Andai mereka mengerti
Indahnya Dunia berbanding perjuangan
Hanyalah sementara
Empoknya tilam baldu itu
Gahnya rumah besar itu,
Ampohnya Waja dan Benz itu
Manisnya Puan Suri
dan Gagahnya Abang Budiman
Indahnya gelar tuan, dato’ dan profesor
Kecil berbanding imbalan Tuhan
Andaikata mereka mahu sedar
Derita umat tiada pahlawannya
Selain pidato di kedai kopi, parlimen
… kursus motivasi, mahupun kuliah pengajian
Yang berakhir dengan bicara demi bicara
Yang jauh dari mengangkat kecewa
… merubat lukaatau membenteras gejala
Kalau tidak kita, siapa lagi ?
Kalau tidak sekarang, bila lagi ?
Kalau tidak di sini, di mana lagi ?
Andai mereka mahu benar-benar percaya
Bahawa jalan kita ini benar-benar panjang
Bukan sekadar, mengangkat tangan
mendaftar diri… mahupun memegang jawatan
Tidak cukup juga menyinsing tangan,memerah keringat
… berpanas, berembun, berselut, berpergian
Pengorbanan, keletihan, kecewa dan marah
… hanya pemula perjalanan
Andai kata mereka mahu bersaksi
Bahawa kita ini perlu benar-benar bersedia
Pelbagai maksiat dengan pelbagai nama
WTO ke IFC, Miskin Bandar ke HIV
DeritaMinyak ke OKU,IPRs ke Leberalisasi
Takbai ke Rumah Putih
Menanggung amanah bernama ummah
Lisan, Ilmu, Rohani, Kerja dan Idealismanya
Bahawa kita perlu benar-benar bersama
Bukan hanya ratapan di bibir
Fizika, hati, akal dan amalnya
Bahawa kita perlu menesuri jalan ini
dengan Istiqomah dan sabar
Membina batu-batan ummah satu persatu
dengan tekun,… Penuh seni dan rencana
“Al-Saf; 4”
Andainya mereka mahu sabar
Untuk istiqomah buat seketika
Mahupun peritnya jalan ini
ada kuntuman mewangi di hujungnya
“Al-Ankabut; 69”
Andaikata mereka bisa memahami
Yang kupinta bukan untuk diriku
…Namun untuk satu kebersamaan
Mengangkat Derita Ummat
…Hanya andaikata
mereka mampu mengerti dan bersama ….
24 April 2006
(Dari Mas Fahri frienster)

0 comments: