, pengguguran bayi dan segala macam yang merendahkan dan menghilangkan maruah dalam masyarakat. Maka, adakah mesej ini yang ingin kita sampaikan kepada orang yang kita kasihi? Dalam Islam, hubungan jantina antara lelaki dan perempuan dijelaskan dalam hukum syara’ pada satu sistem, iaitu perkahwinan.

Sedarkah kita bahawa kita menjadi tercela apabila orang yang kita ikuti berbeza keyakinan dan pemikirannya. Apatah lagi dalam perkara akidah, ibadah, syi’ar dan kebiasaan. Rasulullah SAW telah melarang untuk mengikut cara agama lain selain Islam: “Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut”(HR. At-Tarmidzi)
Renungkan juga firman Allah SWT yang bermaksud “Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan berpuas hati terhadap kamu sehinggalah kamu mengikut millah (jalan hidup) mereka.” (Al-Baqarah,120)
Di sebalik setiap kisah dongeng, kepercayaan karut, novel, lagu, perjanjian, akhbar, dokumentari, perundangan dan ideologi kafir, tersembunyi konsep-konsep bahaya yang menyalahi hukum syara’. Dan lebih penting lagi, mempunyai potensi untuk mengancam kefahaman dan keberterusan kita dengan ideologi dan cara hidup Islam. Maka tetaplah kita dengan Islam kita secara syumul. Ingatilah firman Allah SWT yang bermaksud “Pada hari ini, telah Aku lengkapkan bagimu agamamu, dan telah Aku sempurnakan nikmat-Ku, dan telah Aku pilih Islam sebagai agamamu.” (Al-Maidah,3)

Semoga Allah menjadikan hidup kita penuh dengan kecintaaan dan kasih sayang yang tulus, yang menjadi jambatan untuk masuk ke syurga.

Rujukan : Majalah Al-Muslimah, Zulhijjah 1428 bersamaan Januari 2008
Laman Web yang mana sumbernya dari Nazia Jalali, Valentine’s Day, Khilafah Magazine, Zulhijjah 1423 bersamaan Februari 2003
Perkukuhkan bahteramu kerana samudera ini sangat dalam

Perbanyakkan bekalanmu kerana perjalanan ini amat panjang


Ikhlaskanlah amalanmu kerana pencatatmu sungguh amat teliti


EID MILAD BUAT DIRIKU


1 SAFAR 1429H


Alhamdulillah, selama ni ana sebenarnya tak sure tentang tarikh lahir ana sendiri, samaada ana dilahirkan pada 1 Safar atau 2 Safar 14xxH. Tapi, selepas ana pergi Pameran Keajaiban Al-Quran kat Balai Islam Lundang yang dianjurkan oleh kerajaan Kelantan pada tempoh hari, ada la satu tempat yang yang dikhususkan untuk kita tanya tentang tarikh lahir kita. So, ana ambillah kesempatan tersebut untuk bertanyakan tarikh lahir ana. Siap dia kira lagi berapa hari dah ana duk kat dunia yang fana ni... kalau dihitung ikut tarikh ana pergi ke pameran tu, ana dah hidup 8805 hari kat bumi Allah SWT ni
(So, bolehlah sahabat2 kira umur ana ikut tahun Islam lak=)

Selalu bermain difikiran ana, dengan jumlah hari yang sebanyak tu, apa yang telah ana sumbangkan pada perjuangan Islam. Takut juga apalah nak jawab kat Allah SWT di akhirat kelak... Camne pulak dengan tarikh lahir mengikut bulan Islam atau hijrah antum/na?
Hutang PTPTN RMxx,xxx
Hutang Kak Ngah RM100. Dah bayar RM200
Hutang dgn kwn2 Alhamdulillah dah habis bayar

Hutang bertimbun!!! susahnya hati!!!

