Bersyukur daku ke hadrat Allah SWT atas nikmat yang tidak dapat ditukar seisi bumi sekalipun, iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman yang diberi olehNya. Nikmat yang diberikan ini seharusnya daku menjaganya dengan sebaik-baiknya. Semua ini memerlukan ilmu supaya daku tidak tersesat melalui liku-liku hidup yang penuh ranjau ini. Tersentuh hati ini melihat kesungguhan insan yang berhati nurani, mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bersama suami tercinta dan anak-anaknya, mereka ke dataran ilmu tersebut walaupun dirinya tidak segagah insan lain. Kecekalan dirinya untuk mendengar mutiara kata dari seorang ulama’ mengatasi insan yang mempunyai segala kesempurnaan. Hanya berkerusi roda sanggup menghadiri majlis ilmu, sedangkan daku???
Melirik pula daku pada sepasang suami isteri yang tidak mempunyai nikmat penglihatan. Mereka buta pada zahirnya, tapi bukan mata hatinya. Mereka dengan khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan. Daku menilai diri ini. Sungguh rugi diri ini!!! Malunya daku kepadaMu Ya Allah, jika daku yang diberi nikmat yang melebihi dari mereka, tapi tidak sanggup berusaha untuk mencari ilmu….ruginya daku… malunya daku….
Sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Thabrani, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa taman syurga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu.
Daku tidak ingin menjadi manusia yang rugi, manusia yang tidak menghargai nikmat yang diberikan, dan tidak mahu melepaskan nikmat dari menikmati suasana taman syurgaMu. Jika di dunia yang fana ini pun daku tidak membuktikan usahaku untuk ke taman syurgaMu, bermakna daku ini bukanlah insan yang mengharap syurgaMu yang kekal abadi…. Tentu daku menjadi sebahagian dari mereka yang rugi… daku tidak mahu begitu Ya Allah… jauhilah daku dari sikap bermalas-malasan….
((Ya Allah, daku berlindung denganMu dari rasa sedih dan gelisah, daku berlindung padaMu dari kebodohan dan kemalasan, daku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan daku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang))
Rasulullah SAW pernah ditanya oleh salah seorang sahabatnya perihal siapakah teman duduk yang paling baik. Rasulullah SAW menjawab, "Orang itu adalah yang bila kamu lihat, dapat mengingatkanmu kepada Allah, menambahkan ilmumu dalam pembicaraannya, dan mengingatkanmu kepada akhirat dari amal-amalnya. " Orang-orang yang memiliki sifat seperti diatas-lah yang paling pantas untuk dijadikan teman duduk.
(",)Moga kita semua menjadi teman yang memberi manfaat buat teman-teman kita, dan berteman dengan teman-teman yang boleh memberi manfaat kepada kita dengan kehadirannya….

2 comments:

BAIT AL-AMIN said...

Dataran Ilmu...memang tersentuh hati melihat mereka yang datang dari merata-rata tempat khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh Tuan Guru NIk Aziz.Ana berkesempatan minggu lepas ke Kota Bharu memang tak lepaskan peluang untuk turut serta dalam majlis tersebut...benar orang kata, kalau nak kan rasa ketenangan dan lain dari yang lain...datanglah ke Kelantan apatah lagi di Dataran Ilmu di Kota Bharu.

salam:
http://bait-alamin.blogspot.com

tok pulai chondong said...

terima kasih atas nasihat semangat dari kakak.perjuangan perrlu diteruskan