Berdasarkan statistik “Orang Hilang/Jumpa Seluruh Negara” yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan 759 kes kanak-kanak dan remaja hilang dilaporkan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 34 kes melibatkan kanak-kanak berusia sembilan tahun ke bawah, 66 kes (10-13 tahun) dan 659 kes melibatkan remaja berusia 14 hingga 17 tahun. Statistik itu juga menunjukkan remaja perempuan Melayu paling ramai dilaporkan hilang iaitu 497 orang diikuti remaja lelaki Melayu sebanyak 119 orang. Dan tahukah kita bahawa purata wanita dirogol dalam tahun 2006 yang dilaporkan oleh PDRM setiap hari adalah 6.67 orang setiap hari? Satu kejadian rogol berlaku dalam masa 3 jam 35 minit!!! Dalam tahun 2006 pula secara purata dalam masa 14 jam 30 minit berlaku satu kejadian pembunuhan! Purata 1.67 nyawa melayang di Malaysia pada tahun lepas.
-Bicara Editor-

Tersentak ana setelah membaca penyataan di majalah Muslimah bulan November lepas. Mungkin ana terlewat dengan bahan bacaan ini, tapi ingin sekali ana berkongsi penyataan ini untuk difikirkan bersama.....

Sedarkah kita bahawa kes Nurin Jazlin merupakan hanya salah satu antara kes mangsa rogol yang mendapat liputan meluas media. Seiring dengan kes tersebut, pelbagai pihak tampil memberi pandangan. Namun adakah kes ini telah menemui penawarnya? Atau kes seperti ini akan terus berulang dan berulang lagi? Ana sungguh tertarik dengan kata-kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ana anggap kata-kata beliau merupakan penyelesaian terbaik kepada masalah tersebut “Allah Taala yang menjadikan kita, kenapa kita pandai-pandai baiki apa yang Allah SWT buat?”

Ana menyeru ikhwah, akhawat, muslimin, muslimat dan saudara-saudara Islam agar kita memberi peluang Perundangan Islam membuktikan kemampuannya. Bukankah kita ini ciptaan Allah SWT? Maka sudah semestinya “manual” kejadian kita ini hanya Allah yang tahu!!! Tiada insan yang tidak sayangkan anak-anak mereka, tiada insan yang tidak sayangkan saudara-saudara mereka…. Dan kita juga tidak mahu ianya terjadi kepada kita…. Fikirkan, berubahlah!!!!!


1 comments:

tok pulai chondong said...

assalamualaikum. selagi bukan ahli dalam islam yang memimpin.. begitulah akibatnya..jenayah terus berleluasa. allahuakbar....niceblog