Pening gak kadang kala memikirkan hutang. Tapi pernah tak kita mencatatnya? biar kecik sekalipun, kalau dah nama hutang, 10sen pun tak tenang duduk. ke camne?
Sebenarnya Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 282 "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu`amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berutang itu mengimlakan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikit pun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakan, maka hendaklah walinya mengimlakan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu). Jika tak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu, (Tulislah muamalahmu itu), kecuali jika muamalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".
Firman Allah inilah yang membuatkan ana menulis hutang yang ana lakukan, baik ianya sedikit ataupun banyak. Hanya ana tengah menunggu masa nak bayar balik je hutang yang ana lakukan ini. Banyak gak tu.. tak tahulah berapa lama nak habis bayar. Moga Allah memberi rezeki untuk ana melangsaikan hutang yang bertimbun itu.
Bercakap tentang hutang ni, sebenarnya dalam kos yang ana ambil iaitu kos perakaunan, kami juga diajar cara untuk mencatat hutang yang dilakukan. Kiranya lebih bersistematiklah cara nak mencatatnya. Ini kerana sebuah syarikat atau organisasi, setiap hari mereka akan melakukan urusniaga secara hutang. Kalau dalam Financial statement kita akan catat jumlah penghutang kita kat Balance sheet.

Jelaslah disini, kita sepatutnya mencatat hutang yang dilakukan. Moga kita tidak terlupa dan terleka untuk membayar hutang kita.
P/s: Hutang itu wajib dibayar walaupun tidak dituntut.
Biarkan kepedihan itu berlalu
Agar kegembiraan mendatangi
Biarkan keperitan itu pergi
Agar kemanisan mewarnai
Hidup ini
Tabah, tabah, tabah
Itulah ungkapan tulus ini
Tabah diriku
Tabahkan hatimu
Kerana engkau pembawa agama
Tak perlu ditangisi
Biarkan ia berlalu pergi
Tabahlah wahai diri
Jangan biarkan nafsu menguasai
Tetaplah engkau pada perjuangan ini
Walaupun duri merintangi
Walaupun badai bergolak gelora
Tabah diri
Teguhkan hatimu
Engkau penyambung perjuangan suci
Pembela agama yang engkau yakini
Tabah hatimu wahai srikandi
Setabah siti hajar bonda seorang nabi
Yakini pertolongan yang Maha Mengasihi.....
Teringat ana terhadap kuliah yang disampaikan pensyarah beberapa hari yang lepas. Betul dan adil. Ini berkaitan dengan akta syarikat 1965, seksyen 167 yang mana akta tersebut mengatakan “.... dan setiap dokumen yang disediakan dari masa ke semasa perlulah betul dan adil”. Betul bila kita mengatakan perkara yang benar-benar berlaku, tapi tidak adil jika sehingga ia mengaibkan seseorang itu. Contoh yang diberi oleh pensyarah ana berkenaan perkara ini adalah seperti seseorang itu melakukan sesuatu yang mengaibkan dirinya dalam keadaan tidak sedar(tapi tidaklah sampai menyalahi syariat). Betul kita kerana memberitahu keadaan sebenar tentang orang yang melakukan kesilapan itu kepada orang lain, tapi secara realitinya kita tidak adil, kerana kita telah mengaibkan dia dihadapan orang lain. Apatah lagi jika kita berada dalam satu organisasi yang bermatlamatkan keredhaan Allah SWT.
Berkenaan dengan tajuk yang ana nyatakan disini, Matlamat utama kita menulis dan menukilkan segala yang tercatat dilaman kita(blog), pastinya adalah untuk mencari redha Ilahi. Berlandaskan matlamat yang murni ini, seharusnya kita tidak menukilkan perkara2 yang hanya untuk membidas mana2 pihak dan menyakiti mana2 pihak, selagi pihak yang kita musuhi tidak mengfitnah agama suci kita. Begitu juga apabila kita diberi amanah, biarlah setiap gerak kerja kita adalah betul dan adil, sehingga tidak mengzalimi mana2 pihak. Apatah lagi jika pihak yang kita musuhi itu tidak berdaya untuk melawan.
Kita memang betul menulis dan menyatakan kebenaran kita, tapi dimana keadilan seseorang itu untuk melawan kita. Kita dengan sewenang2nya menggunakan medium yang hanya kita sahaja yang mampu menghasilkannya, dan amanah yang diberikan, digunakan sebaik mungkin oleh kita hanya untuk menyakiti dan memuaskan sakit hati kita. Betul kita, tapi adilkah kita? Tepuk dada, tanyalah iman..... tingkatkan mahmudah, hapuskan mazmumah....